Ahad, 7 Ogos 2016

9 Perogol kahwini mangsa rogol terlepas hukuman

Seorang rakyat Malaysia terlepas hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan kerana merogol seorang gadis 14 tahun, semata-mata kerana beliau telah menikahi mangsanya itu.

Tindakan itu lalu mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi yang mendesak perkahwinan kanak-kanak diharamkan dan menuntut keadilan bagi mangsa keganasan seksual.

Gambar hiasan keratan akhbar sebuah kes lama

Ahmad Syukri Yusuf, 22, didakwa atas kesalahan rogol bawah umur tahun lalu, namun kemudiannya mengahwini remaja itu mengikut undang-undang syariah, kata pendakwa raya Ahmad Fariz Abdul Hamid dilapor Reuters.

Katanya, mahkamah sivil di Kuching sini minggu lalu menetapkan kes jenayah itu tidak perlu diteruskan selepas Ahmad Syukri mengemukakan sijil nikah dan gadis itu menggugurkan aduan.

Keputusan itu mengundang kemarahan kumpulan hak asasi wanita.

"Sudah biasa bagi perogol mengahwini mangsanya terutamanya yang bawah umur untuk menutup jenayah mereka," kata jurucakap Women's Aid Organisation Tan Heang Lee kepada Yayasan Thomson Reuters.

Sumber The Malay Mail Online.

Baca juga artikel "Rogol tetap rogol. Tidak boleh ditutup dengan perkahwinan" dan "Lepas tuduhan rogol lepas kahwin mangsa 14 tahun".

OK aku tahu mesti ramai orang marah bila baca berita macam ni lalu terus mengecam keputusan mahkamah dan juga institusi syariah. Namun tak semua kes rogol boleh pukul rata dilihat dan diadili dengan cara yang sama secara umum. Ia perlu dilihat dan diperhalusi dengan menilai setiap kes secara terperinci.

Di Malaysia ada 2 kes rogol yang biasa:

1. Wanita tanpa mengira umur dirogol tanpa rela oleh orang yang dikenali mahupun tak dikenali

Dalam kes ini, pada aku tidak syak lagi ia memang satu kes jenayah yang langsung tidak boleh ditutup dengan perkahwinan. Kalau kau suruh mangsa rogol berkahwin dengan orang yang rogol kau, kau memang sial. Dalam hal ni perogol harus dihukum seberat-beratnya kerana telah meragut maruah dan kesucian wanita tanpa kerelaan mereka.

Malah lebih mencelakakan jika perogol itu adalah ahli keluarga mangsa itu sendiri seperti abang rogol adik, bapa rogol anak, atuk rogol cucu dan sebagainya. Sama ada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan pun, makhluk sial seperti ini wajar di hukum dengan sangat berat kerana mereka seharusnya menjaga kehormatan dan kesucian ahli keluarganya, bukan merosakkannya.

Dan ibu bapa kepada mangsa rogol, walau apa pun yang berlaku, jika anak perempuan anda dirogol tanpa kerelaan, jangan sesekali kahwinkan dia dengan perogol hanya semata-mata nak tutup aib, nak tutup kes, nak jaga air muka perogol atau sebab ditawarkan wang yang banyak.

Trauma mangsa rogol itu bukan sehari dua tapi sepanjang hayatnya. Malah jika sudah 20 tahun berlalu dan dia sudah berkahwin dan beranak pinak pun, pengalaman dirogol akan terus menghantuinya sampai mati. So korang boleh bayangkan bagaimana perasaan seorang mangsa rogol disuruh dan dipaksa kahwin pula dengan perogolnya hanya kerana nak tutup malu?

Bayangkan trauma dirogol itu dia akan lalui tiap-tiap-tiap-tiap hari yang pasti akan membawa kepada kemudaratan lain yang lebih besar pula seperti depressi, tekanan, kemurungan, hilang kewarasan dan yang paling teruk yang boleh kita bayangkan, bunuh diri.


2. Mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun dengan kerelaan atas dasar suka sama suka

Situasi di atas juga walaupun persetubuhan itu dibuat atas dasar suka sama suka, namun mengikut undang-undang ia tetap dianggap sebagai merogol iaitu rogol statutori kerana ia melibatkan gadis bawah umur. Seperti contoh seorang lelaki remaja atau dewasa bercinta dengan seorang pelajar perempuan tingkatan 3 lalu berzina dengan kerelaan kedua-duanya, ia akan jatuh di bawah kesalahan merogol.

