Selasa, 31 Mac 2015

12 Elakkan ditipu peniaga selepas pelaksanaan GST

Tinggal kira2 beberapa jam lagi sebelum tanggal 1 April 2015 yang merupakan hari yang dinanti2kan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana bermula tarikh tersebut sama ada suka atau tidak, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mula berkuatkuasa, dan kita akan lihat sejauh mana keberkesanan dan impak pelaksanaan GST kepada negara, kerajaan dan rakyat amnya.

Aku tak mahu ulas banyak lagi pasal GST kerana sebelum2 ini dah banyak kali aku ulas dan bagi pandangan aku, cuma memandangkan kemungkinan realiti selepas pelaksanaan GST adalah amat berbeza seperti mana yang dijangkakan, maka aku nak kongsikan satu cara yang boleh kita gunakan untuk mengetahui sama ada harga barangan tersebut berpatutan atau tidak selepas dikenakan GST. Caranya adalah dengan menggunakan aplikasi Android MyKira GST.


Sabtu, 28 Mac 2015

15 Tambah kecintaan pada GST dengan lagu GST ini

Aku tak faham. Kenapa gomen ni suka betul buat benda2 yang pasti dah tahu akan dijadikan bahan jenaka? Kamon lah, dengan buat lagu GST edisi Jabatan Kastam ini aku tak rasa pun ia akan dapat menambah apa2 kefahaman pun pada rakyat tentang GST, malah tak meningkatkan pun rasa kecintaan dan kasih sayang rakyat pada GST.

Ini bukan kali pertama gomen buat lagu dan video2 macam ni, dulu buat lagu 1MOCC dan Janji Ditepati berapa banyak kena Dislike, berapa ramai orang kutuk, berapa ramai orang jadikan bahan ketawa? Malah siap dilaporkan dalam berita online Astro Awani? Seriously aku tak boleh nak brain apa sebenarnya dalam fikiran orang2 gomen ni yang buat lagu ni.



Jumaat, 27 Mac 2015

26 Artificial Intelligence dan Masa Depan

Aku baru lepas menonton filem Her lakonan Joaquin Phoenix walapun agak ketinggalan zaman. Cerita tahun 2013, tahun ni baru tengok. Filem mengisahkan tentang seorang penulis profesional, Theodore Twombly yang kerjanya mengarang surat-surat cinta oleh klien yang tak pandai mengarang ayat-ayat manis untuk pasangan, ibu bapa dan sewaktu dengannya. Siap ada kompeni besar dan ofis macam Google Office.

Khamis, 26 Mac 2015

68 Longgokan novel cinta Melayu mereputkan pemikiran

Kenapa ramai perempuan Melayu bila bab percintaan ramai yang mempunyai impian dan fantasi yang terlalu mengarut, tidak realistik, terlalu demanding dan sentiasa mahukan pasangannya seorang yang sempurna, atau hampir sempurna? Kenapa dekat page IPTA Confession terlalu ramai budak2 perempuan mengadu masalah percintaan yang kadang2 bila dibaca sangat merapu, remeh temeh dan sukar untuk diterima dek akal? Lihat gambar di bawah, bandingkan dan fikirkan kenapa pemikiran orang Melayu sekarang semakin mereput.


Rabu, 25 Mac 2015

27 Jangkaan VS Realiti selepas pelaksanaan GST

Tinggal kira2 seminggu lagi sebelum GST dilaksanakan. Walaupun kita selalu diberi contoh mengenai penerangan dan pengiraan GST sebelum ini yang yang semuanya kelihatan seolah2 semua harga barang akan menjadi lebih murah atau sama harga selepas pelaksanaan GST berbanding SST seperti rajah2 di bawah, namun realiti dan hakikat sebenar selepas GST pasti berbeza daripada apa yang dijangkakan.



19 Rakyat biasa tidak berhak memilih Perdana Menteri

Pada suatu pagi yang gelap kini sudah terang...

Abu: Aku tak suka kat Najib tapi aku sayangkan UMNO. Aku mahukan Najib turun jadi Perdana Menteri tapi aku mahukan UMNO terus kekal memerintah. Sebagai rakyat biasa, aku tidak boleh memilih siapa untuk jadi PM kerana aku hanya boleh memilih parti sahaja. Memilih PM adalah hak parti.

Acai: Kalau macam tu kau jadilah ahli parti UMNO, lepas tu kau pilihlah orang lain untuk jadi ketua. Kita kan mengamalkan sistem demokrasi, kita sama2 bersihkan UMNO dari dalam.

Abu: Baiklah, aku akan masuk UMNO dan sokong orang lain yang lebih bagus untuk jadi ketua.



Selasa, 24 Mac 2015

33 Apa sebab anda tak setuju hudud di Malaysia?

As salam semua dan semoga semua sihat belaka. Tajuk inilah yang hangat diperkatakan di news feed Facebook saya baru2 ini. Semua ini gara2 hukum hudud yang dilaksanakan di Kelantan. Macam2 pendapat yang keluar. Ada yang setuju, ada yang tidak. Tapi yang saya yakin nampak, hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang komen. Yang kawan2 saya yang bukan Islam, tak ambil port pun. Malahan suatu ketika dahulu masa PRU 13, bila timbul isu hudud, rakan2 sepejabat saya yang bukan Islam cakap kat saya "biarlah nak buat hudud. kalau tak buat salah buat apa nak takut?"


Isnin, 23 Mac 2015

26 Bersama jadikan Malaysia semakin maju dengan GST

Alhamdulillah tak sia2 aku undi BN dulu. Dengan GST semua orang kena menyumbang kearah kemajuan negara. Kalau dulu yang kaya je kena menyumbang, kini yang kurang kaya, miskin, termasuk juga pelajar sekolah dan universiti pun perlu menyumbang walaupun mereka masih belum ada pendapatan sendiri dan cuma ada pinjaman PTPTN je. Kita semua patut bangga sebab boleh sama2 berbakti kepada negara dengan adanya GST.

Bersama kita menjadikan Malaysia bertambah maju dan kuad.



Sabtu, 21 Mac 2015

19 Punca calon berpengalaman tinggi gagal temuduga SPA

Calon berpengalaman tinggi gagal temuduga SPA kerana tiada “kabel”?

Ramai calon yang sering gagal temuduga atau mungkin tidak dipanggil untuk temuduga sebagai penjawat awam. Kita sering mendengar keluhan mereka tentang kerajaan yang pilih bulu dan berat sebelah. Alasan yang sering diberikan ada tiada kabel (individu berpengaruh).

Ada yang menuding jari pada panel dengan memilih kroni mereka bagi kekosongan pekerjaan ini. Ada juga yang berpendapat, menghadiri temuduga itu hanyalah sekadar untuk cukup syarat sahaja, dan sudah ada calon yang dipilih awal.

Ada juga calon temuduga yang membawa surat sokongan menteri supaya peluang untuk bekerja di sektor kerajaan lebih cerah.

Adakah ini hanya alasan apabila nasib tidak menyebelahi mereka? Ataupun ia memang wujud dalam pengambilan penjawat awam di Malaysia yang dikenali sebagai Suruhanjaya  Perkhidmatan Awam (SPA).



Jumaat, 20 Mac 2015

23 Kalau tidak bersetuju, usahlah mempersenda

Dewan Undangan Negeri Kelantan baru sahaja meluluskan usul implimentasi hudud. Tapi soalan yang lebih penting: apakah nasib rakyat Kelantan yang masih hidup merempat selepas banjir besar tiga bulan lepas? Adakah agama boleh menyelamatkan mereka dari realiti sosio-ekonomi yang semakin merosot?

Kandungan dan skript video adalah hasil kolaborasi antara BFM dan Projek Dialog.