Rabu, 25 Disember 2019

1 Punca pelbagai elaun penjawat awam baru dimansuh

1. Pemansuhan elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) hanya melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020, kakitangan lama yang bekerja sebelum tahun 2020 tak terkesan.

2. Elaun lain yang turut dimansuh adalah Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah, Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris, Bayaran Insentif Angkat Najis, Elaun Kritikal Doktor dan lain-lain.


3. Antara yang terkesan dengan pemansuhan elaun ini adalah mereka dari skim kesihatan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat serta beberapa skim lain seperti arkitek, jurutera, jurukur bahan, PLV, pegawai trafik udara dan sebagainya. Diorang tu dah la kerja macam orang gila dan banyak risiko, sekali elaun kena tarik.

4. Rakyat nak tuntut janji manifesto Pakatan Harapan seperti mansuhkan tol, dia pergi buat benda yang takde dalam manifesto seperti mansuhkan elaun kakitangan awam pulak. Elaun parking menteri yang sikit punya  banyak takde pulak kena tarik. Parking je pun tu pun nak bagi elaun ke?


5. Tambah lagi dengan cadangan pemansuhan taraf lantikan tetap dan berpencen untuk lantikan baru dan digantikan dengan lantikan kontrak dan caruman KWSP, nampaknya kerja gomen bakal tidak lagi menjadi pilihan orang muda.

6. Rata-rata orang nak masuk gomen sebab kerja tetap, ada pencen dan senang buat loan je walaupun gaji agak rendah berbanding kerja di swasta. Ni kalau benefit dia lebih kurang sama je dengan swasta, baik masuk swasta sekurang-kurangnya gaji lebih besar.

7. Yang lagi pelik, ada juga yang pertahankan dasar baru ini dengan mengatakan langkah-langkah ini perlu diambil kerana kerajaan kekurangan duit lalu pemotongan perlu dilakukan bagi menjimatkan duit kerajaan.

8. Ada juga yang kata lambakan graduan kesihatan dan perubatan terlalu banyak sehingga suppy melebihi demand, jadi mereka potong elaun supaya bilangan pelajar yang mengambil medik semakin berkurangan.

9. Demand tu boleh diubah. Kalau perjawatan tak cukup, benda tu boleh ditambah. Lagipun aku tak rasa perjawatan kakitangan kesihatan mencukupi pun kat negara kita. Tengok je lah hospital dan klinik kerajaan, punya lah sikit punya ramai pesakit tapi kakitangan perubatan kurang.

10. Kalau tak nak galakkan ramai anak-anak muda belajar medik sebab takut terlebih supply, ibu bapa dah boleh galakkan anak-anak jadi Instafamous dan selebriti TikTok. Dengarnya yang tu banyak demand.

11. Dia macam ni lah. Yang buat kerajaan tak cukup duit tu sebab korang mansuhkan GST dan ganti balik dengan sistem percukaian lama SST, memang la pendapatan kerajaan berkurang sampai tak mampu nak tampung sana sini.

12. Ibarat dulu kau pakai kereta Kancil, lepas tu upgrade beli kereta Preve. Lepas 5 tahun, kau downgrade balik guna Kancil yang sama. At least kalau nak tukar Preve tu, gantikanlah dengan yang lebih baik, X70 ke.

13. Sama halnya dengan GST. Kalau nak mansuh sangat GST sebab dah terikat dengan manifesto, gantikanlah dengan sistem percukaian yang lebih baik dan naiktaraf, namakan la MST ke PHT ke lantak korang lah. Ini pergi pakai balik sistem SST yang dah kuno dan jumud.

14. Pakar-pakar ekonomi dan kewangan habiskan beberapa tahun buat kajian tentang kelemahan SST dan wujudkan GST untuk mengatasi kelemahan SST, dia pergi bantai guna balik SST. Buang duit, masa dan tenaga je orang bertungkus lumus buat GST. Bijak sangat. Bijaaaak sangat.

15. Kerajaan potong elaun mansuh pencen itu ini puncanya satu je, sebab pendapatan kerajaan berkurangan. Cuba kalau pendapatan kerajaan masih banyak dengan hasil GST atau sistem percukaian yang lebib upgrade, takde lah kita dengar berita-berita yang menyakitkan hati macam ni.

16. Dulu sebelum PRU14 beria-ria ambil hati rakyat dan penjawat awam. Lepas menang pilihanraya terus ditikamnya balik orang yang mengundi mereka. Kalau zaman kerajaan BN dulu yang mansuh elaun, pencen dan sebagainya, diorang ni lah yang kuat melalak-lalak jadikan modal untuk tibai kerajaan. Nah sekarang diorang jadi kerajaan diorang pulak pergi mansuhkan elaun. Bodoh ya amat. Benda ini mungkin ya atau tidak, tapi aku yakin yang kerajaan hari ini bakal kerajaan sepenggal.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: mansuh elaun kritikal dimansuhkan doktor nurse jururawat jurutera skim kakitangan pekerja kerajaan awam gomen gst sst menteri parking takde duit

1 ulasan:

  1. Kesian sangat tak tahu nak kata apa dah.
    Sabarlah nanti tukar balik yang lama.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners