Rabu, 24 Julai 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati

Bila sudah lama hidup bersama, banyak benda yang telah berubah, namun semoga cinta kita takkan berubah.


Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati
 
Lirik:
 
Ku imbau memori indah
Dunia bagai milik kita berdua
Tiada apa yang dapat menghalang
Cinta kita yang tulus dan suci

Namun masa membuatkan kita
Lupa pada janji setia
Kini semua telah berubah
Ku tahu ia tak seindah dahulu

Walau ribut badai melanda
Ku hanya mahu kau tahu

Kecantikanmu menawanku
Keayuanmu menambat hatiku
Senyumanmu pengubat rindu
Kelembutanmu penyeri hidupku

Kegigihanmu semangatku
Kelemahanmu permata hatiku
Ketabahanmu inspirasiku
Pengorbananmu harapan aku

Semua yang telah kutempuhi
Menjadikan ku lebih dewasa
Namun kini telah ku sedari
Hanya kau yang bertempat dihatiku

Sudah lama ku tak merasai
Begitu hangatnya cinta ini
Ku berdoa pada yang Esa
Agar ia kekal buat selamanya

Walau ribut badai melanda
Ku hanya mahu kau tahu

Kecantikanmu menawanku
Keayuanmu menambat hatiku
Senyumanmu pengubat rindu
Kelembutanmu penyeri hidupku

Kegigihanmu semangatku
Kelemahanmu permata hatiku
Ketabahanmu inspirasiku
Pengorbananmu harapan aku

Cinta dan rinduku
Hanya untukmu
Ku bersyukur
Kau milikku

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost permata hati


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.