Khamis, 18 Mei 2017

17 Insiden Mat Over tampar David Teo cerminan kita

Penuh di media sosial tular tentang insiden seorang pelakon veteran iaitu Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar David Teo di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam sebuah Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) bersama penggiat seni tanah air yang diadakan di kediaman rasmi PM di Putrajaya.


Insiden itu berlaku ketika majlis dialog berlangsung apabila David dilihat mahu  memberi pendapatnya dan pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.

Berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam yang cuba mengawal keadaan sehinggalah pelawak Mat Over atau Sulaiman Yassin muncul lalu menampar muka David.

Dalam video yang menjadi tular di laman sosial itu, kedengaran suara Mat Over yang tidak berpuas hati terhadap sikap David itu kerana bercakap kurang sopan di hadapan Najib sebelum menamparnya.

Situasi itu mengejutkan hadirin yang hadir sebelum ia ditenteramkan oleh orang ramai.

Majlis dialog kemudian diteruskan seperti  biasa.

Bagaimanapun pada akhir sesi, Rosyam memanggil Mat Over dan David di pentas untuk meminta maaf dan mereka bersalaman.


Kedua-duanya turut berbuat demikian kepada Najib. Walaubagaimana pun, Mat Over tidak kesal dan merasakan tindakannya tidak melampau kerana David Teo memang patut kena ajar.

Sumber berita dari Mstar.



Orang Cina kefahaman dan budaya dia tentang adab dan etika berbeza dengan orang Melayu. Kalau bagi orang Melayu, cakap dengan nada lembut, sopan santun, berlapik terutama dengan orang lebih tua dan orang yang berpangkat, itu cara orang Melayu. Bagi yang biasa bercakap dengan orang Cina taulah cara diorang macam mana. Kalau cara orang India, lain pula caranya. Kalau orang barat kulit putih, lain pula caranya.

Orang Melayu pula disebalik sikap sopan santun dan adat ketimuran, mereka ada satu sifat baran yang bila sampai satu tahap mereka lebih suka guna kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Orang putih juga ambil perkataan Amok dari sifat biasa ada dalam darah orang Melayu ini iaitu amuk atau mengamuk. Ia adalah sifat dari orang Melayu, bukan agama Islam sendiri.

Sebab tu orang Melayu cenderung guna kekerasan fizikal berbanding diplomasi bila berlaku sesuatu konfrontasi. Anak buat salah sikit, kena pukul. Murid buat salah, kena pukul. Junior tak bagi salam kat senior kat asrama, malam kena panggil bilik belasah. Dapat tangkap pencuri duit tabung masjid, belasah dulu ramai-ramai. Awek kena rampas, belasah. Isteri buat salah sikit, suami belasah. Ada orang Cina hon tak henti-henti kat masjid, belasah. Seorang Cina bergaduh dengan seorang Melayu, orang Melayu lain yang takde kaitan dan tak tau hujung pangkal akan join belasah Cina tu walaupun mungkin orang Melayu itu yang salah.

Guna kekerasan sudah menjadi suatu yang biasa dalam budaya orang Melayu. Kaum lain juga ada je yang guna kekerasan tetapi bagi orang Melayu ia seperti sudah menjadi perkara normalisasi. Sebab tu bila ada orang kena pukul bila buat salah, ramai yang cakap "Memang patut pun dia kena pukul, kena ajar sikit orang tu". Pada mereka kekerasan adalah cara untuk memberi pengajaran.

Berbeza dengan orang barat yang rata-rata menolak kekerasan sebagai penyelesai masalah. Bagi mereka kekerasan bukanlah salah satu cara untuk mengajar atau mendidik orang. Kekerasan hanya boleh dilakukan sebagai pertahanan diri, maksudnya jika orang mula melakukan kekerasan terhadap kita, baru kita boleh lawan dan balas dengan kekerasan dengan tujuan mempertahankan diri. Malah mereka mendidik anak mereka pun tidak gunakan kekerasan, sebab tu bila orang Malaysia rotan anak sendiri di negara Sweden dulu dianggap melakukan kesalahan, kerana ia bukanlah budaya mereka.

