Jumaat, 22 Jun 2018

6 Teori apakah sebenarnya harta karun One Piece?

Dalam banyak-banyak komik dan anime, pada aku komik dan anime One Piece yang paling banyak orang perbincangkan. Jalan cerita yang sangat panjang, plot yang begitu intensif, mendalam dan misteri membuatkan ramai orang bermain dengan pelbagai kajian, analisis, hipotesis, teori dan spekulasi.

Terlalu banyak perbincangan berkaitan manga One Piece di forum-forum Internet, video Youtube dan sebagainya. Setakat ini aku belum jumpa lagi komik lain yang mempunyai perbincangan yang sangat besar dan mendalam seperti One Piece.

Ini kerana anda bayangkan, setelah 20 tahun ia diterbitkan dan selepas 900 lebih chapter, masih terlalu banyak lagi misteri yang masih belum terungkai, yang antaranya seperti berikut:


[WARNING: SPOILER ALERT]

Apakah sebenarnya One Piece?
Apakah yang sebenarnya berlaku sepanjang Void Century?
Apakah asal usul orang yang memiliki D pada namanya?
Apakah sebenarnya ancient weapon Uranus?
Apa national treasure yang dikatakan oleh Donquixote Doflamingo sehingga boleh menggegarkan dunia?

Sedutan dari Chapter 761.

Mengapakah terdapat topi jerami gergasi yang disimpan dalam bilik beku di bawah Istana Pangaea di Mary Geoise?

 Sedutan dari Chapter 906.

Apa yang terjadi pada Bartholomew Kuma sehingga dijadikan hamba abdi Celestial Dragon (Tenryubito)?

 Sedutan dari Chapter 908.

Siapakah Dr. Vegapunk yang tak pernah muncul pun?
Siapakah orang yang meninggalkan wasiat di Poneglyph?
Siapakah Joy Boy yang meminta maaf pada Poseidon?
Siapakah ibu kepada Luffy?

Siapakah Shanks yang sebenarnya?
Adakah dia watak baik atau jahat?
Bagaimana Shanks boleh pergi ke Istana Pangaea di Mary Geoise untuk berjumpa Five Elders (Gorosei) tanpa sebarang masalah?

 Sedutan dari Chapter 907.

Malah selepas begitu lama, baru diperkenalkan watak yang sebenar-benarnya mengawal World Government iaitu Im. Adakah dia akan menjadi watak antagonis paling utama?

Sedutan dari Chapter 908.

Terlalu banyak misteri yang masih lagi tidak terjawab dan mungkin akan terjawab dalam beberapa tahun lama lagi. Tapi aku ada teori tentang apakah sebenarnya One Piece memandangkan Oda suka bermain dengan perkataan.

Seperti contoh, setelah begitu lama Gold Roger diperkenalkan, barulah didedahkan nama sebenarnya adalah Gol D. Roger.


Sebelum ini nama ibu pejabat World Government hanya ditulis dalam tulisan Jepun dan tidak pernah ditulis dalam tulisan Roman, maka ia diterjemah sebagai Marijoa atau Mariejois. Dalam chapter 906, barulah ia ditulis dalam tulisan Roman iaitu Mary Geoise, menimbulkan satu persoalan baru, siapakah Mary?


Maka sebab itu aku rasa One Piece itu sendiri adalah permainan kata, di mana ia sebenarnya adalah merujuk kepada perkataan One Peace.

Ya, harta karun terbesar dalam One Piece adalah apabila keamanan dunia dapat dikembalikan semula seperti ketika zaman Great Kingdom masih wujud 800/900 tahun yang lalu.

Semua wasiat yang ditinggalkan di Poneglyph, national treasure, topi jerami dan Will of D, semuanya bertujuan agar seseorang pada masa akan datang dapat mengembalikan keamanan tersebut.

Sebelum ini Gol D. Roger yang mencari One Piece, namun apabila dia menemuinya, dia mendapat tahu yang One Piece bukanlah harta karun yang berupa objek fizikal, sebaliknya berbentuk tugasan untuk memperolehi keamanan dunia.

Disebabkan pada ketika itu dia sedang menghidap sakit teruk dan tak dapat hidup lama, dia tahu yang dia tidak akan dapat melaksanakan tugasan tersebut lalu menyeru kepada orang ramai agar mencari One Piece dan meneruskan legasinya.

Kini, tugasan mencari One Piece itu digalas dan diwarisi oleh watak utama iaitu Monkey D. Luffy.

Baca juga artikel berkaitan berikut:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.




tags: teori apakah sebenarnya one piece manga anime one of the best theory the inherited will monkey d luffy op mugiwara straw hat pirate pirates kaizoku lanun perbincangan forum

6 ulasan:

  1. Kadang2 kita pun keliru dgn kartun nii..kan best kalau hidup nii pun mcm kartun.. 👁👁

    Masih lagii aku tonton kartun lama2 dulu..🐞🐝🐝🐚

    Kartun sekrg byk sgt episod sampaii tk tertengok.. 🎭🎭🎭🎪

    BalasPadam
  2. Anime nilah yang paling keliru nak tengok haha. Puas adik ajak tengok bersama. Nampaknya aku tak cukup kuat nak tengok anime ni. Yang lain macam Bleach boleh je layan beratus2.

    BalasPadam
  3. PoN, mana nak dapat ye gambarajah atau carta tentang perjalanan cerita One Piece setakat ni.. Susunan2 penguasa2 dunia one piece tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Google kan ada..YouTube pun ada..cubalah..ngeee~~..🌹🌷🌺🍁🌻🍄

      Padam
  4. http://www.kdramastars.com/articles/33654/20140818/one-piece-ending-spoilers.htm

    Dalam dunia, hanya ada 2 org tahu ending One Piece. huhuhu....

    BalasPadam
  5. The best anime with longest episode .. Terbaik

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.