Isnin, 3 September 2018

5 Perbandingan harga barang sebelum dan selepas SST

Selain daripada menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 yang lepas, hari keesokannya iaitu 1 September 2018 menandakan tempoh cuti cukai selama 3 bulan telah pun tamat, di mana hari tersebut Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah mula dilaksanakan semula setelah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

Sistem cukai SST ini bukanlah benda yang baru. Negara kita sudah pun pakai sejak sekian lama, sehinggalah ia digantikan dengan GST pada 1 April 2015, dan kini diguna pakai semula bermula 1 September 2018. Maka tak perlulah rasa kalut semacam benda ini suatu yang baru, kena bersedia bagai. Macam kau dah laluinya sejak berpuluh-puluh tahun yang dulu, macam tu lah kau akan laluinya semula. Mungkin ada lah sedikit perbezaan dan pembaharuan, tapi asasnya tetap sama.


Namun seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian, rakyat sudah mula mengeluh harga barang naik kerana SST. Pelaksanaan SST terhadap beberapa barang asas dan keperluan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat setempat.

So nak tahu naik atau tak naik, kena lah buat perbezaan sebenar harga sebelum dan selepas SST. Seperti mana aku buat perbandingan harga barang sebelum dan selepas GST 3 tahun lepas, aku buat balik benda untuk perbandingan sebelum dan selepas SST pula dengan menggunakan laman web membeli belah online Tesco, terutama bagi barangan-barangan asas secara rawak.

Berikut adalah jaduah harga barang yang aku order:


Bil Produk Harga pada 29 Ogos 2018 (Sebelum SST & GST 0%) Harga pada 3 Sep 2018 (Selepas SST) Perbezaan Harga Peratus Kenaikan Nota Kedai
1 Panasonic AAA 1.5V Alkaline Battery 8pcs RM22.07 RM22.07 RM0.00 0.00%
2 Paper One Premium Copier Paper A4 70g/m2 500 Sheets RM14.33 RM10.50 -RM3.83 -26.73% Promosi hingga 12/9/2018
3 Whiskas Adult Mixed Variety Cat Food 12 x 85g RM16.91 RM16.91 RM0.00 0.00%
4 Sekoplas Small Waste Paper Basket 47cm x 54cm 30 Pieces RM4.66 RM4.66 RM0.00 0.00%
5 Breeze Colour Care Concentrated Liquid Detergent 4kg RM19.90 RM23.90 RM4.00 20.10% Promosi hingga 06/09/2018
6 Premier Tissue 4 x 200 Two Ply Pulls RM15.62 RM12.90 -RM2.72 -17.41% Promosi hingga 12/09/2018
7 Scott Disposable Household Towels 6 Rolls x 60 Sheets RM15.08 RM15.08 RM0.00 0.00%
8 Libresse Maxi Night Wings 32cm 3 x 12 Pads RM15.02 RM15.02 RM0.00 0.00%
9 Lifebuoy Moisture Plus Activ Silver Formula Antibacterial Bodywash Refill Value Pack 900ml RM9.90 RM12.16 RM2.26 22.83%
10 Colgate Triple Action Original Mint Anticavity Toothpaste 2 x 200g RM14.90 RM15.93 RM1.03 6.91%
11 Coca-Cola 1.5L RM3.48 RM2.99 -RM0.49 -14.08% Promosi hingga 12/9/2018
12 Lipton Yellow Label Black Tea 100 Tea Bags x 2g (200g) RM12.99 RM12.99 RM0.00 0.00%
13 MILO ACTIV-GO Softpack 1kg RM15.89 RM19.39 RM3.50 22.03%
14 Vitagen Grape Cultured Milk Drink 5 x 125ml RM4.24 RM4.24 RM0.00 0.00%
15 Ayamas Golden Chicken Nuggets 850g RM10.39 RM10.99 RM0.60 5.77%
16 Anchor Salted Pure New Zealand Butter 227g RM10.99 RM11.79 RM0.80 7.28%
17 Farm Fresh Pure Fresh Milk 1 Litre RM7.05 RM7.05 RM0.00 0.00%
18 Johnson's Milk + Rice Baby Bath Refill 2 x 600ml RM14.80 RM14.80 RM0.00 0.00%
19 Dumex Dugro 3 Regular Formulation Milk Powder for Children 1-3 Years 900g RM22.99 RM22.99 RM0.00 0.00% Promosi hingga 06/09/2018
20 Pureen Extra Moist Blue Baby Wipes 2 x 80 Sheets RM9.33 RM9.33 RM0.00 0.00%
21 Tesco Loves Baby XL 11-16kg Disposable Diapers 56pcs RM27.34 RM27.34 RM0.00 0.00%
22 Nestlé Nestum Original Grains & More 3 in 1 15 x 28g RM10.95 RM7.99 -RM2.96 -27.03% Promosi hingga 09/09/2018
23 Jasmine Bihun Rice Vermicilli 400g RM2.49 RM2.49 RM0.00 0.00%
24 Buruh Refined Cooking Oil 5L RM22.95 RM22.95 RM0.00 0.00%
25 Nestlé Koko Krunch Chocolate Flavoured Wheat Curls Breakfast Cereal 500g RM14.10 RM12.99 -RM1.11 -7.87% Promosi hingga 12/09/2018
26 Hup Seng Cream Crackers 428g RM3.65 RM3.65 RM0.00 0.00%
27 Maggi 2 Minute Curry Instant Noodles 5 x 79g RM3.95 RM3.69 -RM0.26 -6.58% Promosi hingga 24/09/2018
28 Udang Sederhana L 1kg RM29.99 RM29.99 RM0.00 0.00%
29 Sun City Australia Carrots 1kg RM3.99 RM4.99 RM1.00 25.06%
30 Bawang Putih 1kg (Garlic) RM2.99 RM2.99 RM0.00 0.00% Promosi hingga 30/09/2018
31 Brokoli 1kg (Brocolli) China RM2.69 RM2.69 RM0.00 0.00% Promosi hingga 30/09/2018
32 Ubi Kentang 1kg (Potatoes) RM1.49 RM1.79 RM0.30 20.13% Promosi hingga 30/09/2018
33 Bawang Merah Besar 1kg (Large Onion) RM1.79 RM1.79 RM0.00 0.00% Promosi hingga 30/09/2018
34 Pisang Cavendish 1kg (Cavendish Banana) RM3.69 RM3.99 RM0.30 8.13% Promosi hingga 28/09/2018
35 Tomato 1kg RM3.99 RM3.99 RM0.00 0.00%
Jumlah RM396.59 RM399.01 RM2.42 0.61%
Kod warna: Harga kekal
Harga turun
Harga naik

Rumusannya, daripada 35 barang, 10 barang naik harga, 6 barang turun harga, selain daripada itu kekal. Jumlah harga keseluruhan naik sebanyak RM2.42, daripada RM396.59 sebelum SST ke RM399.01.

Kesimpulannya, memang bila dah ada SST ni, kenaikan harga barang tu memang sudah pasti, sebab barang-barang tersebut sudah pun kena cukai. Bila dah kena cukai, dah tentu la naik walau sedikit. Takkanlah kena cukai turun pulak. Apatah lagi kalau sebelum ini barang tu tiada cukai sebab dah dapat cuti cukai GST 0% selama 3 bulan, lepas dah ada SST memang la akan naik.

Namun apa yang kita perlu faham adalah kenaikan atau penurunan harga barang ini bukanlah kerana cukai kerajaan semata-mata. Banyak faktor lain yang mempengaruhi harga barang, termasuk kos bahan mentah, kos perkhidmatan, kos tenaga kerja, permintaan dan penawaran (supply and demand) dan sebagainya. Sebab tu aku perasan bila guna website Tesco ini, ada barang yang turun harga kerana promosi. Ada juga barang yang kekal dan naik harga, tapi masih dikatakan ada promosi.

Contoh macam juga durian. Biasa harga bapak lah mahal harga yahudi, sebab tawaran bekalan durian kurang. Tapi bila tiba musim dia satu dua bulan lepas, tiba-tiba berlambak-lambak bekalan durian kat pasaran, dan harga durian pun tiba-tiba je jatuh banyak.

Cukai tu nak tak nak suka atau tidak kena terpaksa terima dan hadap juga, sebab itu pendapatan kerajaan. Kerajaan perlukan duit juga untuk bayar gaji kakitangan awam, biaya sekolah, hospital, jalanraya, buat pembangunan, kemajuan, bagi bantuan, subsidi dan sebagainya.

Cuma kita minta menteri jangan cakap cukai itu ini dapat mengurangkan harga barang itu ini. Itu yang kita tak mau dengar. Kalau buat perbandingan antara SST dan GST mana satu yang harga barang naik lebih tinggi atau rendah itu takpe, tapi bukan sama sekali cakap ia akan turunkan harga barang.

Dan kita pula, kalau nak cakap harga barang atau naik, kena bersandarkan kepada fakta dan bukti. Kalau ada yang harga barang naik sampai tak masuk akal, tunjukkan senarai harga, label harga, quotation atau resit yang mengandungi harga sebelum dan selepas. Kalau main rasa-rasa main agak-agak je guna testimoni guna placebo effect baik tak payah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.



tags: perbandingan perbezaan harga barangan keperluan barang sebelum dan selepas sst gst tesco online app website aplikasi android malaysia download shopping

5 ulasan:

  1. Ok..turun yg susah pasal kena naik dulu..pelir naik tuu yg susahh..kikikiki..😅😅😆😊🤗😱😨

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Artikel sudah bagus, cuma sayangnya ruang komen blog ni macam sial. Balik2x sampah nak bisjut dan macai kuat mencarut melucah dengan tatabahasa dan struktur ayat yang tunggang terbalik. Sekolah pun tak habis ada hati mau komen kat blog informatif. Kasihan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahh..ko pun sama, komen la pasal artikel, ni x..komen pasal komen orang lain

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.