Bagi mereka kalau orang bantai guna mulut, balas dengan mulut juga. Orang kritik guna lukisan, balas guna lukisan juga. Orang hentam guna status FB, balas guna status FB juga. Tapi kalau orang naik tangan, balas dengan tangan juga. Sebab tu majoriti mereka cukup marah bila ada orang cuba menyelesaikan masalah guna kekerasan seperti contoh kes seorang lelaki Asia ditarik keluar dari kapal terbang United Airlines yang telah menimbulkan kemarahan ramai orang.

Aku bayangkan kalau ia berlaku di Malaysia, akan timbul pelbagai jenis respon dari orang ramai, apatah lagi kalau yang ditarik itu berbangsa Cina. Mungkin ada yang marah, mungkin ada yang cakap "Padan muka siapa suruh degil", atau "Kalau aku dah lama aku tumbuk penumpang tu", atau "Memang patut dia kena tarik halau macam tu sebagai pengajaran" dan sebagainya.

Satu lagi sifat tipikal orang Melayu adalah mereka mudah taksub, dan sangat taksub pada sesuatu. Taksub pada pemimpin, taksub pada kaum, taksub pada orang, taksub pada artis, taksub pada minat dan sebagainya. Maka bila dah taksub ni, mudahlah tercetusnya kekasaran dan pergaduhan, terutama apabila hal yang ditaksubnya diusik.

Pemimpin dia kena kritik, dia ajak gaduh.
Kaumnya kena bahan, dia ajak gaduh.
Artis kegemarannya kena kutuk, dia ajak gaduh.
Minat dia kena ejek, dia ajak gaduh.

Kadang-kadang orang yang ditaksub ni takde apa pun, tapi pengikut atau pentaksub (atau macai) dia yang lebih-lebih. Macam ahli politik la, penyokong punya la bergaduh macam nak rak, mereka siap lepak minum kopi gelak ketawa sama-sama kat kafe kat Parlimen. Penyokong artis bergaduh nak artis kegemaran mereka menang anugerah, rakan sesama artis relek je berkawan sesama sendiri.

Cuba tengok video macam mana PM Kanada Justin Trudeau menangani orang yang buat kecoh dan buat protes masa sesi dialog beliau. Orang nak bercakap, dia bagi peluang bercakap dan suarakan apa yang mereka tak puas hati. Lepas dah bagi peluang, bagi pula dia bercakap. Ini cara diplomasi mereka, dan mungkin tiada penyokong PM Kanada yang sampai ke tahap taksub. Kalau di Malaysia, mungkin orang yang buat kecoh tu dah lama kena tumbuk.


Cuma dalam kes David Teo - Mat Over ni, setiap respon anda terhadap insiden tersebut sebenarnya mencerminkan hati dan pendirian anda serta menggambarkan ciri-ciri dan sifat anda yang sebenar walaupun anda cuba menafikannya.

Berikut adalah respon orang ramai terhadap isu ini serta cerminannya terhadap diri sendiri:
1. Jika anda rasa wajar Mat Over menampar David Teo dan mengangkatnya sebagai wira, rasa memang padan muka David Teo kena tampar, malah anda sendiri pun rasa nak tampar sebab dia kurang ajar dan juga kerana dia Cina, maka anda memang mempunyai perasaan ketuanan Melayu yang menebal dan anti-Cina.

2. Jika anda rasa orang yang tak sokong Mat Over tu macai DAP, anda memang macai UMNO.

3. Jika anda rasa wajar David Teo ditampar bukan sebab dia Cina tetapi sebab sikap dia, malah jika oda orang Melayu yang bersikap sebegitu pun wajar ditampar, anda bukan fanatik perkauman tetapi percaya kekerasan adalah penyelesaian kepada suatu masalah.

