Ahad, 6 Januari 2019

13 Melayu malas, pemalas dan bermalasan

Melayu malas...

Artikel pertama Buasir Otak selepas 6 hari masuk tahun baru. Nampak tak aku seorang Melayu yang malas nak update blog.

Baru-baru ini PM Malaysia, Tun Mahathir mengulangi sindiran "Melayu malas" di AGM Pemuda PPBM.

Tun Mahathir turut berkata adalah penting untuk Melayu sendiri menukar nilai hidup yang dipegang dan diamalkan, terutamanya yang tidak sepadan dengan kejayaan.

"Kalau tak kerja kita tak dapat duit, kalau tak usaha tak maju. Bila saya kata orang Melayu malas, orang marah saya tapi ini kebenaran. Kalau kita tak nak kerja, orang lain akan datang bekerja. Akhirnya orang asing yang memiliki negara ini. Sekarang sudah ada tujuh juta orang (pekerja warga) asing di Malaysia," katanya.


Melayu malas...

1. Melayu memang malas. Begitu juga dengan Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini.

2. Cina memang rajin. Begitu juga dengan Melayu, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini.

3. Tak semua orang Melayu itu malas, dan tak semua orang Melayu itu rajin. Orang Melayu selalu nampak malas sebab bilangan orang Melayu kat Malaysia ni ramai berbanding kaum lain.

3. Anggaran penduduk Malaysia tahun 2018 seramai 32.4 juta orang. Kaum Bumiputera seramai 69%, Cina seramai 23%, India seramai 7% dan lain-lain seramai 1%.


4. Ambil satu contoh dalam satu kelas yang mempunyai 50 orang murid. Kalau ikut komposisi kaum di Malaysia, maka akan ada lebih kurang 34 budak Melayu, 12 budak Cina, 4 budak India.

5. Kita bayangkan pula dalam dunia ini terdapat 50% manusia malas dan 50% manusia rajin. Maka dalam kelas itu tadi akan ada 17 budak Melayu rajin, 17 budak Melayu malas, 6 budak Cina rajin, 6 budak Cina malas, 2 budak India rajin dan 2 budak India Malas.

6. Jadi bila dibuat bancian kaum mana paling malas dalam kelas tu, dah tentu budak Melayu paling ramai yang malas. Sebab apa? Sebab dah kaum Melayu yang paling ramai dan menjadi majoriti dalam kelas tu.

7. Samalah halnya macam orang Indonesia, kita tengok ramai orang Indonesia datang bekerja di Malaysia, kita pun terus cop orang Indonesia miskin sampai terpaksa bekerja di Malaysia, sedangkan yang bekerja di Malaysia hanya berapa peratus sahaja dari populari negara mereka.

8. Kepadatan penduduk Indonesia dianggarkan hampir 267 juta orang. Orang Indonesia yang bekerja di Malaysia pada tahun 2018 dianggarkan mungkin sudah melebih 1 juta orang. Maka 1 juta dari 267 juta orang itu berapa peratus? Lebih kurang 0.4%. 1% pun tak sampai.


9. Di media sosial juga kita banyak tengok ramai orang Indonesia tak berpuas hati dengan Malaysia, namun ramai juga yang suka berkawan dan menghormati orang Malaysia. Mungkin yang bersikap teruk dan tak suka Malaysia itu cumanya 1% atau 2%, tapi kita terus anggap semua orang Indonesia itu sama sikapnya teruk.

10. Kita sebenarnya tak boleh nak generalize sesuatu sikap positif atau negatif dengan mana-mana bangsa dan agama. Kadang-kadang kita nampak suatu kaum itu buruk hanya disebabkan bilangan mereka memang ramai, itu sahaja.

