Isnin, 16 Januari 2012

32 Versus

Masalah masalah. Selalu negara kita hip dgn artis vs artis, ahli politik vs ahli politik, sekarang ni ada trend baru, ustaz vs ustaz. Ustaz selebriti youtube PAS a.k.a Ustaz Azhar Idrus a.ka UAI VS Ustaz ulama muda UMNO (ILMU) a.k.a Ustaz Fathul Bari a.k.a UFB. So bila 2 ustaz politik ni berceramah, keluarla kutukan2 seperti bodo, ustaz anjing, ustaz gila, sesat, kafir, masing2 dok hentam masing2, view tinggi rendah, kutuk parti politik pihak lawan, backing parti masing2 dan sebagainya. Para pengikut pulak, apa saja UAI cakap, sokong, hip, "Like" bar hijau dah mcm lightsaber. Asal UFB cakap kena bangkang, loser, "Dislike" bar merah penuh. Mcm ni lah kalau dah terlalu taksub kepada parti. Tahniah para ulama Malaysia, anda berjaya memecahbelahkan lagi umat2 Islam di Malaysia.


Ulama adalah pewaris nabi, tapi mereka bukan nabi yg maksum, mereka tidak lari dari kesilapan. Harap kedua2 ustaz ni dapat berhenti bergaduh satu sama lain. Dr. Asri juga bagus, selalu neutral dalam apa jua isu.

* Video kat youtube cari sendiri okay... malas aku nak linkkan sbb banyak sangat dan semua bias, takde pun video yg neutral.


ustaz azhar idrus pas selebreti youtube ustaz fathul bari umno ilmu ulama muda isu ustaz gila anjing bodo sesat kafir apa2 jelah nak jadi wahai dunia

32 ulasan:

  1. ust sekolah rendah aku lg besst.. ngaja aku ngaji..

    BalasPadam
  2. Jangan meletakkan youtube sebagai bukti utama. UFB dan UAI diorang tak upload youtube. Ada tangan-tangan gatal dan hati busuk yang memotong versi panjang jadi pendek, upload mana yang sedap di fikiran dan dari sudut pandangan akal yang cetek yang menganggap itulah rumusan dari keseluruhan isi ceramah panjang ustaz tersebut. Akhirnya perkara yang patut sampai, entah ke mana.

    Orang yang terlibat dalam hal ini di youtube boleh dibahagikan kepada bahagian:
    1. Pentaksub si Ustaz
    2. Adu domba. Niat jahat. Melagakan orang.
    Berhati-hatilah.

    BalasPadam
  3. dow kau silap ni, aku tak rasa ustaz ni mewakili mana2 parti politik tapi orang dok cakap yang doang ni wakil parti bla bla bla..doang tak gadoh tapi peminat2 doang yang bergadoh.. ustaz2 ni relak je.. btw way, kalau alim ulama pun kita nak bantai, dekat sapa lagi kita nak rely on pasni????

    BalasPadam
  4. dow kau silap ni... mmg ustaz tu sorang wakil umno sorang wakil pas. ustaz fathul bari tu salah seorang ulama muda umno, ustaz azhar idrus tu mmg org pas. nak kata diorg bergaduh tu mmg la diorg x gaduh bertumbuk, tp mmg UAI tu ada ckp ustaz anjing, UFB tu perli UAI mentang2 glamer kat Youtube semua dia ckp betul? carik sendiri la kat Youtube aku maleh nak bagi link. bukan kita nak bantai alim ulama, tapi ulama2 zaman sekarang bukannya mcm dulu, sekarang ni masing2 ada kepentingan masing2, so yg jadi mangsa siapa? org2 mcm kitalah...

    BalasPadam
  5. bg aku, org agama, biar dia pegang bab agama sahaja~ klu dia cakap pasal hukum hakam ya kita boleh dengar (walaupon aku masih meneguk RIBENA haram bak kata UAI, jika korang belajar pasal cara pembuatan alkohol, korang akan tau RIBENA tidak HARAM)~ tapi bila masuk bab politik, tutup telinga sudah~ yup, UAI ke UFB ke bukan maksum, kadangkala ada silap, ini perkara biasa sebagai manusia~ tapi yg aku paling tak tahan, golongan2 muda facebook & youtube yang tertarik dengan cara UAI ada ape2 problem, tak kira la agama ke politik ke sains fizik ke, semua tanya pada UAI, print screen, SHARE 100%~ tak reti la nk tanye pendapat ustaz2/ulama2 lain~ ilmu ni, kalau belajar dari 1 sumber je, haiz.....

