Iklan Leaderboard

Ahad, 8 Januari 2012

5 Kenapa aku sokong XXX

Aku xtau kenapa aku suka tulis pasal politik, padahal aku dont give a shit about it. Mungkin sbb aku lihat politik Malaysia ini seperti sarkas yg penuh dgn permainan, sandiwara, tipu helah dan hiburan. Sandiwara terbaru, Hasan Ali kene pecat dari PAS. Kesian dia.


Satu lagi sandiwara, 2 org melayu dan juga ex-UMNO join DAP, respeklah.


Aku xsabar nak tunggu sandiwara esok pula, rusuhan perhimpunan 901 Anwar Ibrahim kat parking lot Mahkamah Tinggi KL.

Di sini aku cuba membuat kesimpulan bagaimana rakyat Malaysia (yg xde apa2 kaitan dgn mana2 parti politik) membuang undi mereka.

1. Kenapa pangkah Pakatan Rakyat?

A. sbb anwar kene liwat fitnah dan dizalimi
B. sbb nak menegakkan hudud dan negara Islam
C. ABU (asal bukan umno)
D. sbb mahukan suatu perubahan dlm kepimpinan dan dasar negara

So bagi aku pilihan A tak relevan. Umum tahu Anwar adalah PKR, PKR adalah Anwar, namun politik PR sepatutnya bukan hanya berkisar pasal Anwar. Tak kisah la pasal peribadi Anwar, dia betul ke liwat Saiful, dia main dgn China Doll, itu antara dia dan tuhan, tapi Anwar dah sepatutnya step down dan hanya jadi pemerhati atau penasihat, dia dah tak relevan pada masa ini. PKR dah berusia lebih sedekad, namun yg kita tahu semua berkaitan PKR adalah berkenaan Anwar dan keluarga. Even UMNO dah bertukar pemimpin sbyk 3 kali sejak zaman reformasi 1998, Mahathir, Abdullah dan now Najib. PKR seharusnya mempunyai pengganti dan pemimpin lain yg boleh menggantikan dia menerajui parti.

Pilihan B juga sudah tak relevan. Tujuan asal penubuhan PAS adalah utk memperjuangkan negara Islam dan undang2 Islam seperti hukum hudud, tapi adakah PAS di dalam PR menuju ke arah itu? Sekarang ni pun dah tukar konsep ke negara kebajikan. Hujah la mcm mana sekalipun, tapi realitinya, sekiranya PAS menang semua kerusi yg mereka bertanding di parlimen pun, mereka tetap tidak dapat majoriti 2/3 di parlimen. Bila mereka usul utk penubuhan negara Islam dan hukum hudud, jgn kata BN, PKR dan DAP belum tentu sokong. Negara Islam mungkin boleh jadi realiti sekiranya PAS berjuang sendirian dan bertanding di semua parlimen agar at least boleh menang 2/3 kerusi parlimen. Kalau tak jangan mimpilah.

So bagi sesapa yg nak pangkah PR, aku lebih selesa dengan alasan pilihan C dan D.

2. Kenapa pangkah Barisan Nasional

A. sbb nak mengekalkan kuasa melayu
B. sbb tak nak cina dapat kuasa control negara
C. sbb dah selesa dgn keadaan sekarang dan xmahu sebarang perubahan
D. sbb dah tradisi keluarga dan turun temurun pangkah bn

Pilihan A dan B tak relevan di masa sekarang. Kedua2nya bersifat racist. Sbb dlm perlembagaan dah pun termaktub mengenai keistimewaan org2 melayu, dan kalau PR kuasai kerajaan persekutuan dan DAP control kabinet sekalipun, kita masih tertakluk di bawah Raja2 Melayu, so sekiranya ada undang2 yg hendak digubal yg merugikan org Melayu sendiri pasti akan ditolak oleh YDP Agong.

Bagi aku utk org yg nak pangkah BN, alasan yg paling relevan adalah C dan D.

Kesimpulannya aku tak kisah korang nak pangkah sesapa, cuma tolong bagi alasan yg relevan, sebab sesapa pun yg memerintah takkan membawa perubahan yg besar pun pada negara sbb Malaysian politics = shit.


politik malaysia datuk de hasan mohamed ali kena pecat pas mohd ariff sabri abdul aziz bekas adun pulau manis aspan alias umno masuk dap perhimpunan 901 anwar ibrahim saiful bukhari liwat mahkamah tinggi kuala lumpur

5 ulasan:

  1. "Pilihan A dan B tak relevan di masa sekarang. Kedua2nya bersifat racist. Sbb dlm perlembagaan dah pun termaktub mengenai keistimewaan org2 melayu, dan kalau PR kuasai kerajaan persekutuan dan DAP control kabinet sekalipun, kita masih tertakluk di bawah Raja2 Melayu, so sekiranya ada undang2 yg hendak digubal yg merugikan org Melayu sendiri pasti akan ditolak oleh YDP Agong."

    Sori la bro... lu kena stdy btol2 pasal undang2 baru lu phm... slh statement lu neh... kalo PR memerintah n nk gubal perlembagaan boleh aje bro... YDPA xpyah nk lulus pon tgu 30hari benda tu akan lulus bro.... and MELAYU kita akn hilang taring...trust me..

    BalasPadam
    Balasan
    1. true...yang ni dalam buku sejarah tingkatan lima ja ni. Actually YDPA boleh tolak sekali saja, lepas tuh digubal...then takda pilihan akan lulus

      Padam
    2. Siapa yang buat undang2 YDPA dh tolak pun lps 30hari akan lulus? PKR ke? PAS ke? DAP ke?

      Padam
  2. bro..lu kena banyak study skit la bab politik. ko nak pas berjuang daulah islam secara sendirian di negara yang umat islam dah sedia terbahagi kepada dua parti besar plus non muslim semakin ramai?

    better ko kaji macam mana parti islam muslim brotherhood di mesir buat pakatan dengan golongan liberal dan parti islam en nahda di tunisia buat pakatan dengan parti liberal UDP.

    ini demokrasi bro.

    lagi satu ko lupa, anwar memang penasihat pkr. presidennya wan azizah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thx for info robot bngst

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...