Ahad, 28 Julai 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Dalam Delusi

Guna AI sekadar membantu, bukan untuk menggantikanmu.


Buasir Otak: The Muzik - Dalam Delusi
 
Lirik:
 
draw a human
stunning
realistic
8K
8K

Prompt gambar guna AI
Anggap diri pelukis
Tulis karangan dengan AI
Rasa macam penulis

Buat lagu guna AI
Dah rasa seperti komposer
Cipta website dengan AI
Terasa diri bagai programmer

Guna AI sekadar membantu
Bukan untuk menggantikanmu
Kerana yang hebat itu AI
Sedang yang biasa itu kamu

Kau hidup dalam delusi
Yang mahu dipandang tinggi
Sering jadi perhatian manusia
Walau sekadar berpura-pura

Kau kata itu kreativiti
Tapi dicipta oleh teknologi
Tanpa usahamu yang sejati
Hanya sekadar syok sendiri

Cipta video guna AI
Anggap diri pengarah filem
Tulis ayat healing dengan AI
Rasa macam pakar motivasi

Semak kesihatan guna AI
Dah terasa seperti doktor
Belajar agama dengan AI
Terus rasa bagaikan ustaz

Guna AI sekadar membantu
Bukan untuk menggantikanmu
Kerana yang hebat itu AI
Sedang yang biasa itu kamu

Kau hidup dalam delusi
Yang mahu dipandang tinggi
Sering jadi perhatian manusia
Walau sekadar berpura-pura

Kau kata itu kreativiti
Tapi dicipta oleh teknologi
Tanpa usahamu yang sejati
Hanya sekadar syok sendiri

Wou wo oh

Bagai melodi tanpa jiwa
Kanvas indah tanpa sentuhan tangan
Kata indah tanpa makna sendiri
Idea hebat tanpa pemikiran yang dalam

Kau hidup dalam delusi
Yang mahu dipandang tinggi
Sering jadi perhatian manusia
Walau sekadar berpura-pura

Kau kata itu kreativiti
Tapi dicipta oleh teknologi
Tanpa usahamu yang sejati
Hanya sekadar syok sendiri

Wou wo oh
Uwo o o o oh

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost dalam delusi ai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.