Rabu, 31 Julai 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Berdamai Dengan Takdir

Tidak semua luka ada kesembuhan kerana dunia hanyalah tempat ujian bukannya tujuan.


Buasir Otak: The Muzik - Berdamai Dengan Takdir
 
Lirik:
 
Hei anak muda dengarkan sejenak
Hidup ini keras jangan cepat koyak
Bila rasa terhimpit terus bertahan
Jika hilang tujuan jangan hilang harapan

Di sekolah dulu aku di kelas belakang
Bagaikan halimunan tiada siapa yang kenang
SPM langsung tiada A sekadar lulus belaka
Dapat masuk kolej hanya main-main sahaja

Tapi belum pun kerja hutang dah menjerat
Dah habis belajar kerja susah nak dapat
Bila pergi temu duga seringkali gagal
Terpaksa buat apa saja asalkan halal

Bangkitlah kawan usah menyerah
Jangan putus asa teruslah melangkah
Bila kau yakin tidak henti berusaha
Pasti semuanya baik di penghujungnya

Tak semua luka ada kesembuhan
Dunia hanya tempat ujian bukan tujuan
Saat kau jatuh tidak muncul cahaya
Berdamailah kita dengan takdirNya

Kau tahu kawan hidup ini tak selalu mudah
Kadang rasa terhimpit bagai tiada arah
Kekecewaan datang dan pergi itu hal biasa
Namun di setiap liku pasti ada jalannya

Ada ketika musibah datang tanpa dipinta
Hati terasa pedih hilang segala daya
Namun kau tidak sendirian semua rasa derita
Walau berakhir dengan tangisan pasti ada hikmahnya

Lihatlah ke langit bintang takkan padam
Dalam kegelapan sinarnya takkan kelam
Kuatkanlah jiwa jangan putus harapan
Walau badai melanda teruskan perjuangan

Bangkitlah kawan usah menyerah
Jangan putus asa teruslah melangkah
Bila kau yakin tidak henti berusaha
Pasti semuanya baik di penghujungnya

Tak semua luka ada kesembuhan
Dunia hanya tempat ujian bukan tujuan
Saat kau jatuh tidak muncul cahaya
Berdamailah kita dengan takdirNya

Tamat sudah kisahku kini tiba giliranmu
Bangkit dari kegelapan kuatkan semangatmu
Lawan sampai menang jangan berputus asa
Teruskan perjuangan hingga ke akhirnya

Tamat sudah kisahku
Kini tiba giliranmu
Bangkit dari kegelapan
Kuatkan semangatmu
Lawan sampai menang
Jangan berputus asa
Teruskan perjuangan
Hingga ke akhirnya

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost berdamai dengan takdir


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.