    BalasPadam
  6. bila ahli agama tidak berpendirian neutral beginilah jadinya...

    dosa2 tanggunglah nanti.

    BalasPadam
  7. Aku sokong Ustaz Kazim Elias

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong ustaz kasim gak dia walau sokong umno, tp dia akan tegur umno kalau pape salah yg langar hukum

      Padam
    2. Ustaz kasim elias lone ranger.. Dia ade buat mengakuan tidak terlibat dalam mana2 parti politik... Itu yang bagusnya... Umno ngan pas kalu wat salah, 2,2 dia hentam... Kalu mahukan sesuatu yang tak berat sebelah, dgr la ustaz kasim elias... Kalu ustaz yg 2 diatas ni bg aku mcm, "GAJAH DIDEPAN MATA TAK NAMPAK, KUMAN DISEBERANG LAUT NAMPAK JELAS" bende mi tak patut sebagai seorang ustaz...

      Padam
    3. ostat ni sembang lawak jenaka jer lebih. tak pun nyanyi hindustan. buat ceramah depan orang tua tua kampung boleh la. sebagai hiboran dakwah.

      Padam
  8. perlu ke neutral? apa itu neutral.. jangan duk cakap neutral tp xpaham apa itu neutral...

    BalasPadam
  9. Neutral dari termonologi politik,tidak berpihak kemana2 pihak.

    So orang yang cakap pandai tu faham tak makna Neutral?

    BalasPadam
  10. kalau tak menyokong mana2 pihak tu maknanya takde pendirian..

    bila ahli agama nak mempertahankan pihak yg dirasakan benar, apa masalahnya? itu namanya dia bpegang teguh thadap pemahaman dia.. dia nyatakan apa yang benar, apa yg salah..

    ko penah dengar ke hujah kedua2 blah pihak? sampai ko nak jadi tuhan suruh diorg tanggung dosa.. tang mana datangnya dosa utk diorang?

    BalasPadam
  11. Sorry,Ajaran mana ajar orang yang berpendirian neutral tak berpendirian?

    Untuk makluman..dalam dunia tak pernah wujud sistem dualisme..Tak pernah wujud kita harus menyokong juga mana2 pihak dalam sistem tersebut.

    Orang yang bersikap neutral lebih jelas pemikiran dia kerana tidak dipengaruhi mana2 unsur.

    Sekiranya seorang2 Ahli Agama bersikap Neutral,dia boleh mengeluarkan pandangannya untuk semua pihak tanpa menyentuh mana2 pihak.

    Tak payah lah nak taksub dengan ideologi sendiri sangat,dalam islam pun berpecah dalam pelbagai ideologi..kalau kau rasa ideologi ko betul..tak semestinya ideologi kau maksum.

    So pointnya..Ahli agama harus bersikap neutral kerana dia bebas dan berkecuali..tapi kalau dia berpihak ke satu pihak..dia terpenjara dengan ideologi tersebut dan tidak bebas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu namanya ko tak paham apa itu politik dalam pemahaman org agama.. org agama tidak bpihak kepada parti yg salah... tak kisah la parti itu dipihak dia atau tidak... UAI ada tegur org PAS, UFB ada tegur org UMNO... bila nak komen pasal mana2 org, pastikan dulu ko kenal betul dgn org tu.. ni main hentam duk kasi dosa suruh dorang tanggung tu kenapa..

      Diorang tu cenderung kepada yg mendatangkan kebaikan... kalau dah nak sangat neutral, jadilah org yg suka berfikiran bebas.. tak terikat dgn mana2...

      Islam sendiri suruh kita cenderung.. kalau ko nak tolak Islam pun xperlu nak tunjuk pandai suruh ustaz2 jadi neutral..

      Unsur apa yg mempengaruhi diorang? buktikan dulu.. sekiranya org agama bsikap neutral, maka dia nak beri pandangan pun susah... org sana buat jahat, ada sebab tertentu maka utk neutral kena pandang juga dari sudut salah tu mesti bersebab.. dan atas sebab tersebut, nak keluarkan pandangan pun dah berbelit2...

      tu sbb aku tanya ko faham neutral tu macam mana? sama ke apa neutral yg difahami dalam islam? jangan duk ikut ckp org... org ckp xfollow dua2 parti tu neutral, ko pun nak ikut sedangkan maksud neutral pun ko tak jelas... itu namanya takde pendirian...

      Padam
    2. Bukankah lebih baik UAI dan UFB berpendirian NEUTRAL? kedua2 mereka boleh bekerjasama membetulkan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi mereka? yang mana lebih baik? bertegang urat sesama sendiri lebih baik? you choose..

