Rabu, 6 November 2019

1 Konsert reunion Butterfingers 2019 mengecewakan?

1. Konsert Butterfingers Sabtu lepas dapat sambutan hangat. Orang yang datang konsert rata-rata remaja lelaki 90-an yang pernah membesar dengan lagu Butterfingers.

2. Ahli Butterfingers alumni MCKK, jadi mereka memang terkenal di kalangan budak SBP tahun 90-an. Butterfingers bermula tahun 1991, dan album terakhir mereka tahun 2008. Kali terakhir buat show tahun 2009. Konsert Sabtu lepas adalah konsert reunion sempena rai 20 tahun album Transcendence.

3. Ramai peminat yang rata-rata berpuashati dengan konsert ini walaupun terdapat beberapa masalah teknikal dan isu yang tidak dapat dielakkan, namun ada juga yang tidak berpuas hati.Katanya Butterfingers tak bersedia nak buat konsert besar, sound teruk, showmanship macam gampang, lembik, show macam pundek dan sebagainya.


4. Aku bukan fans Butterfingers, dan aku tak pergi pun konsert mereka. Kalau band lokal zaman 90-an tu, sejujurnya aku lebih minat OAG. Tapi bagi aku dia macam ni lah. Mereka buat konsert ni pun sebab nak lepaskan kerinduan mereka pada peminat, dan kerinduan peminat pada mereka.

5. Mungkin ini adalah konsert mereka yang terakhir, sebab masing-masing pun umur dah meningkat tua, dah ada kehidupan sendiri dan bawa haluan masing-masing. Ada yang dah duduk dan bekerja kat luar negara dah pun.

6. Nak tunggu mereka betul-betul bersedia baru boleh buat konsert besar? Nak tunggu bila laginya pun. Band mereka bukan aktif lagi dah pun dalam persada muzik tanah air. Nak jumpa kumpulkan semua ahli sekali sekala untuk main muzik bersama sebagai satu band pun bukannya senang.

7. Jadi bila semua ada peluang untuk berjumpa dan buat konsert, mereka teruskan jelah. Konsert pun sekadar untuk mengenang masa silam, bukan buat konsert untuk promosi lagu atau album baru pun. Kena faham mereka memang dah tak aktif sebagai satu band. Tunggulah sampai umur mereka 50 tahun pun kalau buat konsert reunion balik pasti akan ada isu yang sama.

8. Nak kecam lebih-lebih pun, konsert dah habis. Mereka dah balik move on dengan hidup mereka, kita pun dah move on kembali dengan hidup kita. Segala kecaman, carutan, cacian, makian dan kutukan tak mengubah apa-apa pun. Boleh nak bagi pendapat, tapi takde point pun kecam, carut, caci, maki, kutuk. Serius takde point.

9. Aku sendiri kalau band yang pernah aku minat 30 tahun lepas buat konsert comeback, nyanyi lah macam celaka pun, aku pasti akan menitiskan air mata terharu, kerana sekurang-kurangnya mereka masih lagi mahu menghibur dan menghargai orang yang pernah meminat mereka suatu ketika dulu.

10. Kita pun bukan muda lagi, mereka pun bukan makin muda. Ahli band Butterfingers pun rata-rata dah umur 40-an dah. Jadi chill lah. Nak konsert yang penuh bertenaga nak layan head banging lompat terkinja-kinja pergi je lah konsert atau gig band budak-budak muda millenials.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: konsert reunion butterfingers 2019 mengecewakan kecewa pundek gampang lembik 

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.