Selasa, 17 Disember 2019

2 Bila orang merungut pasal kos pendidikan anak


Bila setiap kali nak masuk tahun baru mesti ada orang merungut kat media sosial pasal belanja sekolah dan pendidikan anak-anak yang dianggap membebankan.

Aku faham mungkin ada yang betul-betul susah, tapi cuba kita tengok balik adakah pendidikan anak-anak memang membebankan?

Yuran sekolah dah free.
Buku teks dah free.


Yang kena bayar cuma:
Yuran PIBG - RM50 - RM200 (satu keluarga) (bergantung pada persatuan. Ni bukan yuran sekolah tapi yuran persatuan)

Baju sukan - RM20 - RM30
Tali leher - RM12
Lencana - RM2 - RM5
Buku rampaian, buku latihan, alat tulis, alat keperluan sekolah dan lain-lain - RM80 - RM120

Baju sekolah (beli sendiri) - RM100 - RM200.

Jadi total untuk pendidikan seorang anak dalam RM200 - RM400 setahun.

Kalau tak mampu nak bayar, mohon bantuan dan sumbangan. Buat surat kat sekolah. Mintak kat Jabatan Kebajikan, Pusat Zakat dan sebagainya. Kalau tak cukup lagi juga minta sedikit sumbangan kat ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran lain.

Manusia bukan kejam mana. Masih ada toleransi, budi bicara dan empati.

Kalau untuk pendidikan anak pun tak mampu nak korbankan sikit sedangkan kita boleh keluarkan belanja untuk benda lain, tak tahu lah nak cakap apa.

Lantas buat apa kahwin? Buat apa buat anak kalau tak boleh usaha untuk belanja sedikit dan buat perancangan untuk pendidikan anak-anak?

Sekian.

Baca juga - Ramai ibu bapa terbeban dengan yuran PIBG.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: peminat minat komik jepun manga fans otaku weeb weeaboo tahap kesabarannya sabar sangat tinggi cerita lama nak habis

2 ulasan:

  1. Kawan...kadang kadang bercakap/menulis memang sedap nak hentam orang...buat apa kahwin & buat anak? lagak macam pandai, tapi bunyik macam tin biskut kosong jugak...kenapa tak cuba selami hidup orang yang betul-betul susah...kadang-kadang nak makan pun payah, nak cari RM200 - RM400 tu kadang-kadang makan masa lama juga...tu baru sorang & rate sekolah rendah, yang level lagi tinggi masih RM200 - RM400 setahun? kalau anak 3@4 orang bersekolah, dah berapa?

    Bantuan? bukan semua orang mudah dapat bantuan, memang tak nafi ada badan yang membantu, tapi berapa banyak dapat dibantu dan berapa ramai dapat dibantu...nak harap bantuan sekolah, sekolah sendiri pun kurang dana sekarang, siap kertas kena bawa sendiri, cikgu nak fotostat kena catu & macam macam lagi...bantuan kerajaan pulak kadang kadang kena divert tengah jalan...ingat takde kes bantuan dapat kat golongan kroni je ke?

    Kalau nak cakap biar beradap sikit...kenapa pertikai kenapa kahwin & buat anak, jangan lupa perancangan Allah...pandang lekeh orang tak sekolah, tapi yang tak sekolah tu boleh bantu ibu bapa dia, jaga ibu bapa dia waktu sakit, waktu tua...kadang kadang dengan kuasa Allah, anak anak yang tak sekolah ni la yang berjaya dalam hidup dunia & akhirat...YANG KONON MEGAH DI DUNIA KECUNDANG DI AKHIRAT...YANG KONON SEDAP MEMPERTIKAIKAN ORANG, MENYESAL MASA KAT ALAM SANA...

    Allah bagi peringatan...Guna mulut untuk yang baik-baik saja, kalau rasa tak boleh guna cara baik, lebih baik DIAM...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Bina keluarga perlu perancangan. Merancang pendidikan anak-anak adalah salah satu tanggungjawab ibu bapa.

      2. Merungut di media sosial tidak menyelesaikan masalah. Yang menyelesaikan masalah adalah usaha. Bekerja adalah satu jenis usaha. Berdoa adalah usaha. Mohon bantuan juga adalah usaha.

      3. Ukur baju di badan sendiri. Kalau kurang kemampuan, tak perlu keluarkan kos RM200 - RM400 pun untuk seorang anak. Baju tahun-tahun lepas dan yang orang sedekah masih boleh guna. Makan pun boleh dapat RMT.

      4. Kalau mohon bantuan, dah dapat duit. Mohon bantuan lagi, dapat baju dan beg percuma. Mohon pengecualian yuran PIBG, sekolah akan pertimbangkan dan dapat pengecualian tak perlu bayar.

      5. Ya, cikgu nak fotostat pun kertas kena catu. Jadi sekolah pun kurang duit. Cikgu pun kena keluar duit sendiri. Jadi ibu bapa kena usahalah juga untuk tidak tambah beban sekolah dan cikgu-cikgu.

      6. Tiada siapa megah. Apa yang berlaku memang semua takdir Allah, tapi kita disuruh berusaha. Nak kahwin pun hukumnya boleh jadi Harus, Wajib, Sunat, Makruh dan Haram.

      7. Kalau hidup papa kedana, kita pun tak digalakkan kahwin kerana dikhuatiri menzalimi isteri dan anak. Berkahwin itu atas usaha kita. Buat anak juga atas usaha kita. Mencari rezeki atas usaha kita.

      8. Ramai je orang kahwin dan buat anak, end up anak-anak dibiarkan, jadi nakal, buat jenayah dan sebagainya. Isteri dan anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab, bukan asal kahwin dan ada anak je, dah setel. Lantak korang la nak jadi apa sebab ini perancangan Allah, macam tu?

      9. Bantuan kerajaan bagi kroni kena divert tengah jalan? Ada bukti? Kalau ada bukti laporkan. Ramai je orang susah takde kroni dapat je bantuan jabatan kebajikan, pusat zakat dan sebagainya.

      10. Kita nak makan pun kena bayar. Nak beli barang pun kena bayar cukai. Jadi merungut-merungut pasal pendidikan anak ni, nak harapkan apa lagi? Beli baju sekolah tak payah bayar? Beli alat keperluan free? Apa sebenarnya lagi yang dirungutkan pasal sekolah anak-anak?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners