Ahad, 15 Disember 2019

2 Pengalaman hitam dalam bidang Youtube

Untuk kali ini aku nak kongsi sedikit pengalaman hitam aku dalam bidang Youtube ni.

Sebelum ini aku pernah ada channel Youtube dapat jutaan Views dan banyak Subscriber. Channel masa tu content agak caca marba, sumbat je apa yang rasa-rasa boleh mendatangkan banyak Views, jadi dalam tu banyak parodi, meme dan suntingan video lain.

Original content tak banyak dan merupakan antara yang paling sikit menyumbangkan Views sebab penonton bukan kenal pun aku siapa, jadi mereka tak peduli pun original content aku, mereka lebih berminat nak tengok meme dan parodi.


Masa tu sempat lah merasa Adsense beberapa bulan, namun sejak Youtube dah ketatkan peraturan dia, akhirnya channel aku kena Demonetized bulan Mac 2019 yang lalu atas alasan Reused Content. 2 bulan kemudian reapply balik Monetization pun masih tak lepas.

Lepas tu memang terus putus semangat nak buat Youtube dah. Nak delete video-video dalam tu sayang sebab banyak dah jutaan dan beratus ribu Views. Teruslah aku lupakan channel tu sehinggalah bulan Ogos yang lepas, aku nekad untuk mulakan baru.

Lalu aku buat channel baru dan buat original video sendiri berbentuk sketsa animasi lucu pendek. Setelah lebih 3 bulan, walaupun masih jauh lagi untuk mencapai 4,000 watch hours, namun alhamdulillah sambutan agak menggalakkan dan berterusan.

Jadi kepada kawan-kawan yang menceburi bidang Youtube, jangan putus asa dan jom kita terus berusaha menghasilkan content yang original. Jangan guna content orang lain, nanti akhirnya jadi macam aku, sia-sia sahaja usaha. Aku harap tiada yang ulangi kesilapan aku.

Korang boleh klik di gambar di bawah ini untuk pergi ke channel Buasir Otak TV baru aku.



Harap kawan-kawan sudi support dan boleh Subscribe, Like, Comments dan Views agar dapat bantu aku capai 4,000 watch hours (syarat untuk monetize channel).

Terima kasih atas sokongan korang semua.




tags: pengalaman hitam bidang youtube youtuber malaysia tips tutorial panduan 

2 ulasan:

  1. 4000 watch hours, bersamaan berapa duit bang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. Yang saya tahu kena dapat 4,000 watch hours dan juga 1,000 subscribers dulu baru melayakkan kita apply untuk dapat duit.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.