Ahad, 18 November 2018

3 Malaysia kini dalam Fasa Pembersihan dan Kesedaran

Ada orang menganggap Malaysia kini berada di Fasa Kemunduran dan Kerosakan selepas kerajaan berubah.

Ada orang menganggap Malaysia kini berada di Fasa Membaik Pulih dan Progresif selepas kerajaan berubah.

Bagi aku pula perubahan kerajaan ini perlu untuk Fasa Pembersihan dan Kesedaran demi membuka mata rakyat Malaysia yang selama ini mengamalkan politik kepartian dan kemacaian.


Dengan perubahan kerajaan, barulah parti yang sudah lama memegang tampuk kepimpinan negara dapat dibersihkan.

Kini baru kita dapat lihat ramai pemimpin tinggi kerajaan terdahulu dihadapkan ke mahkamah akibat pelbagai dakwaan salahlaku seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan sebagainya.

Disebabkan itu juga ramai pemimpin dan ahli parti sudah membuka mata lalu meninggalkan parti kerana tidak lagi percaya dan yakin pada parti tersebut. Parti yang selama ini memperjuangkan kaum dan agama telah dipergunakan oleh para pemimpinnya demi untuk kepentingan sendiri. Ramai penyokong yang nak mempertahankan parti pun rasa malu disebabkan sikap pemimpinnya.

Begitu juga halnya dengan di pihak yang kini sudah menjadi kerajaan. Ia telah membuka mata tentang apa sebenarnya yang mereka akan dan mahu lakukan jika telah menjadi kerajaan. Ada yang baik, ada yang sama sahaja, ada yang lebih mengarut.

Parti yang dulu dilihat memperjuangkan rakyat, yang sering lantang memperjuangkan nasib rakyat tak kira agama dan bangsa, sehingga sanggup turun ke jalanraya bersama rakyat, yang mahu menurunkan kos sara hidup rakyat, yang membela nasib pekerja dan peminjam PTPTN, yang membantah cukai GST, yang menentang kenaikan harga barang dan minyak, yang mahu memansuhkan tol, kini hanya tinggal kenangan.

Janji banyak yang tidak ditepati, orang masih hilang pekerjaan, kos sara hidup masih sama, cukai bertukar nama sahaja, tol masih berdiri teguh, isu hutang peneroka FELDA masih tidak selesai, nilai ringgit masih sama sahaja.

Malah berbanding isu yang diperjuangkan ketika sebelum pilihan raya, isu lain pula yang lebih hangat seperti kontroversi berkaitan pendidikan, LGBT, Oktoberfest, ICERD, Harapan Coin, tulisan cina di papan tanda jalan, hal yang menyentuh sentimen orang Melayu dan agama Islam dan sebagainya, sehingga ramai penyokong dan pengundi mereka yang nak pertahankan mereka pun rasa malu disebabkan sikap dan kenyataan segelintir pemimpinnya yang bukan menyatupadukan rakyat Malaysia sebaliknya lebih memecahbelahkan mereka.

Maka apa yang boleh kita belajar dari semua ini?

Simple.

Ia sebenarnya telah membuka mata kita agar tak perlu menjadi macai mana-mana parti dan terlalu taksub kepada mana-mana pemimpin, sebab ahli politik ni kuat sembang. Kat depan cakap nak perjuangkan rakyat bagai, kat belakang kaut untung besar. Sebelum menang janji macam-macam, dah menang janji dicapati. Ketika takde kuasa semua demi rakyat, bila dah ada kuasa rupa-rupanya ada agenda tersendiri.


Sebab tu aku dari dulu lagi berkempen untuk "Undi Terbalik", malangnya ramai yang tak peduli dan tak setuju kerana pada masa itu masih ramai yang merasakan yang parti masing-masing boleh menyelamat dan memperjuangkan nasib mereka. Namun kini aku yakin ramai yang dah sedar dan terasa dikhianati oleh parti yang mereka sokong.

Konsep "Undi Terbalik" ni mudah je. Kau tak perlu jadi penyokong dan macai pada mana-mana parti dan pemimpin, sebaliknya setiap kali pilihanraya kau undi je parti yang berbeza dari parti yang menang sebelumnya.

Lagipun sekarang ni kau tengok kerajaan dah berubah pun banyak je benda yang tak berubah pun kan?

Tol masih wujud, nilai ringgit masih sama, minyak masih tak turun, kos sara hidup masih sama, inflasi tetap meningkat, cukai masih kena, pertumbuhan ekonomi takde jauh beza, bantuan tunai masih dapat, pekerja asing masih ramai, kadar jenayah masih sama, ranking bola sepak tiada peningkatan ketara dan sebagainya.

Jadi kalau semua benda pun takde banyak perubahan, buat apa asyik tukar parti dan pemimpin?

Simple juga.

Sebab taknak bagi ahli-ahli politik ni peluang untuk salahguna kuasa dan buat agenda merapu bila dah terlalu lama berkuasa. Kalau diorang tahu rakyat cuma bagi diorang 5 tahun je untuk jadi pemimpin, tak berani beb diorang nak buat salah dan laksana agenda merepek.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: jenis orang dalam pendidikan pekerjaan sekolah belajar kursus tugasan universiti assignment banyak kurang cakap pandai bijak bodoh 

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
    2. Nak royii?...


      Petua hilangkan sakit gigi paling simple & berkesan. 👄😹😸😬😀😁😂

      Allamdulillahh.......

      Seminggu berguling2 skit gigi berubat kg, pi klinik gigi merata.. Semua x boleh bt apa sbab pregnent.. last2 kak Norhashikin Ahmad bg petua, tumbuk bawang putih dngan garam, tempek kat gigi yg skit.. memang ajaib terus hilang skit oii.. hebat sngat petua ni...hmpa2 yg skit gigi tu boleh tray.

      Sumber :
      Noraini Ahmad Anne

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.