4. Jika anda rasa David Teo memang kurang sopan tapi tak wajar ditampar sebaliknya harus diuruskan tanpa melibatkan kekerasan, anda seorang yang pentingkan adab namun masih percaya pada toleransi dan diplomasi.

5. Jika anda rasa David Teo harus diberi peluang bercakap dan menghabiskan pantunnya kerana ia adalah program santai dan tidak rasmi, anda seorang yang meraikan kebebasan bersuara dan diversiti.

6. Jika anda rasa cara David Teo bercakap bukanlah biadab tetapi kerana memang cara dia cakap dan perwatakan dia memang macam tu, anda sama ada jenis tak kisah, dah biasa bergaul dengan orang bukan Melayu, atau kawan baik David Teo, atau mungkin peminat setia dia.

7. Jika anda rasa Mat Over yang salah sebab dia orang UMNO, anda seorang tahi politik, atau seorang anti UMNO-BN, atau seorang macai parti pembangkang.

8. Jika anda rasa Mat Over ni yang kurang ajar lalu terus maki dan kutuk semua orang Melayu sebab tindakan dia, anda seorang yang memang anti pada kaum Melayu, dan kalau anda itu Melayu, anda seorang pembenci kaum sendiri.

9. Jika anda rasa Mat Over patut tampar Najib bukan David Teo, anda seorang yang sangat anti pada Najib.

10. Jika anda tak tau apa yang berlaku dan baru tahu cerita ni lepas baca artikel ini, anda jenis yang tak peduli dengan isu semasa atau mungkin tiada media sosial atau jarang layan media sosial.

Akhir sekali, aku bukan nak cakap cara kita tak bagus ke, cara orang lain lagi bagus ke, cara kau betul ke, cara aku salah ke. Aku cuma nak beritahu je tentang realiti dan budaya sebenar di negara kita. Nak ubah atau tidak, rasa cara yang macam mana lagi bagus, rasa siapa yang betul atau salah, lantaklah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: mat over tampar david teo depan najib razak program tn50 putrajaya kediaman pm perdana menteri

17 ulasan:

  1. Pilih utama saya jawapan 4. Piliham kedua pula jawapan 5.

    BalasPadam
  2. Pilihan utama saya jawapan 4. Pilihan kedua pula jawapan 5.

    BalasPadam
  3. Entahlah...bagaii ombak membelah pantai..🌊🌊panggg..kenapa xtunggu pantun habis dulu..👋👋

    BalasPadam
  4. Aku rasa mat over sengaja bertindak demikian untuk menjadikan diri beliau popular semula memandangkan kemungkinan beliau telah menghampiri zaman jobless, walaupon sekadar dengan meraih publisiti murahan dan david dilihat sbg seorang apek tua yg x berdaya untuk membuat serangan balas sekiranya dalam situasi berikut( telahan mat over).. sbg kesimpulannya matlamat adalah penting untuk menghalalkan cara dan beliau telah berjaya melakukannya.. termasuklah menjadi tajuk utama artikel BO untuk ari ni.. salam perdamaian

    -sirosli roxx-

    BalasPadam
  5. Meleis ni tahap didih darahnya cuma 5-10°c. Pada gua ok ja dgn David. Cuma Rosyam Noor x nampak gaya sbg pengacara mcm dulu2 lagi. Kurang bijak tangani masalah berbangkit.

    Tu la, tahap didih Meleis ni 5-10°c ja. Yg berpelajaran, max tahap didih setinggi 10°c. Kalo bani melayu biasa, mmg 5°c ja. Sbb tu budaya berbahas berdialog berdebat tidak sesuai di Mesia. Tahap kera dlm hutan lagi kita ni ooi.. 5000 tahun lagi pun blom tentu boleh maju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandainya engkau, siap bagi contoh suhu celcius bagai

      Padam
    2. 8. Jika anda rasa Mat Over ni yang kurang ajar lalu terus maki dan kutuk semua orang Melayu sebab tindakan dia, anda seorang yang memang anti pada kaum Melayu, dan kalau anda itu Melayu, anda seorang pembenci kaum sendiri.