      Dalam islam sendiri tidak menyuruh kita berpegang dengan mana2 aliran ideologi tambah2 lagi ideologi politik..so siapa yang menolak islam? sampai boleh wujud istilah Ustaz Pas dan Ustaz Umno?siapa yang bangang taksub dengan politik sangat ni? SIAPA?

      kenapa harus dikaitkan politik dengan islam(politik yang diamalkan Nabi tak sama dengan sistem politik demokrasi moden ciptaan yahudi)? kau sendiri beritahu apakah ideologi politik Malaysia ini menyatupadukan umat islam dalam negara ni? kau beritahu? ADA?

      Orang berpendirian neutral tidak dipengaruhi sebarang unsur dalam menentukan setiap pandangan dan pendiriannya..berbanding dengan yang tidak neutral yang cenderung mempunyai agenda dan kepentingan untuk ideologinya sendiri.

      Padam
    3. kenapa la lemah sangat cara ko berfikir.. orang macam ko ni la yang mendatangkan fitnah pada islam.. siapa kata islam tidak suruh berpegang pd mana2 ideologi? jangan jadi org islam yang memalukan islam... islam suruh berpegang dgn al-quran dan sunnah... habis tu kalau dah nak neutral sangat, tak pegang mana2, suka ko la nak jadi syiah, jadi qadiyani, rasul melayu la bagai...

      mereka berdua tak pernah btegang urat... harap maklum.. jgn jadikan internet sbg sumber hukum... dan ko tuhan ke boleh nak kata bila diorang berdua tu berbaik maka selesai masalah umat?

      soal ustaz pas or ustaz umno, tu ko yg kasi...

      islam memang berkait dgn politik... islam merangkum dalam semua aspek kehidupan.. xperlu ko nak tunjuk ko punya sekular sampai nak pisahkan islam dgn politik... tak kisah la politik mcm mana pun... asalkan untuk pembangunan masyarakat yg mengikut lunas2 islam, itu cukup baik...

      toksah ko nak bandingkan zaman nabi sbb zaman tu manusia masih hidup di samping nabi... malah zaman tu jugak wujud munafik, wujud perpecahan... tp cara nabi atasi jauh lebih baik... so, apa masalah kalau nk guna sistem apa pun selagi ia boleh menaikkan islam... tolong jgn jadi bebal sangat..

      orang neutral mmg xbleh nk bagi pandangan sbb xde panduan.. org yg cenderung kpd sesuatu fahaman, dia akan beri pandangan menurut apa yg dia faham selagi tidak melanggar hukum hakam islam... itu pun susah nak pikir ke...

      Padam
    4. Islam tak ajar pun ada islam Pas ada Islam Umno..korang tu je taksub dengan ideologi kepartian dan menyangkut paut Agama dalam ideologi sendiri. BENGAP!

      Aku malas nak layan dah spesis IGNORANT taksub penyokong Fahaman Kepartian ni..lantak korang lah dengan dunia korang..korang ni hanya tau diri korang je betul orang lain salah.

      Hidup lah dalam dunia macam tu sampai bila2.

      Padam
    5. Islam memang tidak ajar adanya islam versi UMNO atau versi PAS... pemimpin2 atas sana xpenah sebut islam versi2 ni... sekarang ni sape yg bagi Islam versi2 ni? ko jugak kan? Aku langsung xsebut pasal islam versi2 ni..

      kalo bukan ko yg bagi, maksudnya ko ikut org.... org sana taksub parti, ko pun follow ikut org taksub.. org taksub mengutuk org lain, ko pun sibuk mengutuk org lain... akhirnya otak ko jugak xbleh nak berkembang... memandang politik dr sudut ketaksuban, mmg tak ke mana...

      walhal ramai org yg xtaksub, xplak ko nak ikut... entah2 definasi taksub pun ko tak jelas... sbb spesis mcm ko ni suka berbual celake mcm bagus... tapi habuk... hak tuih...

      Padam
    6. Seelok eloknya orang yg nk berdakwah ni biarlah tidak terpengaruh dgn mane2 parti politik, jangan nak samekan politik sekarang dgn politik yg Nabi Muhammad s.a.w gunakan dulu... Bila dh terpengaruh, betul pn dikatakan salah... Kita yang dengar pun turut terikut memandangkan dia ialah ustaz.. Tak perlu nk tapis lagi... tak guna la diberikan akal...

