Khamis, 15 Januari 2015

16 Andai SATU yang berjaya, AKU lah orangnya

Andai seratus yang berjaya, AKULAH di antaranya.
Andai sepuluh yang berjaya, AKULAH yang pertama.
Andai satu yang berjaya, AKULAH orangnya.

Sekeping 'motivation board' digantung megah di hadapan tapak perhimpunan pelajar di sebuah sekolah rendah. Motivation board yang mampu memberi inspirasi untuk anak-anak tekad berusaha demi mencapai sebuah kejayaan.



21 Adakah Melayu hanya hebat dan gah pada nama?

Kenapa orang Melayu zaman sekarang nama mereka panjang2 berbanding orang2 dulu? Sejak bila trend menamakan anak dengan nama yang panjang2 ini bermula? Apakah simbolik di sebalik nama2 yang panjang ini? Adakah dengan memberi nama yang panjang akan dapat menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka? Tidak dinafikan memberi nama anak yang mempunyai maksud yang baik dan mulia adalah dituntut, tapi perlu ke bagi nama yang panjang?



Rabu, 14 Januari 2015

18 Kewajaran pendidikan seks di sekolah rendah

Viral lagi sebuah gambar yang dipercayai diambil daripada buku teks sekolah rendah yang mengandungi dialog perbualan seorang ibu dan ayah yang agak lucah yang bagi aku agak kurang sesuai diserapkan ke dalam otak murid2 yang masih bersekolah rendah. Mungkin inilah yang dikatakan pendidikan seks di sekolah yang menjadi perbincangan dan perbahasan sejak beberapa tahun dulu, yang mana kini ia telah pun diserapkan ke dalam matapelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 5.



16 Bukan gadis K-Pop sahaja berkelakuan tidak sopan

Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berkenaan aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis K-Pop baru-baru ini.

Pengarahnya, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu berkaitan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam.


Selasa, 13 Januari 2015

15 Salasilah sebuah keluarga harmoni yang facepalm

Bagaimanakah bentuk salasilah sebuah keluarga yang harmoni? Apakah rahsianya? Ya, buku aktiviti untuk kanak2 ini ada jawapannya.



16 Banyak duit nak buat apa, melabur atau berniaga?

Pada waktu ekonomi sedang getir, ramai pekerja di sektor swasta yang ditawarkan VSS (Skim Pemberhentian Sukarela) yang mana pekerja tersebut akan ditamatkan perkhidmatan dan dibayar dengan sejumlah wang pampasan mengikut formula pengiraan tertentu seperti gaji terakhir dan tempoh tahun bekerja. Bagi pekerja yang bergaji besar dan sudah lama berkhidmat, duit habuan VSS ini boleh mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit. Begitu juga bagi pekerja yang sudah bersara di mana mereka akan menerima sejumlah wang pencen yang banyak bagi kakitangan awam dan wang simpanan KWSP bagi kakitangan swasta, namun persoalannya, apa yang boleh dilakukan apabila seseorang memperoleh sejumlah wang yang banyak?



Isnin, 12 Januari 2015

26 Salahkah K-Pop jadi genre muzik paling diminati?

Assalamualaikum , Saya pun minat kpop mcm budak perempuan ni but saye tak lah jahil mcm die , yg sanggup melakukan sedemikian , malahan kami yang minat kpop ni sndiri terkejut dengan perbuatan dia tu. Kami x sangka dengan semudah tu die buat sedemikian , Walaupun saya minat kpop for me benda tu keja giler untuk menghabeskan duit untuk tgk dorg lebih dekat , Saya tahu pergi konsert haram , sebab tu saya x pegi , dan sye jadikan kpop ni sebagai muzik kegemaran sahaje . saye sendiri pun xtahu knape sye minat kpop maybe muzik dye kot ? mmg sye malu , and at the sometimes sye sedih , bile org pandang semua kpopers mcm tu , actually semua kpopers x mcm tu , buktinya kami sendiri pun terkejut dgn perbuatan die . And x salahkan minat kpop as genre muzik paling diminati ? tolong balas pendapat sye sbb ini pendapat sye dan mungkin ade yg x puas aty ngan komen ni and sye nak tahu sbb ape x puas aty.



45 Main game lebih baik daripada main dengan isteri

Peminat K-Pop taksub satu hal, yang ni pula peminat game yang terlalu taksub dengan game sampai abai isteri dan anak2 yang bagi aku lebih anjing dari kes K-Pop baru2 ini, sebab kalau peluk artis K-Pop, habis setakat tu sahaja, tapi yang ni kesannya melibatkan emosi dan perasaan orang lain yang akan berpanjangan sampai bertahun2. Ada ke patut main game online Clash of Clan tu lebih best dari main dengan bini, malah sanggup bercerai dan tinggal anak semata2 kerana game? Jadah haram apa? Kes ni bukan setakat pada lelaki sahaja, tapi ada jugak isteri yang ketagih main game Candy Crush sampai abai suami. Apa dah nak jadi dengan dunia hari ini?



Ahad, 11 Januari 2015

101 Mudahnya artis K-Pop mencabul maruah gadis melayu

Aku rasa ramai yang dah tahu yang K-Pop itu anjing, tapi sewaktu artis K-Poop ini buat persembahan kat Malaysia, ia membuktikan lagi bahawa K-Pop itu budaya yang teruk dan merosakkan anak2 gadis kita. Dengan mudahnya diorang dapat tunjuk dan membuatkan betapa murahnya maruah anak2 gadis melayu kita biarpun elok bertudung dan berbaju labuh. Aku rasa kalau artis K-Pop lelaki ni mintak anak gadis melayu kita ni tidur sekali dan serahkan dara kepada mereka pun pasti beratur yang tunggu giliran.



Jumaat, 9 Januari 2015

10 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 9

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Minggu ke-9 Maharaja Lawak Mega 2014 masih lagi menyaksikan 8 peserta yang akan bertarung di pentas lawak. Tema pada malam ini adalah Cerita Seram. Aku harap tema Cerita Seram ini tidak menjadikan lawak mereka kurang kelakar seperti ketika tema Komedi Bermoral pada minggu ke-7. Dan harap tiada peserta yang jadi watak hantu yang sama dengan peserta lain sebab bila diulang kali kedua ketiga dengan watak yang sama persembahan boleh jadi hambar.