Bagi aku untuk situasi ini ia tidak boleh dinilai seperti mana situasi nombor 1 di atas. Ini kerana perogol dan mangsa rogol bukan sahaja kenal antara satu sama lain malah berkemungkinannya bercinta sesama sendiri. Lalu mereka mahu berkahwin itu mungkin bukan paksaan sesiapa tetapi juga kerana kerelaan mangsa rogol dan juga keluarganya sendiri.

Ya memang kalau lelaki itu cintakan gadis itu dia seharusnya menjaga kehormatan gadis itu, jaga ikhtilat dan sebagainya, tapi benda dah terjadi, so kalau mereka dah nak kahwin, walaupun gadis masih remaja, tapi kalau mereka dah mereka nak kahwin sangat malah mangsa rogol juga bersetuju untuk berkahwin, kita nak cakap apa lagi? Kehidupan mereka selepas itu lantaklah mereka yang pilih jalan itu.

Namun hukuman itu bagi aku masih perlu kerana mereka telah berzina atau bersetubuh di luar nikah, dan ibu bapa mereka juga seharusnya dihukum atas kelalaian bawah jagaan.

* * * * * * * * * *

Akhir sekali, aku ada satu cerita yang diceritakan oleh seorang rakan.

Ada seorang gadis remaja yatim piatu dijaga oleh pakciknya yang juga merupakan waris terdekatnya. Masalahnya gadis itu sebelum dijaga oleh pakciknya lagi perangainya sudah sangat liar dan banyak tidur dengan lelaki. Pakcik dia dah banyak kali tegur dan nasihatkan budak tu tapi tak nak dengar sebab dah biasa dengan lifestyle macam tu.

Sebab dah tak tahan kena marah dengan pakcik tu, dia buat report kat sekolah cakap pakcik tu rogol dia. Check kat hospital ada tanda penetration. Pakcik yang kena tuduh tu naik mahkamah, dan disebabkan dia takde peguam yang bagus, pakcik tu disabitkan atas 3 kesalahan iaitu sumbang mahram, rogol bawah umur dan kelalaian bawah jagaan, lalu kena hukuman 8 sebatan dan penjara 20 tahun, atas suatu kesalahan yang dia tak buat pun sebenarnya.

Masyarakat yang tak tau apa-apa akan terus menuding jari pada pakcik tu dan percaya je bulat-bulat cakap budak bawah umur tu tanpa usul periksa. Mungkin sebab persepsi masyarakat juga asalkan tertuduh tu lelaki tua mesti dia salah, asalkan mangsa tu perempuan kecil bawah umur, dia mesti tak menipu dan tak bersalah.

Dan gadis itu sekarang? Sudah bebas untuk melakukan aktiviti menyundalnya tanpa sebarang sekatan.

Zaman sekarang jangan ingat asal budak maka dia tu suci bak kain putih bersih? Sekarang ni budak-budak kecik pun boleh menipu. Macamlah kita masa kecil dulu tak pernah menipu orang tua kan? Tapi lagi teruk jika mereka liar dan menipu. Cuba tanya doktor-doktor klinik daerah berapa banyak kes budak sekolah yang datang klinik malah ada yang semuda umur 11 tahun pun sebab dah mengandung, bukan kerana dirogol tapi sebab berzina dengan teman lelaki?

Pernah dengar juga kes gadis menggoda lelaki untuk bersetubuh dengannya, dan kerana kegagalan mengawal nafsu, lelaki itu tumpas pada godaan tersebut, dan selepas bersetubuh, perempuan itu membuat laporan polis dan mendakwa lelaki itu merogolnya? Macam biasa masyarakat pasti terus percaya pada perempuan tersebut dan mengecam lelaki tersebut, sedangkan lelaki itu telah teraniaya atas sebab dendam, saman atau mahu jadikan lelaki itu pak sanggup atau kambing hitam sebab pakwe yang telah membuntingkan gadis itu telah cabut lari. 