      Padam
  12. Dosa,kau tahu kenapa berdosa? kerana Ahli Agama sendiri bercakaran diantara satu sama lain..disebabkan menganut ideologi politik yang berbeza..Ada Nabi ajar benda macamni?

    Menyebabkan umat islam berpecah belah disebabkan hanya kerana Ahli Agama yang berbeza Fahaman politik..Ada islam ajar benda macamni?Apa yang Tuhan kata apabila umat islam berpecah belah?

    So nak pertahankan lagi sistem ideologi politik Malaysia yang memecah belah ini? Masing2 merasakan ISLAM kita lebih baik dari ISLAM mereka yang berbeza fahaman politik dengan kita?

    Tepuk dahi tanya hati..Sampai bila nak jadi seorang yang Taksub dengan Fahaman Kepartian dari Membentuk Ummah yang besar?

    Aku ulangi sekali lagi..jika kita merasakan ideologi kita benar tak semestinya ideologi kita maksum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. abis tu ko nak bagi dosa la pada para sahabat nabi yang berbeza pendapat sehingga mencetuskan hura-hara? islam ko pun xsehebat mana, tiba2 nak pertikaikan ustaz2 siap nak bagi dosa lagi kat diorang pehal? ko dah layak jadi tuhan ke? Allah je yg bagi dosa pahala...

      siapa cakap mereka bercakaran? selagi ko beriman dgn internet, selagi tu la ko akan ckp tanpa usul periksa... walaupun ideologi politik berbeza, tidaklah sampai mereka perlu berdosa di mana dosa tu diberikan oleh ko...

      yang menyebabkan umat islam berpecah belah bukan sbb depa, hanya berbeza pendapat hal yg kecil tp dibesar2kan oleh org2 mcm ko.. walhal diorang ok jer... islam xajar berpecah belah tp berpecah belah semasa manusia tu memang wujud bahkan zaman nabi pun ada perpecahan...

      org bawahan bengap yg mcm ko yg taksub tak tentu hala je rasa islam mereka lebih baik dari islam org lain..

      takde sape klaim pandangan sendiri maksum... ko tak payah nak jadikan maksum sbg isu... sbb ko bukan nabi atau tuhan nak bagi apa2 hukum...

      Padam
    2. tuhan kata apabila jumpa perpecahan, peganglah teguh dgn kitab Allah dan rasul-Nya... jadi, itulah pegangan kita...

      sekarang ni ko dah tuduh sbbkan diorng org islam berpecah belah... walhal semua org tahu sblm kewujudan diorang lagi umat islam kat malaysia ni sedia berbeza pandangan, takde la sampai pecah belah... kalau dah pecah belah confirm dah perang saudara.. setakat berbeza pandangan dalam menjayakan sebuah negara itu bukan perpecahan... betul2 bangang la ko ni...

      dalam parlimen rileks je diorang boleh kumpul sama2, saling berhujah walaupun ada kata2 yg xsedap didengar...lepas tu turun minum kat kafe duduk semeja... itu ko nk ckp ppecahan ke? konsep perpecahan tak jelas, konsep neutral pun xjelas.. pastu nak tunjuk lagak citer pasal ustaz2 siap nak bagi dosa kat orang... perasan bagus tul la dia ni

      Padam
    3. Itu sahabat Nabi,Pertanyaan aku Ada ke Nabi ajar agar umatnya berpecah belah disebabkan ideologi2 ciptaan sendiri? jawab persoalan aku..ADA NABI AJAR???????? lepas tu nak nafikan dan cakap Umat islam ni di malaysia masih bersatu? bersatu taik kucing..Umat islam dekat Malaysia tak akan pernah bersatu selagi para pengtaksub Fahaman kepartian ni tidak pupus!

      dan point yang lain2,mulalah melalut(malas nak ulas)..standard tipikal penyokong IGNORANT yang taksub lagi dungu.

      Dab akhir kata,buang masa bercakap dengan IGNORANT taksub kerana trajektori gaya pemikiran mereka tidak boleh berkembang,sangat statik..hiduplah mereka di dunia mereka yang tut,tut,tut,tut............. ZERO!

      Padam
    4. Memang itu sahabat nabi.. so what? org yg dekat dgn nabi pun masih boleh berbeza pendapat... inikan org yg dah semakin jauh zamannya... perbezaan pendapat tu lumrah... yang penting, ikut kebenaran... bukan makin galak menghina para ustaz..

