Isnin, 6 Februari 2017

7 Untuk apa sebar gambar bayi maut dikelar ibu?

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan sebuah kejadian yang menyayat hati di mana seorang bayi maut dikelar ibu sendiri. Maka ramailah yang memberi komen, ada yang rasa kasihan, ada yang mempertahankan ibu tersebut kerana dikatakan meroyan, ada juga yang mengecam dan mengherdik ibu tersebut, tidak kurang juga yang menyalahkan suaminya sekali. Orang Malaysia ni kalau tak berpencak di media sosial memang tak sah, semua nak jadi polis nak jadi pegawai penyiasat mengalahkan polis sendiri.

Namun turut menyedihkan apabila ramai orang tanpa rasa bersalah kongsikan gambar mayat bayi tersebut di Whatsapp, media sosial dan laman web tanpa sebarang tapisan. Tidak tahu siapa yang mula merakam dan menyebar gambar tersebut yang akhirnya telah tersebar di seluruh alam maya, sama ada yang telah ditapis atau dikaburkan mahupun gambar asal tidak bertapis.


Serius, apa yang kau orang dapat dengan kongsikan gambar mayat orang lain? Untuk apa kau sebarkan gambar bayi yang maut dikelar ibu ini? Apa sebenarnya yang kau orang nak kejar dengan kongsikan gambar-gambar yang sadis ini?
Populariti?
Trafik web?

Bayangkan kalau gambar mayat anak kau orang jaja merata-rata di Internet demi untuk kepentingan dan keuntungan peribadi mereka sendiri, apa kau rasa?


Cukuplah kita merasa sedih dengan kejadian itu, tak perlu kita orang burukkan lagi keadaan dengan sebar gambar yang tak sepatutnya. Tak kira lah gambar mayat siapa pun, cukup-cukuplah tu memberi keaiban pada orang yang sudah tiada.

Tolong, aku minta tolong sangat, tolong hentikan budaya sebar gambar mayat di media sosial!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: gambar mayat bayi dikelar ibu maut mati meninggal dunia gila meroyan sakit mental

7 ulasan:

  1. Apa masalahnya..? Sekarang maklumat dihujung jari saja..terserah pada diri sendiri nk tgk atau tk noob...mcm pondan jerr ko noob..kikikikikiki🙉🙊😂🤣😁😝😜😝😝😝😝😝😝🤑😜😜😜😜😜😜

    BalasPadam
  2. Aikkk..mana semua org noob...takkn skodeng jerr..👁👀💋👄👄👄👄👄👄👄👄😜😜😝😝

    BalasPadam
  3. ������������������������������

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOoTt💨💨💨💦💫💥💦💪👈

      Padam
  4. Aikkk...aku lagii..mana pergi semua org nii..aduhaiiii..mata plain83👀👈👅👅👅💢

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrOoTt������������������

      Padam
    2. Aikkk...aku lagii..mana pergi semua org nii..aduhaiiii..mata plain83������������

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.