Ahad, 30 November 2014

17 Agamawan ekspress pelawak, Bollywood dan rockers

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru2 ini, antara isu yang hangat adalah ucapan Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Ketua Wanita UMNO Baling, perwakilan Kedah di PAU 2014 yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.

“Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan,” kata Mashitah.



Jumaat, 28 November 2014

6 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 3

[TONTON ONLINE STREAMING DAN ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2014 sudah masuk minggu ke-3, dengan jumlah yang bertanding kekal sebanyak 13 peserta kerana tiada penyingkiran pada minggu lepas. Dengan tema Retro pada minggu ini, saksikan peserta manakah yang paling berjaya membuatkan kita semua terhibur.



Khamis, 27 November 2014

28 Mak, kau dengar tak apa aku cakap?!

Hari ni hari aku balik ke rumah mak aku. Aku tak suka sangat duduk dengan mak aku. Sebab selama ni pun ayah aku yang jaga aku. Dia yang selalu ada dengan aku dengan abang aku. Berbeza sangatlah mak dan ayah aku. Betul lah orang cakap pasangan kita mesti berlainan perangai.

Macam mak dengan ayah aku. Ayah aku tegas tapi tenang, sentiasa tenang, kemas, perfectionist. Tapi mak aku... Lain sangat. Agak baran, selalu kelam kabut, dan agak messy.

Mungkin sebab perbezaan itulah juga yang membuatkan mak dan ayah aku terpaksa berpisah.



22 Kemunculan semula artis paling tak boleh blah

Ramai artis lama di Malaysia kini membuat kemunculan semula atau comeback dalam industri seni bagi merancakkan lagi dunia hiburan tanahair, namun tak semua comeback itu bersifat bagus dan positif, lebih2 lagi kalau sampai kena buat 3 kali solat Istikharah untuk meminta petunjuk dari Tuhan sebelum kembali bernyanyi dangdut dan gadis2 girl band zaman 90'an yang kini sudah berpangkat ibu dan makcik yang rata2 sudah di usia pertengahan umur bergabung membentuk kumpulan makcik girl band yang baru untuk membuat comeback.



Rabu, 26 November 2014

32 Rumah mampu milik, mampu tengok dan pasti milik

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kebenaran rungutan akar umbi bahawa rumah yang dibina berharga RM400,000 bukan rumah mampu milik.

Sebaliknya, katanya yang juga timbalan perdana menteri bahawa rumah tersebut dianggap "rumah mampu tengok sahaja".

"Mengenai isu perumahan, ada ahli Umno di akar umbi yang mengatakan kepada saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja. Pandangan ini ada juga kebenarannya."


13 Semua petani bawa motor kapchai, betul tak?

Sistem subsidi minyak kita selama ini adalah tidak adil, sebab apa? Tuan2 semua bawak apa? Ada yang bawa motor kapchai, ada yang bawa Kancil, mungkin ada juga yang bawa Proton Saga. Tapi orang yang berpendapatan tinggi mereka biasanya pakai Mercedez, BMW, kereta besar. Sekali diisi minyak, 75 liter, dan mereka dapat subsidi yang banyak, berbanding tuan2 isi minyak dengan kuantiti yang lebih rendah, tuan2 menikmati subsidi yang lebih rendah daripada mereka. Sebab itu saya katakan tidak adil! Sepatutnya tuan2lah yang berhak mendapat subsidi yang lebih banyak, bukan? Apa kata kita mansuhkan subsidi minyak, dan berikan semua peruntukan subsidi minyak itu terus kepada tuan2 dalam bentuk wang tunai melalui bantuan BR1M malah kita boleh naikkan lagi nilainya, apa kata tuan2?


Selasa, 25 November 2014

22 Definisi Berjaya Anak-Anak Oleh Ibu Bapa

Pada hari Jumaat minggu lalu Murni pulang ke kampung menjenguk ibunya, Mak Minah. Sebelum itu sudah beberapa kali Mak Minah menelefon dan membebel kerana Murni sudah lama tidak memunculkan diri kerana kesibukan berkerja. Bagi mengubat rajuk ibunya, Murni pun memohon cuti dan pulang ke kampung. Sampai di rumah semuanya biasa-biasa sahaja, Mak Minah memasak makanan untuk dimakan bersama dan mereka saling bertanya khabar antara satu sama lain. Semuanya berjalan dengan lancar pada hari itu.



Isnin, 24 November 2014

16 Facebook melahirkan generasi muda yang biadab

Media sosial seperti Facebook kini digunakan secara meluas oleh pelbagai lapisan umur, tak kira yang dewasa, warga tua, mahupun yang masih bersekolah menengah dan sekolah rendah, malah lagi hebat, bayi yang belum pandai merangkak pun ramai yang sudah mempunyai akaun Facebook yang dicreate oleh ibu dan bapa mereka, lebih2 lagi kalau bayi itu anak kepada selebriti, jumlah rakan dan follower yang dia ada beratus2 kali ganda dari majoriti pengguna Facebook dewasa. Namun tahukah anda, Facebook ini sebenarnya hanya melahirkan generasi muda yang biadap dan kurang ajar.



Ahad, 23 November 2014

28 Bayi luar nikah, di manakah imej kita?

Masalah anak luar nikah di Malaysia seperti tiada penghujungnya. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita seorang remaja wanita mencampakkan anak yang baru dilahirkan dari tingkat 3 rumahnya kerana tidak mahu menanggung malu disebabkan kelahiran bayi itu. Ditambah lagi dengan berita terbaru di Shah Alam seorang bayi lelaki telah ditinggalkan di hadapan surau taman Platinum, menunjukkan bahawa kancah kelahiran anak luar nikah di negara kita kian meruncing.



Sabtu, 22 November 2014

28 Akhirnya tiada lagi subsidi minyak untuk semua

Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini, kata Datuk Seri Hasan Malek. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di sini berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.

"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya pada Jumaat.

Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.