      Kalau nak tanya apa Nabi ajar, Nabi ajar banyak perkara termasuk pertahankan islam.. hormat org berilmu... ada ko buat? ko bagi dosa lagi pada dua org ustaz tu lagi ada la. Nabi tak ajar untuk berpecah belah, tapi Nabi suruh kita cenderung kearah kebaikan mengikut ajaran Nabi... bukan membuta tuli menghina ustaz2 pastu bagi dosa pada org... ko tu sape nak hina ustaz2? ilmu pun tarak...

      Masalah 'Umat Islam bersatu' pun ko tak jelas.. nak cerita pasal bersatu... Umat islam memang bersatu.. lihat masalah palestin... tanpa mengikut apa parti, kita semua menyokong palestin yg ditindas.. malah bersatu memberikan bantuan.. Kita umat Islam bersatu mengutuk tindakan Bashar Asad.. Sekadar bbeza ideologi, bkn pepecahan ngok..... ko salah aku tegur, aku salah ko tegur... itu perpecahan ke? Ada ke kita semua angkat senjata bergaduh sesama sendiri? lainlah ko yg akal pendek ngan kawan2 ko berbalah pasal pasti pastu gaduh2.. tu pegi mampos ko lah... jgn jadikan ko punya pengalaman sampai nak menghukum semua org... bangang... serius shit... bodoh sial cara ko berfikiran..

      Padam
    5. 'Perpecahan' kecil yang boleh menyuburkan pemikiran, mencambah pendapat, itu bagus... bukannya perpecahan besar sehingga bunuh membunuh... itu musibat.. kalau akal pendek tak boleh nak definisikan perpecahan, tak payah berbual busuk la bodo.. standard akal pendek

      ckp tak serupa bikin... ckp org statik, ko tu yg statik... nampak org berbeza pendapat, terus dikatakan perpecahan... bila org bagi contoh sahabat, dia pertikai 'itu sahabat'.. ko ingat sahabat nabi tu siapa? ingat otak diorang tu rendah ke? ingat ilmu diorang tu sampah ke? sampai ko nak ckp 'itu sahabat'...

      berdasarkan sahabatlah, kita nikmati islam hingga hari ini... kalau mereka yang hebat itu pun boleh berbeza pendapat... inikan pulak ustaz2 yg masih muda tu... yg belum cukup pengalaman... jadi xperlu ko mendosakan dorang... inilah masalahnya kalo org yg bertuhankan internet... apa2 rujuk internet... ustaz dua orang tu wujud lagi kat dunia ni... ko bleh jumpa tanya apa masalahnya... dapatkan keterangan dgn sejelas2nya.. jgn mengata tanpa ilmu... tak pasal2 dapat murka Allah..

      Padam
  13. Zaman Khalifah 1,000 tahun dulu pun ada pemerintah2 Islam yang menzalimi ulama, hingga ada diantara ulama2 yang dibunuh demi gila kuasa mereka didalam politik...
    Tidak hairanlah kini ulama2 dibenci, ditakuti dan difitnah...Kerana ramai kaum penghasut2 disini yang cuba memisahkan peranan ulama dalam politik dengan mengajak rakyat agar membenci dan meragui peranan ulama...
    Bagi mereka ulama hanya sesuai jadi pemimpin2 dalam sembahyang di masjid2 dan duduk diam2 seperti tunggul kayu yang tidak berguna kepada umarak.........

    BalasPadam
  14. pergilah berguru wahai zack dengan ustaz, bukan internet.tq

    BalasPadam
  15. ambe tgk hujah2 zack mcm no point. ambe tgk ape yg tanpa nama katakn tu mmg btl. dlm hidup ni kta kena ada sifat cenderung, xleh neutral. ambe nak kaitkan sikit dgn kehidupan kita ni samaada nk kaya ke miskin, nak bahagia ke kucar kacir, nak kereta besar ke kereta kecik. kn semua tu kn sifat kecenderungan. kalu di akhirat esok mne ada manusia nak neutral, xnk masuk syurga @ neraka. mmg semua nk masuk syurga. kn tu jugak sifat kecenderungan. kalau anda kata ustaz2 kena neutral, persepsi anda salah. tujuan ustaz2 ni mmberi ceramah tu btujuan utk mndidik & mmberi tunjuk ajar kpd kita mnjadikan islam sbg pnduan hidup kita & meninggalkn maksiat. jgn la "sempit" kn fikiran kita dgn persepsi2 dangkal kita ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. undi pas masuk syurga..bolehla aku buat zina, derhaka..confirm masuk syurgala kalau undi pas

      Padam
    2. mesti ko dulu pernh kena tipu ngan skim cept kaya, bc la "term and condition are apply" bongok semua benda ad term and condition c1ba1

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.