Rabu, 24 April 2013

21 Gwiyomi dan lelaki melayu

Ya ini adalah koleksi Gwiyomi versi lelaki melayu khas untuk memenuhi kepuasan fetish wanita2 melayu. Aku dah cakap hari tu orang lelaki tolong la jangan buat gwiyomi kiyomi apa tahi tu, tersangat2lah super annoying! Gwiyomi hanya hak mutlak kaum wanita dan kanak2 sahaja. Jangan nak perasan macam Super Junior, Super Senior, Big Bang dan lain2 artis K-Poop lelaki.



Isnin, 22 April 2013

31 Perkara yang perlu dilakukan sebelum pilihanraya

Mulai hari ni, segala dokumen2 sulit yang mungkin mengandungi bukti salah laku dan penyalahgunaan dalam kerajaan sepanjang tempoh pemerintahan di peringkat persekutuan atau negeri dah boleh mintak staff korang buang, shred dan bakar terus, kerana anda semua hanya mempunyai lebih kurang 2 minggu saja lagi untuk berbuat demikian. Jangan dah last2 minit baru nak buat macam kes Selangor masa PRU12 tahun 2008 dulu.



Jumaat, 19 April 2013

20 Yang ini baru K-Pop yang sebenar!

K-Pop sebenarnya bukan Korean Pop tapi Kelantan Pop. Tak sangka aku, rupa2nya orang Korea telah meniru orang Kelantan.



64 Pegawai kerajaan wanita lebih ramai dari lelaki?

Kerja aku mengkehendakkan aku untuk sentiasa berurusan dengan pegawai2 kerajaan terutama yang bekerja dalam sektor ICT. Aku terpaksa untuk selalu bermesyuarat dengan mereka dan kadang-kala bekerjasama dengan mereka dalam menyiapkan suatu projek.


Khamis, 18 April 2013

127 Mengundi BN satu kemestian

Di Malaysia, mengundi BN merupakan satu kemestian dan kewajipan. