Rabu, 31 Oktober 2012

99 Mitos dan realiti kerja dengan komputer

Minggu ni aku nak cerita pasal kerja je. Yelah memandangkan kerja tu satu benda yang penting dan perlu kita buat untuk kita mencari rezeki dan meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini, melainkan kau tu dilahirkan sebagai anak menteri atau anak raja, tak payah kerja pun takpe, duit tu tak habis 7 keturunan. Kali ni aku nak cerita pasal kerja aku macam aku dah cerita sikit kat sini sebagai seorang kuli cabuk di sebuah firma IT. Mungkin orang yang tak bekerja dalam bidang IT ni tak faham, si sila baca dengan bosan.



Selasa, 30 Oktober 2012

101 Kerjaya yang sesuai dengan kelulusan kita

Lately ni sangat buzy dengan kerja. Tak sempat nak update blog, blogwalking, visit blog orang, reply komen, main internet, main game, baca komik dan lain2. Kebanyakan kita yang dah bekerja mempunyai pekerjaan yang berkait rapat dengan kelulusan kita. Kat bawah ni menunjukkan kerjaya yang sesuai dengan tahap kelulusan kita.


Isnin, 29 Oktober 2012

47 Anda seorang dominan atau sebaliknya?

Hampir setahun lepas pernah ada entry pasal rancangan RM1,000,000 Money Drop, tadi tertengok season baru rancangan ni. Kalau dulu AC Mizal cakap pada peserta lebih kurang "RM1 juta ini kami berikan kepada anda, sekarang ia jadi milik anda, anda kena gunakan untuk melabur dalam rancangan ni". Mungkin sebab dia kata wang RM1 juta itu menjadi milik anda maka timbul isu dan persoalan sama ada ia judi atau tidak. Sebab tu untuk musim baru ni sebelum rancangan bermula aku perasan ada klausa baru lebih kurang
"Wang RM1 juta itu milik Astro, peserta akan gunakan wang itu sebagai modal untuk bermain dalam game ini, bakinya akan menjadi milik peserta".



Ahad, 28 Oktober 2012

35 Segmen Terjah Blog Awekz #14

Minggu ni ramai orang balik kampung beraya, aku pulak kena kerja start dari Jumaat sampai Ahad non-stop, ada renovation Data Center kat office aku. Nak blogwalking pun tak berapa nak sempat. Kalau rasa tak nak kena kerja time weekend, public holiday, jangan kerja benda2 yang ada kaitan dengan IT operation seperti network admin, server admin, system admin, database admin, backup admin, data center admin dan segala jenis administrator. Kalau sapa2 yang belajar IT tu, jadi la programmer, system developer, system analyst, etc, pening memang pening sikit tapi kerja lebih free dan flexible berbanding orang yang buat operation. Kalau sistem ada masalah, boleh salahkan orang operation.

Oklah pergi terjah blog2 awekz ni sementara hari cuti ni, mohon jangan komplen banyak blog budak sekolah ke, student universiti ke, kebanyakannya aku random je jumpa masa blogwalking atau kat Facebook.



Sabtu, 27 Oktober 2012

28 Download filem seram sampai kena tindih

Sekarang nak download movie, lagu atau apa2 pakai file sharing website seperti Mediafire, Netload dan lain2 agak susah sebab selalu ada dead link disebabkan fail tu kena remove. So kalau nak download apa2 boleh pakai je torrent client macam BitTorrent, uTorrent, Vuze, BitComet atau lain2 torrent client software, cuma make sure ia supprot magnet link. Macam aku, aku masih pakai Vuze.



Jumaat, 26 Oktober 2012

15 Korban, daftar haji dan solat Jumaat di hari raya

Kami di Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca Selamat Hari Raya Aidiladha, juga selamat menjalani ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang ke-5 serta selamat menjalani ibadah qurban bagi yang mengerjakannya.



Khamis, 25 Oktober 2012

46 Kebebasan media = kebebasan fitnah?

Apa itu kebebasan media? Bagi aku kebebasan media adalah sebuah media massa samada bercetak atau elektronik bebas menyuarakan pendapat, menyokong atau mengkritik semua pihak tidak kira samada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Sebuah media yang bebas perlulah neutral, tidak menyebelahi dan di bawah pengaruh mana2 parti politik.



Rabu, 24 Oktober 2012

73 Kita gembira bila orang lain dimalukan

Suatu pagi yang aman dan tenteram di sebuah agensi kerajaan...



Selasa, 23 Oktober 2012

77 Jangan hukum mereka, mereka ada masa depan

Selagi anda orang muda, belajar tinggi2 kat Universiti, atau seorang atlet bertaraf kebangsaan, anda boleh langgar peraturan, buat blog lucah ke, rakam video seks dan sebarkan di internet ke, rogol gadis sekolah ke, jangan risau, kerajaan tidak akan kenakan tindakan kepada anda, kerana kerajaan kita begitu baik hati tidak mahu masa depan anda akan terjejas. Oh melainkan ada pergi berdemo menentang kerajaan, yang tu anda akan dikenakan tindakan.



Isnin, 22 Oktober 2012

79 Cara bodoh menggunakan Facebook

Adegan yang tak ingin berlaku pada kita...