Isnin, 1 Oktober 2018

7 Review Filem: Paskal The Movie

Minggu lepas aku tengok filem Paskal The Movie, satu lagi filem Astro Shaw berprofail tinggi yang boleh dikatakan dinanti-nanti ramai.

Sinopsis filem ini mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Rahmat, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Antara misi yang diinspirasikan dari kisah sebenar adalah misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.



Aku jarang tonton filem tempatan bergenrekan ketenteraan, maka aku pergi menonton filem ini dengan expectation yang tidak begitu tinggi. Namun, aku keluar dari panggung dengan perasaan  yang sangat berpuas hati.

Berikut adalah review aku tentang filem ini:

[AWAS: Mungkin mengandungi sedikit spoiler. Kalau tak suka spoiler jangan teruskan membaca. Kalau belum tonton, aku cadangkan pergi tonton dulu filem ni lepas tu baru baca balik review ni tengok adakah anda bersetuju atau tidak dengan review ini]

1. Filem fiksyen aksi yang realistik

Filem ini merupakan sebuah cerita fiksyen realiti yang bersandarkan kepada perkara dan organisasi yang terdapat di dunia sebenar seperti angkatan tentera laut TLDM dan pasukan khas laut (PASKAL). Malah ia mengambil inspirasi dari peristiwa sebenar membuatkan ia sangat hampir kepada realiti di Malaysia.

2. Menambah pengetahuan tentang pasukan keselamatan negara

Filem ini secara tak langsung membuatkan kita belajar tentang pasukan keselamatan negara yang ada di Malaysia terutama PASKAL, cara latihan, teknologi senjata, SOP, macam mana cara dan prosedur mereka bertindak dan menjalankan tugas apabila terdapat suatu kecemasan dan sebagainya. Bukan sekadar PASKAL (Pasukan Khas Laut), selepas filem ini juga baru aku cari maklumat tentang pasukan operasi khusus Malaysia yang lain seperti PASKAU (Pasukan Khas Udara), GGK (Grup Gerak Khas), 10 Briged Para, Pasukan Gerakan Khas (VAT69 dan UTK) dan lain-lain.


Malah ia turut dapat menambah minat orang ramai dan generasi muda untuk menyertai pasukan keselamatan negara, meningkatkan rasa patrioti dalam diri rakyat serta membuatkan kita lebih menghargai pasukan keselamatan negara yang sanggup berkorban kudrat, masa dan tenaga demi untuk menjaga keamanan negara.

3. Tidak syok sendiri

Walaupun filem ini fokus utamanya tentang PASKAL iaitu Pasukan Khas Laut, tapi dalam filem ini pasukan PASKAL tak syok sendiri buat semua kerja, sebaliknya turut melibatkan pihak-pihak lain yang berkaitan. Contohnya bila ada pencerobohan lanun di pelantar minyak, filem ini turut memaparkan penglibatan menteri yang perlu mengesah dan meluluskan tindakan yang perlu diambil, pasukan polis membuat untuk membuat sekatan jalanraya dan semakan di pelabuhan, bantuan dari pasukan tentera lain dan sebagainya sepertimana SOP sebenar.

4. Penglibatan masyarakat majmuk

Filem ini bukan sekadar ada kaum Melayu tapi turut melibatkan kaum Cina, India dan juga lain-lain kaum sepertimana kita di dunia sebenar. Pasukan tentera ada pelbagai kaum, pekerja kapal dan pelantar minyak juga ada pelbagai kaum. Maka tak salah jika aku katakan filem ini adalah filem wajib tonton oleh seluruh rakyat Malaysia segenap lapisan tanpa mengira kaum.

5. Kepelbagaian perasaan dan emosi

Walaupun filem ini adalah filem aksi ketenteraan, ia tetap dapat menjentik emosi penonton. Babak emosi sedih, kelakar, marah, gembira, berdebar, patriotik, semua kena pada tempatnya tanpa perlu tryhard, dipaksa-paksa atau dibuat-buat.

6. Lakonan yang mantap dan berkesan

Boleh kata semua adegan aksi yang ada dalam filem ini sangat mendebarkan dan mengkagumkan dari awal cerita hingga akhir. Tiada satu babak pun yang membuatkan kita rasa bosan. Malah babak latihan, misi, peperangan, pertempuran dan pergaduhan semua nampak realistik dan tidak berlebih-lebihan sampai nampak tak logik dan tak masuk akal. Bak kata orang, semua memang dah secukup rasa.

Pada mulanya aku agak skeptikal dengan Hairul Azreen sebagai peneraju filem ketenteraan ini, kerana bagi aku mukanya agak 'jambu' untuk berlakon sebagai seorang watak tentera yang kuat dan tegap. Namun setelah melihat lakonannya dalam filem ini, jangkaan aku meleset sama sekali. Beliau memang layak untuk menjadi peneraju filem ini.

Malah pelakon-pelakon lain berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan jayanya seperti rakan pasukan, antagonis, lanun dan ahli keluarga. Aku cuma ada masalah sikit pada lakonan ibu watak utama sebab nampak macam pelik sikit, dan juga pembangunan karakter isteri yang juga balu kepada kawan baik watak utama yang terkorban di medan perang dilihat asyik menempel dengan watak utama dan juga ibu dia. Takkan dia takde ahli keluarga lain kot?

* * * * * * * * * *

Bagi aku PASKAL The Movie merupakan antara filem tempatan yang aku puas hati tonton, malah berbaloi untuk ditonton di panggung wayang. Kalau banyak filem tempatan macam ini dihasilkan, percayalah, industri filem memang takkan down. Kita nak datang support pun takde masalah.

Rating aku untuk filem Paskal The Movie: 5/5

Sementara itu jom layan juga review dari geng-geng Hypoxia Syndicate ni.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags: review reviu ulasan filem movie film paskal the movie astro show tayangan boxoffice hairul azreen ammar namron komando #paskal #paskalthemovie

7 ulasan:

  1. Ok..rasa mcm xbest pun cherita mcm nii..baik main game lagi bagus..tlg buat review pasal game pula nooob..💨💨💨💨💨💦💦😺💩💩

    BalasPadam
    Balasan
    1. Game kepala bapak ko. Hanat

      Padam
    2. sukati dia nak review apa pon semak serabut otak ko pikir semua ni hanat

      Padam
  2. Memang terjentik atas bawah emosiku tgk filem ni :-D

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.