Jumaat, 9 Januari 2015

23 Antara Otaku, Weeaboo, Hikikomori dan NEET

Di negara Jepun, bagi seseorang yang taksub, fanatik dan terlalu meminati anime, manga, game, patung figura dan apa2 sahaja yang sewaktu dengannya, mereka sering dikaitkan dengan gelaran Otaku. Otaku ini juga sering dikaitkan dengan terma2 lain seperti Weeaboo, Hikikomori, NEET dan lain2. Di Malaysia juga, ramai peminat fanatik anime, manga dan lain2 perkara yang berkaitan dengan subculture Jepun mahu menjadi seorang Otaku, namun adakah budaya Otaku itu suatu yang positif?



Khamis, 8 Januari 2015

21 Derma dan sedekah berbeza dengan membuang sampah

Bersedekah atau menderma kepada golongan yang memerlukan itu adalah amalan yang mulia. Sumbangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk duit, barangan, masa, tenaga, darah, organ dan sebagainya. Salah satu barangan keperluan yang sering orang sedekah adalah pakaian. Adalah lebih baik jika dapat menyumbangkan pakaian yang baru, namun pakaian yang terpakai juga sudah cukup baik. Tapi definisi pakaian terpakai adalah pakaian yang masih boleh dipakai, walau warna dah luntur sikit pun tidak apa, asal bukan pakaian buruk, lusuh, koyak rabak, baju dalam tahap sampah sarap yang kau sendiri pun tak sanggup nak pakai!


Rabu, 7 Januari 2015

34 Jiran yang rasa layak untuk dimaki

Jiran. Orang asing yang kita akan jumpa tiap2 hari. Orang asing yang kita tak boleh pilih untuk jadi jiran kita. Orang asing yang kita kena berkawan. Orang asing yang kita kena bertegur sapa. Orang asing yang kita kena senyum. Orang asing yang kita kena berbaik2 walaupun kadangkala jiran itu sangat annoying. Orang asing yang kita jarang berterus terang dengan mereka sebab nak jaga hati mereka. Orang asing yang kita kalau boleh kita cuba elakkan pergaduhan dan permusuhan walaupun kadang2 rasa nak maki. Orang asing yang kalau dapat jadi sahabat baik tu kira memang bersyukur sangat.



Selasa, 6 Januari 2015

14 Apabila manusia sudah menjadi zombi smartphone

Saya perasan, (sorry to say) orang Asian terutamanya agak ketagih dalam penggunaan mobile phone. Saya selalu nampak sekeluarga di meja menunggu order makanan tetapi masing2 memandang screen masing2. Begitu juga apabila mengunjungi sanak saudara, masing2 sibuk memandang telefon masing2. Bahkan ada yang nampak berdua-duaan (seolah2 dating) tapi sibuk dengan phone juga.


Isnin, 5 Januari 2015

22 Perkahwinan Muslim Jepun lebih Islam dari Melayu

Sebuah perkahwinan pada 2 Januari 2015, di antara seorang lelaki Jepun yang baru menjadi Muslim dan seorang wanita Jepun Muslim di Masjid Niihama-Jepun. Perkahwinan Islam mestilah senang, selesa dan memudahcara seperti perkahwinan ini. Berdoalah untuk pasangan baru ini, semoga Allah memberkati mereka.

BarakAllahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma bilkhair.

「アッラーが(あなたの結婚において)あなたに祝福を与え、降り注いでくれますように。そしてあなた方二人をよきものにおいて、縁結びして下さいますように。」

Semoga Allah memberkati kamu dan pasangan kamu, dan semoga Dia menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.

بارك الله لك ، وبارك عليك ، وجمع بينكما في خير

バーラカッラーフ ラカ、ワ バーラカ アライク。ワ ジャマア バイナクマー フィー ハイル。



9 Pengembala kambing dan serigala di zaman Internet

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang penternak kambing dengan anaknya. Setiap hari, dia menyuruh anaknya mengembala kambing-kambingnya di sebuah padang rumput dekat dengan kampung mereka.

Anak penternak kambing itu sangat malas. Dia sering tertidur semasa menjaga kambing-kambingnya sehingga tidak sedar yang beberapa ekor kambingnya telah masuk ke dalam hutan. Apabila dia pulang, dia dimarahi oleh ayahnya kerana cuai. Akibatnya, dia terpaksa masuk ke dalam hutan untuk mencari kambing-kambing yang hilang.



Sabtu, 3 Januari 2015

21 Teori konspirasi karut MH370 dijumpai bawah tanah

Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan terjawab dan menemui noktah yang muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ‘fly by wire system‘ berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.

2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid.



Jumaat, 2 Januari 2015

4 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 8

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Minggu ke-8 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan hanya tinggal 8 peserta lagi yang berentap di gelanggang lawak. Untuk minggu ini, peserta perlu membuat persembahan bersama Artis Jemputan pilihan mereka. Sejujurnya rentak MLM tahun ini semakin minggu sudah semakin hambar tidak seperti musim2 sudah. Peserta2 otai pun sudah semakin tandus, yang benar2 konsisten ada hanya 1 2 peserta, dan tiada 1 peserta pun yang benar2 outstanding. Harap malam ini lebih berbeza.


40 Pelaburan emas delay scam akhirnya tersontot

Emas merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan.



Khamis, 1 Januari 2015

13 Tahun 2014 penuh duka, tahun 2015 mengharap sinar

2014...
Kehadiran mu dinanti penuh debaran...
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan...
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...