Jumaat, 21 April 2017

1 Special Snowflakes: Merasa diri terlalu istimewa

Jika anda merasa diri anda terlalu unik, terlalu berbeza dan lain dari yang lain, terlalu istimewa berbanding orang lain, yang perlu sentiasa mahu dibelai dan dimanja,  yang sering mahukan perhatian dan layanan yang lebih dari orang lain, merasakan orang lain selalu bercakap tentang diri anda, merasakan yang anda lebih penting dari orang lain, yang rasa hati dan emosi anda terlalu rapuh dan tidak boleh diusik langsung, yang merasakan dunia ini hanya berkisar di sekeliling anda, maka anda sebenarnya mempunyai sindrom Special Snowflake.


Ya, setiap orang itu unik, setiap orang itu berbeza, dan semua orang itu istimewa, bukan anda seorang sahaja. Anda bukanlah lebih istimewa dari yang lain. Anda bukanlah lebih tinggi dari orang lain dan orang lain bukan lebih rendah dari anda. Setiap orang ada dunia mereka sendiri. Setiap orang ada lingkaran mereka sendiri.

Akhirnya, kita semua sama sahaja. Maka tak perlu jadi Special Snowflake yang rasa diri anda sahaja yang hebat dan begitu penting. Tak perlu juga rasa semua orang bercakap pasal diri anda, sebab kewujudan anda mungkin tak dipedulikan pun oleh orang yang lain.

Baca sepenuhnya di sini:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: sindrom special snowflakes syndrome maksud definisi terlalu istimewa special human being

1 ulasan:

  1. First.. haha..

    Note: mano la sirosly ni.. dah tawar ka nak singgah minum kopi kat sini ha..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.