
1. Sejak dua menjak ni timbul macam-macam isu pasal rogol, lawak lucah, gangguan seksual dan sebagainya. Seperti biasa, ramai orang yang menyalahkan mangsa kerana mendatangkan syahwat pada pemangsa, malah tak kurang juga yang tanpa segan silu tulis komen lucah walaupun kat gambar profile terpampang gambar anak bini. 2. Benda macam ni nak faham mudah je. Perbuatan rogol, mencabul, gangguan seksual dan yang sewaktu dengannya, itu adalah kesalahan jenayah antara manusia dengan manusia. Cakap la macam mana pun, perempuan tu mencetuskan rasa ke apa, kau tetap takde hak untuk merogol orang itu, malah di sisi undang-undang yang salah tetap perogol. Orang yang dirogol adalah mangsa. Nokt...