So kesimpulannya, janganlah terus nak menghukum dan menilai suatu kes tu kalau kita tak tahu cerita sebenarnya pun. Aku tahu ada orang yang begitu semangat dan berkobar-kobar nak memperjuangkan keadilan untuk mangsa rogol dan sebagainya, tapi janganlah main pukul rata je asal ada kes rogol bawah umur atau perogol kahwin mangsa rogol maka lelaki tu salah dan perempuan tu tak salah. Mangsa boleh jadi orang yang dirogol, orang yang dikambing hitam, orang yang dituduh rogol. 

Salah tuduh jadi fitnah. Silap pertahan jadi zalim.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: perogol kahwini kahwin mangsa rogol terlepas hukuman kisah undang-undang bersetubuh zina bawah umur romen dakwa tuduh

9 ulasan:

  1. ak tak tau apa cerita disebaliknya so no komen. eh komen la pulak ehehe2... apapun yg batil pasti akan tumpas walaupun siapa2 nak pusing mcm mana pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. prooo0ootTTT !

      -sirosli pentaksub pukimon go-

      Padam
  2. Aku mmg xpercy dgn kumpulan2 hak asasi manusia ni..

    BalasPadam
  3. aku rasa yg kes atas tu sebab sex suka sama suka. cuma di cas rogol sbb pempuan tu bawah umo. so sbb diorg dah bercinta sayang so diorang kawin lah. yg pempuan tu pun syg dkt jantan tu ..xkan nak biar balak dia masuk jel

    BalasPadam
  4. Kalau rogol berkumpulan pulak macam mana?(GangBang) takkan nak kahwin gadis tu dengan 20 orang laki jahanam tu!

    BalasPadam
  5. agaknya kena rakam kot baru terlepas tuduhan rogol
    bukti rupanya suka sama suka....

    BalasPadam
  6. jikalau dibenarkan situasi perhubungan terlarang yang telah terjadi di antara si dewasa dan si muda remaja, 'disucikan' dengan ikatan perkahwinan selepas itu;

    persoalannya, adakah budak2 di bawah umur ini lebih mudah untuk 'terjatuh cinta' jika di-ayat/di-ngorat oleh si dewasa?

    adakah si dewasa pula, (dengan berfikiran) adalah lebih mudah me-ngorat/meng-ayat budak2 bawah umur ini berbanding makhluk yang telah dewasa kerana mereka masih muda dan hijau (advantages dari banyak segi)?

    tidahkah ianya akan membuka 'floodgate', contohnya kepada para "pengamal songsang ajaran phedophilism" atau yang sudah mempunyai "degree in phedophilism", menggunakan alasan/dalihan contohnya; 'love at a first sight', kalau dah jodoh, #cintasucisukasamasuka dll, bagi mengelak dikenakan sabitan?

    itu belum lagi diambil kira tentang tekanan psikologi dan pandangan sosial yang dialami si muda remaja dan keluarganya di atas perlakuan ini. maka sudah semestinya dengan 'tawaran perkahwinan segera' dari si pelaku dewasa akan segera di-angguk laju2 bagi menutup mulut2 busuk sang masyarakat. juga tentunya sebagai ubat segera untuk menyembuhkan pening kepala memikirkan masa depan si muda remaja yang cindainya telah retak seribu ..

    jika mahu berkahwin terus awal2 dengan si remaja muda idaman, tiada masalah, silakan berjumpa dengan mak bapaknya, mintalah kebenaran pihak berkuasa utk pelangsungan...

    ... cumanya jika mahu berkahwin setelah disabitkan merosak si muda remaja, jawapannya no way! lebih banyak keburukan dari kebaikan. nescaya berbondong2 lah wujud si pelaku2 jijik baru yang bakal menggunakan 'precedent' sebegini..

    BalasPadam
  7. Boleh kaa saya tanya. Saya ada seorang kawan yg telah dirogol pada tahun lalu. Tetapi masa tuu dia belum buat tindakan lgi. Tetapi dia masi trauma sehingga sekarang. Jadi sekarang dia mahu membuat tindakan terhadap perogol tersebut. Adakah dia masi boleh buat tindakan walaupun kes tersebut sudah hampir satu ttahun berlalu. Sesiapa yg tahu boleh bagi respon tak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.