11. Kalau nak kata semua orang Melayu malas, tidak juga. Memang di penjara majoriti orang Melayu, tapi di universiti juga majoritinya orang Melayu. Memang yang kuat merempit itu ramai orang Melayu, tapi yang menjadi guru dan pensyarah yang mendidik anak bangsa itu juga ramainya Melayu. Memang Melayu ramai yang menganggur, tapi yang bekerja di sektor awam dan swasta juga ramai orang Melayu. Nak buat macam mana, dah orang Melayu kaum majoriti di Malaysia, mestilah bilangannya ramai di mana-mana pun. Maka tak bolehlah kita jadikan orang Melayu yang di dalam penjara, mat rempit dan yang menganggur itu sebagai wakil keseluruhan bangsa Melayu.

12. Lagipun kau nak rajin macam mana lagi? Kalau kau kerja makan gaji, kau terlebih rajin pun gaji bulanan kau tetap sama. Kalau yang boleh klaim overtime tu dapat la duit lebih sikit, tak pun nanti hujung tahun dapat la bonus lebih sikit, itu pun syarikat nak bagi. Kalau kerja gomen pula, kerja lebih rajin dari orang pun, gaji tetap sama, kenaikan pangkat ikut tahun bekerja atau senioriti jugak.

13. Orang Melayu kena kerja sendiri baru dianggap rajin? Selagi orang Melayu malas berniaga, sampai kesudah dianggap Melayu malas? Habis tu kalau semua orang Melayu kena buka bisnes, siapa yang nak jadi pekerja? Lepas tu bila dah takde orang Melayu nak jadi pekerja sebab semua orang nak jadi bos, bila terpaksa ambil pekerja warga asing orang lain marah pula.

14. Kalau kau bukak bisnes sendiri pun, rajin sahaja tak cukup, sebab kalau kau rajin macam mana pun akhirnya kalau takde orang nak beli barang kau tak guna jugak. Nak kena pandai susun strategi, cari peluang, bina hubungan yang baik dengan pelanggan dan sebagainya.

15. Jangan sandarkan kerajinan dengan kekayaan. Kalau ukuran rajin kau adalah seseorang kena buka bisnes sendiri dan jadi kaya, memang sampai bila-bila lah kau takkan nampak orang Melayu tu rajin.

16. Ada orang kerja rajin macam mana pun takkan jadi kaya. Orang kerja despatch, kerja kerani, kerja operator kilang, kerja restoran makanan segera, ramai je orang Melayu. Ramai pun yang buat kerja mereka dengan sangat rajin. Jadi tak boleh nak cop mereka malas hanya sebab mereka tak boleh jadi kaya dan keluar dari golongan B40.

17. Belum kira lagi yang buat 2, 3 kerja. Hari biasa kerja makan gaji, sambil tu buat bisnes dropship kat Internet, malam dan hari minggu pula bawak Grab. Bukannya takde, ada je ramai. Jadi mereka ini malas? Tak juga. Tapi bila ada graduan ijazah sarjana muda Melayu yang rajin memilih untuk buka bisnes nasi lemak atau bawa Grab dianggap memalukan pula.

18. Lagipun cuba beri definisi malas. Mengikut kamus dewan, malas bererti "tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja".

19. Jadi kalau ada murid yang malas belajar di sekolah tapi dia rajin bermain bola, tak boleh cop dia budak malas. Dia hanya malas belajar tapi rajin bermain bola. Sebab dia rajin main bola, dia akhirnya masuk sekolah sukan dan jadi pemain sekolah peringkat negeri dan kebangsaan. Jadi adakah dia masih dikira orang yang malas?

20. Orang yang rajin belajar atau rajin bekerja tapi malas buat kerja rumah, adakah dia seorang yang rajin atau malas? Kat sekolah dia rajin, kat pejabat dia rajin, tapi kat rumah nak basuh pinggan sendiri pun malas. Jadi macam mana?

21. Sebab tu tak boleh nak suka-suka label orang malas, apatah lagi seluruh kaum. Boleh nak nasihat, bagi motivasi dan kesedaran pada orang tapi dengan melabel orang malas ni sebenarnya dah tak relevan dengan realiti hari ini.

22. Kalau setakat nak jadi kaya, tak perlu diukur dengan kerajinan pun takpe. Lahir dari perut seorang ibu yang kaya pun boleh menjadikan kau kaya. Kuat makan rasuah pun boleh jadi kaya. Dapat projek dari kroni pun boleh jadi kaya. Menang loteri pun boleh jadi kaya. Jadi scammer pun boleh jadi kaya. Kalau setakat nak kaya lah.

23. Cuba kau pergi negara China tengok penjara kat sana majoritinya orang Cina. Cuba pergi negara Jepun tengok yang berlumba haram majoritinya orang Jepun. Cuba pergi negara Afrika majoriti yang menganggur adalah orang Afrika. Dah mereka adalah kaum majoriti di negara mereka, maka mestilah yang buat perkara negatif itu majoritinya dari kaum terbesar negara mereka juga. Maka adakah kaum Cina, Jepun dan Afrika juga boleh dilabel malas?

Simple, logik dan rasional.


Baca juga artikel lain yang berkaitan seperti berikut:

* Pandangan aku boleh berubah mengikut peredaran masa, maka mungkin ada pandangan lama aku yang yang bercanggah dengan pandangan baru.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: melayu malas berniaga rajin bisnes kaya kekayaan deb bantu tongkat tun mahathir 

13 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ted babi kkat sini pon kau ada jugak yea..

      Cacing kat blog KD hah habis kena sapu dgn cik minah...

      KD pon berlakon anom jarah cari air kencing kat blog celah gelegar kekadang sempat minom di CTS...

      Sondol lah Babi babi semua cari cacing dan minom lah air kencing sepuas puas nya...hihihihihi

      Teruskan...sondol...sondol...hirup hirup air kencing tuuu...

      Uwek...uwekk...uuweeekk! Urrgh...prooottt!

      Amboi...lain macam ucapan terima kasih kau Ted...???

      Padam
    2. U nii siapa..ngikut jerr ko nii..aku org lama alammaya..tahan lama..mana2 lobang aku masukkk..😊😊😋🤗

      Padam
  2. Lah. Ni atuk kerala 93 nyanyuk. Otak dia xsama dgn otak dia dia 50thn dulu. Ckp org nyanyuk xboleh pakai. No hard feeling..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu harbii..diam bolehh takk..

      Padam
  3. Setuju.
    Tak wajar bila melabel Melayu pemalas.Sesiapa pun yang berkata begitu..sila turun ke bawah..lihat sendiri..Lihat dari kedudukan yang setara itu lebih baik..daripada berbicara sedang berada ditempat yang jauh bezanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin u baru keluar gua agaknya..

      Padam
  4. Melayu ni majoritasnya rajin dan handal buat satu benda sahaja, iaitu MEMBIAK. Membiak je kejenye, tikus pun kalah dalam bab ni. Membiak kemudian membangga diri ada anak ramai tapi tak sedar2 diri tu asyik menyusahkan orang lain saja, lagi2 di tempat kerja. Pastu bila rasa sudah tak mampu nak tanggung kos hidup, mulalah nak buat muka kesian meminta bantuan sana sini, guna alasan nak tanggung anak ramai. Sampai bila2 pun tidak akan maju kalau berterusan dengan perangai macam itu. Buat kerja alakadar, janji gaji masuk, dah masuk gaji tak reti menyimpan, lepas tu membiak dan terus membiak menambah bilangan anak. Elok sangatlah macam tu. Teruskan, teruskan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi negara China. Majoriti orang cina rajin membiak sehingga lebih 1 billion penduduk.

      Padam
  5. hahaha btol gak artikel ni

    BalasPadam
  6. Pergi india. Majoriti perogol di India ialah org India..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu contoh tahap longkang..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...