Selasa, 2 Ogos 2016

8 Benci pada kaum wanita, jijik pada kaum lelaki

Feminisme.
Misandry.
Misogyny

Sebelum ini aku ada menulis tentang isu feminisme, kesamarataan dan keadilan jantina maka tak perlu rasanya aku menulis lagi tentang hal itu, cuma kali ini aku cuma nak sentuh 2 jenis kategori yang jauh lebih teruk dari feminisme, iaitu misandry dan misogyny.


1. Misandry

Misandry bermaksud kebencian dan ketidaksukaan terhadap kaum lelaki yang biasanya dari kalangan orang perempuan. Seorang misandry sangat membenci dan memandang hina pada kaum lelaki secara nyata dalam pelbagai cara, termasuk diskriminasi jantina, fitnah dan cacian terhadap kaum lelaki, keganasan terhadap lelaki, atau objektifikasi seksual lelaki.

Ungkapan seperti "Semua lelaki adalah babi, atau "Semua lelaki gila seks, IQ rendah dan menjijikkan" adalah contoh misandry.

Tidak semua orang yang kuat memperjuangkan feminisme itu misandry, namun golongan feminisme ini lebih cenderung untuk ke arah misandry, lebih-lebih lagi apabila mereka sudah mula merasakan kaum wanita harus menguasai dan overruled kaum lelaki.

Namun kalau ikutkan idelogi feminisme yang asal sebenarnya bukanlah begitu kerana feminisme hanya memperjuangkan kesamarataan jantina, manakala misandry merasakan kaum wanita lebih berkuasa dari kaum lelaki. Malah orang lelaki juga boleh menjadi seorang feminist, namun amat mustahil untuk menjadi seorang misandry.


Biasanya orang perempuan cenderung menjadi misandry disebabkan 3 faktor:
  1. Pernah mempunyai sejarah hitam dan buruk dengan kaum lelaki yang dekat dengan mereka seperti ayah, abang, adik lelaki dan sebagainya, seperti pernah dirogol oleh abang sendiri, atau pernah didera bapa sewaktu kecil, pernah melihat ibunya diseksa oleh ayahnya dan sebagainya.
  2. Sering dikecewakan oleh orang lelaki yang tersayang seperti kekasih lelaki, tunang dan suami, seperti pernah ditinggalkan kekasih setelah kehormatan mereka diragut, atau ditinggal tunang kerana orang ketiga, atau suami curang dengan perempuan lain dan mengabaikan keluarga. 
  3. Insecure atau rasa tidak yakin dengan diri sendiri, mungkin kerana tidak mempunyai wajah yang cantik, atau perangai yang cantik, terutama apabila melihat ramai wanita terdekat mereka mempunyai kekasih, sudah berkahwin, manakala dia masih lagi single sehingga merasakan diri terpinggir, tiada lelaki yang suka dan tertarik padanya, lalu menyebabkan kebenciannya pada kaum lelaki bertambah.
Ketiga-tiga faktor ini mendorong perasaan benci seseorang wanita itu kepada lelaki lalu mengubahnya menjadi seorang yang misandry.


2. Misogyny

Misogyny pula adalah berlawanan terhadap misandry iaitu kebencian terhadap kaum wanita yang biasanya berlaku dari kalangan orang lelaki. Ia termasuk penghinaan atau prejudis terhadap perempuan. Kebencian terhadap wanita boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara termasuk pengecualian sosial, diskriminasi jantina, permusuhan, androcentrism, patriarki, idea-idea keistimewaan lelaki, memperkecilkan wanita, keganasan terhadap wanita dan objektifikasi seksual wanita.

Kartun seperti berikut antara contoh misogyny yang merendahkan martabat kaum wanita dengan mengatakan kaum wanita itu hanya layak berada di dapur.


Lelaki yang misogyny ini biasanya mereka memandang rendah dan hina pada kaum wanita, kedudukan kaum lelaki lebih atas dari kaum wanita, lelaki harus menguasai kaum wanita dan sebagainya, namun tidaklah merasa jijik kepada kaum wanita seperti mana golongan misandry yang biasanya jijik terhadap kaum lelaki sehingga tiada perasaan nafsu terhadap lelaki, kerana apa-apa pun misogyny akan cari perempuan juga untuk melempiaskan nafsu seksual mereka, melainkan mereka misogyny yang gay.

Antara faktor seorang lelaki itu menjadi misogyny adalah apabila mereka merasakan mereka mempunyai pelbagai kelebihan berbanding wanita dari sudut fizikal, tenaga, biologi, seksualiti, status dan sebagainya, lalu mendorong mereka menjadi seorang misogyny.

* * * * * * * * * *

Misandry atau misogyny, kedua-duanya adalah tidak bagus sama sekali, kerana ia bukan sahaja downgrade suatu jantina itu ke tahap yang sangat bawah, malah menyebarkan kebencian yang tidak patut sama sekali. Ya, tidak dinafikan ramai lelaki yang jahat, ramai juga wanita yang teruk, namun tidak bermakna kita boleh "generalize" seluruh kaum jantinanya sama jahat dan teruk.

Jika kau pernah ada kisah hitam dengan mana-mana lelaki, yang bangsatnya dia, bukan kaum lelaki. Aku sebagai orang lelaki kalau jumpa lelaki bangsat macam tu pun aku akan maki dan takkan pertahankan pun. So sama juga pada orang perempuan.

Wujudnya jantina yang berbeza secara berpasangan itu bukanlah agar kita saling membenci, sebaliknya agar kita saling memahami dan melengkapi antara satu sama lain.

So stop generalizing, stop stereotyping, stop discriminating. stop being judgmental and prejudiced. Sekali kau buat, kau tiada beza pun dengan orang yang kau benci, malah tidak menjadikan kau lebih betul atau menjadi orang yang lebih baik.

You still just full of shit.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: feminism feminist feminisme misandry misogyny sama rata adil pandang rendah overruled downgrade sexism sexist misogynist misogynistic misandrist misandristic

8 ulasan:

  1. Sedihnya zaman sekarang ni...takde perasaan saling memerlukan ke?

    BalasPadam
  2. PROOOOooo0otT !

    -sirosli the rapist -

    BalasPadam
  3. Lesbian vs gay.

    BalasPadam
  4. Kalau tak suka perempuan yang layan drama melayu adaptasi novel melayu yg sangat menjana minda,tu kira golongan apa yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Golongan lelaki bijak. Tahniah!

      Padam
    2. puiii!! noob racist dengan perempuan yang layan drama!

      Padam
  5. yes I'm misogyny hahahahahašŸ˜ 

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.