      Padam
    3. Saya x benci kaum sendiri. Saya benci dan meluat dgn tindakan yg telah sekian lama menunjukkan Meleis ni spesis mandom dan tak boleh ditegur serta menunjukkan jatidirinya ditahap hampas. Ada menteri pun, pemikiran ditahap ketua kampong saja.

      Ini ulasan FB Ujang Mohd. Jika anda mampu hadam yg ni, ini hampir dgn apa yg saya rasa. Anda bebas menyatakan pendirian, ssya merayakan pendapat eesiapa asalkan membina.

      ------

      "Bani Melayu wajib memiliki jati diri yang kukuh. Tidak memiliki jati dari yang kukuh hasilnya ialah Orang Melayu yang kita semua lihat pada hari ini."

      orang melayu dididik oleh bani yang memimpin supaya tidak menjadi bangsa yang kreatif kerana bani yang kreatif mempunya prospek untuk menjadi pemberontak..Maka kaum kapitalis yang mendanai pihak bani yang memimpin juga takut kerana bani yang kreatif ini bakal mengagalkan usaha mereka untuk menukar bani yang mandom ini menjadi mereka yang jauh dari agama dan menjadi super liberal agar senang di cucuk hidung mereka dan di tarik kesana kemari..

      Padam
    4. Inilah nasib Meleis. Ada sejarah, tapi tak dihargai. Tulis sejarah yg menipu bangsa sendiri. Hasilnya sejarah meleis wujud sejak tahun 600SM ja. Itupun hasil dari muntah lembu yg kemudiannya dinasabkan pula dgn Nabi Muhammad dan diclaim sbg Ahlul Bait. Lalu entah pula mengaku pula kuturunan Bani Keturah dari sebelah nabi Ibrahim.

      Memalukan la. Raja Sultan Melayu berasal dari muntah lembu dan dinasabkan ke Rasulullah. Boleh lihat sendiri nasab2 ini direka2 utk membodohkan meleis yg super idiot malas nembaca dan mengkaji, terdapat di muzium2 raja salasilah ini. Tapi rakyat melayu berkuturunan Keturah pulak..

      Cari sendiri. Saya bukan pakar mcm Khoo Kay Kim. Malas nak membebel pasal sejarah bangsa kekal bebal abadi ni.

      Baca sini utk sedikit tambahan pencerahan.

      http://tukartiub.blogspot.my/2017/05/bani-melayu-dan-budaya-penakrif.html?m=1

      Padam
    5. 8. Jika anda rasa Mat Over ni yang kurang ajar lalu terus maki dan kutuk semua orang Melayu sebab tindakan dia, anda seorang yang memang anti pada kaum Melayu, dan kalau anda itu Melayu, anda seorang pembenci kaum sendiri.

      {statement ni masih relevan digunakan untuk ulasan anda}

      Credit untuk PON.

      Padam
  6. 10. Sbb den keje. Ni pun tau sbb blog.

    BalasPadam
  7. Haha... Sy plg suka artikel ni... Sy mmg pilih no 5... Sampai skang sy mmg x puas hati no tahu apa soalan David... Harus dijauhi perasaan pilih kasih bg siapa yg nk tanya soalan... Seorg moderator yg bijak harus menhauhi apa2 sentimen emosi dan telus serta saksama... Tang no6 pun saya suka, sy bkn peminat dia tp sy tahu dia jenis out spoken...

    BalasPadam
  8. akhirnya org kata.. dunia artis kan.. biasalah benda2 buruk mcm tu.

    not my fault ok.

    BalasPadam
  9. sila cek air kencing mat over

    BalasPadam
  10. Next article please...

    BalasPadam
  11. No. 5...apa pun kita kena berdiplomasi...orang barat walaupun kafir bak kata orang melayu...tahap civilisation mereka sangat mengkagumkan...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.