Isnin, 22 Julai 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Anxiety Datang Lagi

Bila anxiety datang lagi, hati jadi gundah gulana serba tak kena.


Buasir Otak: The Muzik - Anxiety Datang Lagi
 
Lirik:
 
Bangun pagi wajah berseri
Langit cerah mulakan hari
Aku mengharap hari yang indah
Sekali yang datang hanya gelisah

Telefon bimbit lupa nak cas
Minyak habis kereta terkandas
Baru perasan dompet tertinggal
Plag seterika macam belum tanggal

Aku benci keresahan yang melanda
Semua benda jadi serba tak kena

Anxiety ku datang lagi
Mata berkelip bergetar pipi
Badan lemah kepala sakit
Nafas sesak dada sempit

Anxiety ku datang lagi
Terbakar rasa ulu hati
Jantung berdebar peluh mencurah
Perut mual rasa nak muntah
Ah

Buat kopi habis tertumpah
Kertas kerja tertinggal di rumah
Ditegur bos depan orang ramai
Fon berdering nombor tak dikenali

Waktu tengahari tak sempat makan
Lif tersangkut kat tingkat 8
Kunci rumah tak ingat kat mana
Tayar kereta pancit lah pula

Aku benci keresahan yang melanda
Semua benda jadi serba tak kena

Anxiety ku datang lagi
Mata berkelip bergetar pipi
Badan lemah kepala sakit
Nafas sesak dada sempit

Anxiety ku datang lagi
Terbakar rasa ulu hati
Jantung berdebar peluh mencurah
Perut mual rasa nak muntah
Ah

Aaarghhh!

Bila balik ingat nak tenang
Tapi jalan terpijak longkang
Buka Facebook dikecam orang
Eletrik pula tiba-tiba hilang

Bila balik ingat nak tenang
Tapi jalan terpijak longkang
Buka Facebook dikecam orang
Eletrik pula tiba-tiba hilang

Anxiety ku datang lagi
Mata berkelip bergetar pipi
Badan lemah kepala sakit
Nafas sesak dada sempit

Anxiety ku datang lagi
Terbakar rasa ulu hati
Jantung berdebar peluh mencurah
Perut mual rasa nak muntah

Anxiety ku datang lagi
Anxiety ku datang lagi
Anxiety ku datang lagi
Aa aa aah

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost anxiety datang lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.