Isnin, 31 Mac 2014

21 Apabila pendatang asing menjadi warga Malaysia

Topik ini dibuat sempena tamatnya Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedia ada seperti PRK DUN Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak. Ramai yang bising dan kecoh bila terdapat “Bangla”, “Indon”, “Nepal”, “Pakistan” dan lain-lain warganegara membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU). Secara tak langsung terus ramai COP nih pengundi hantu dibawa KHAS oleh KERAJAAN MALAYSIA khususnya BN. Inilah mentaliti kebanyakkan orang yang taksub dengan politik. Jangan pulak COP aku RASIS pulak yer. Benda ini dah lama aku sedar dari zaman tamat sekolah lagi. Awal tahun 90an bermula masalah ini. Ramai masih tak sedar masalah yang akan timbul setelah 18 dan 21 tahun kelak. Baru kini langkah-langkah untuk mengawal dilakukan oleh pihak berkuasa.



Sabtu, 29 Mac 2014

8 Kereta tempatan dalam permainan video antarabangsa

Jarang sekali kita lihat dalam game2 perlumbaan kereta seperti Need For Speed, Gran Turismo dan lain2 racing game ada kereta2 jenama Malaysia seperti kereta Proton atau Perodua, kalau ada pun biasanya adalah mod dan hack yang dibuat oleh penggemar2 game perlumbaan kereta tempatan. Namun, kini kita punya satu lagi alasan untuk berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana Gameloft, pembangun siri game lumba kereta yang popular di peranti mudah alih iaitu Asphalt telah mengumumkan yang sebuah kereta Malaysia akan ditampilkan dalam siri game terbaru mereka iaitu Asphalt 8: Airborne.



Jumaat, 28 Mac 2014

20 Cara mendidik anak2 kecil agar cintakan agama

Beberapa hari yang lalu, aku berkunjung ke rumah seorang rakan lama yang bernama Asri (bukan nama sebenar). Aku mengenali beliau ketika bersama2 sedang menuntut di universiti dahulu kira2 15 tahun yang lalu. Kali terakhir aku berjumpa dengannya adalah ketika hari perkahwinannya pada tahun 2007. Kini beliau mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki berumur 6 tahun dan 2 orang perempuan masing2 berumur 4 dan 2 tahun.



Selasa, 25 Mac 2014

37 MH370: Antara teori konspirasi dan logik akal

Sebelum ini berkenaan kehilangan pesawat MH370, aku tidak mengulas dan membuat sebarang teori konspirasi mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut kerana aku bukanlah seseorang yang terlibat dalam misi Search & Rescue (SAR) dan mempunyai akses kepada maklumat dan data yang berkaitan. Penulisan aku sebelum ini lebih berbentuk berita, sensitiviti masyarakat terhadap isu ini, isu keselamatan, isu bomoh, persoalan dan lain2. Aku cuba elakkan untuk menulis teori konspirasi kerana teori akan kekal teori dan bukan fakta selagi tidak disertakan dengan bukti.



Isnin, 24 Mac 2014

24 Penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu.



20 Semua kawasan perlu PRK baru selesai masalah

Tahniah diucapkan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili PKR kerana telah memenangi PRK DUN Kajang dan mengekalkan kerusi PKR di Kajang dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon daripada MCA (BN) iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil Kajang.



Jumaat, 21 Mac 2014

40 P. Ramlee: Kisah hidup genius yang tragik

Esok, tanggal 22 Mac merupakan hari kelahiran seniman agung tanah air kita iaitu Allahyarham P. Ramlee. 1Malaysia tahu P. Ramlee adalah seorang genius dalam bidang perfileman dan seni lagu malah sehingga kini karya2 beliau masih lagi ditonton dan didengar oleh rakyat Malaysia dari yang tua sampai yang muda. Namun tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis2 pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah menjadi miskin, dipulau rakan2nya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan? Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.



Khamis, 20 Mac 2014

22 Wanita Melayu berjoget untuk tatapan siapa?

Kenapa joget dengan wanita Melayu berpisah tiada? Memang tidak semua, tapi ramai. Daripada kecik start masuk tadika KEMAS, sekolah rendah, sekolah menengah, pergi PLKN, masuk universiti dan kolej, sampai la yang dah tua pangkat makcik2 masuk kerja kerajaan, malah di majlis sambutan hari raya pun kita sudah dididik dengan membuat persembahan joget, menari, senamtari dan senamrobik di khalayak ramai untuk tontonan dan santapan umum terutama lelaki2 hidung belang. Tapi mungkin sebab itu jugalah, BN masih lagi pilihan orang muda dan kebanyakan orang perempuan kerana kita telah lama sangat ditanam dan disogokkan dengan hiburan2 seperti ini sejak dulu lagi.



Rabu, 19 Mac 2014

17 Zaman kanak2, dewasa dan tua yang saling cemburu

Kitaran kehidupan manusia akan melalui tiga fasa iaitu fasa kanak2, dewasa dan tua. Dalam kehidupan ini, kita sering mengagumi dan ingin menjadi seperti orang lain. Kita sering tidak puas dalam kehidupan kita. Kita sering cemburu dengan orang yang tidak sezaman dengan kita. Kita sering menyesali atas perkara lampau. Oleh itu, gunakanlah masa yang kita ada dengan sebaik dan semanfaat mungkin agar tidak merasa rugi di masa kelak.



Selasa, 18 Mac 2014

48 Maut di konsert maksiat kerana kegagalan manusia

Enam maut manakala tiga lagi kritikal dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Festival Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Keenam-enam mangsa itu ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28.