Jumaat, 26 Julai 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Janji Yang Terpisah

Dua insan yang pernah mengikat janji, namun seorang terpaksa mengundur diri kerana gagal kotakan janji.


Buasir Otak: The Muzik - Janji Yang Terpisah
 
Lirik:
 
Kita pernah mengikat janji
Janji bersama mengejar mimpi
Capai impian menjadi guru
Sebelum kita dapat disatu

10 tahun sudah berlalu
Kita dah lama tidak bertemu
Walau haluan sudah berbeza
Ku masih ingat janji setia

Namun langit tak selalu cerah
Harapan tinggi akhirnya musnah
Demi menjaga ibu yang sakit
Terpaksa bekerja di kedai runcit

Hingga suatu masa aku terlihatmu
Seorang guru masuk ke kedaiku

Tak kusangka kita bertemu lagi
Rindu yang lama terus terpatri
Namun aku malu untuk menyapa
Kerana kau guru, ku pekerja biasa

Melihat kau sudah pun berjaya
Ku tahu kita tak lagi layak bersama
Kerana ku gagal kotakan janji kita
Ku hanya berdoa semoga kau bahagia

10 tahun sudah berlalu
Kita dah lama tidak bertemu
Walau haluan sudah berbeza
Ku masih ingat janji setia

Aku terus tingkatkan usaha
Hingga akhirnya aku berjaya
Menjadi guru seperti janji kita
Janji yang tak pernah aku lupa

Hingga suatu masa aku terlihatmu
Menyusun barang di rak kedai itu

Tak kusangka kita bertemu lagi
Rindu yang lama terus terpatri
Namun aku malu untuk menyapamu
Bila melihat kau mengelak dariku

Walau hanya ku yang telah berjaya
Tak pernahku pandangmu sebelah mata
Kerana kita hanya mampu merancang
Tapi perasaanku tak pernah hilang

Kau kata jangan diingat kenangan lama
Tapiku takkan pernah lupa pada janji kita
Kau kata carilah orang yang sepadan denganku
Tapi bukannya mudah kerna kau di hatiku

Tak ku sangka kita bertemu lagi
Rindu yang lama terus terpatri
Walau kini jalan kita tak sama
Hatiku, hatiku masih tetap punya rasa

Janji kita janji yang setia
Biarlah takdir menentukannya
Dalam hati, kau tetap ada
Dulu, kini dan selamanya
Dulu, kini dan selamanya
Dulu, kini dan selamanya

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost janji yang terpisah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.