Sabtu, 20 Julai 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Politik Gila

Dunia politik memang gila, gelanggang untuk mereka berebut kuasa.


Buasir Otak: The Muzik - Politik Gila
 
Lirik:
 
Politik, politik gila
Hari-hari bikin sakit kepala
Ahli politik kuat sembangnya
Janji tak tunai kosong sahaja

Sebelum pilihan raya merendah diri
Pijak semut pun langsung tak mati
Semua orang pun sanggup dia jumpa
Lepas menang dia tanya "Kau siapa?" (Kau siapa??)

Masa jadi pemerintah tidak pernah salah
Bila jadi pembangkang semuanya salah
Yang dulunya baik boleh jadi lawan
Yang dulunya musuh boleh jadi kawan

Katanya nak bantu penduduk tempatan
Tapi anak-beranak yang dapat jawatan (Biar betul??)
Disonglap pula projek berjuta-juta
Kroni gembira rakyat nganga saja

Kata-katanya tak serupa bikin
Cakapnya lain dibuatnya lain
Ludah ke langit muka yang basah
Kau boleh ketawa tapi kami yang resah

Politik gila, politik gila
Ada jawatan disalah guna
Politik gila, politik gila
Maruah digadai demi kuasa

Politik gila, politik gila
Semua orang pun sama sahaja
Politik gila, politik gila
Akhirnya rakyat yang jadi mangsa

Buka mulut saja terus dia mengata
Lagaknya suci macam tiada dosa
Tapi harta dirembat bertimbun timbun
Depan nampak alim belakang macam lanun

Penyokongnya taksub ekstrim melampau
Dicucuk hidungnya bagaikan kerbau
Pemimpin dijilat hidup bermewah
Macai dan yang wala hidupnya susah (Apa??)

Caci dan maki jadi kepakaran
Fitnah memfitnah jadi makanan
Adu domba masyarakat dilaga
Merosak hubungan yang lama terbina

Kata-katanya tak serupa bikin
Cakapnya lain dibuatnya lain
Ludah ke langit muka yang basah
Kau boleh ketawa tapi kami yang resah

Politik gila politik gila
Ada jawatan disalah guna
Politik gila, politik gila
Maruah digadai demi kuasa

Politik gila, politik gila
Semua orang pun sama sahaja
Politik gila, politik gila
Akhirnya rakyat yang jadi mangsa

Politik gila bila akan berhenti
Mana hilangnya amanah yang diberi
Sanggup buat apa sahaja tanpa endah
Asal kau terus di atas dan kami terus di bawah

Politik gila politik gila
Ada jawatan disalah guna
Politik gila, politik gila
Maruah digadai demi kuasa

Politik gila, politik gila
Semua orang pun sama sahaja
Politik gila, politik gila
Akhirnya rakyat yang jadi mangsa

Politik gila
Inilah dia politik gila
Politik gila
Gelanggang mereka berebut kuasa
Politik gila
Jangan kau taksub nanti merana
Terus bersatu teguh bersama

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost politik gila


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.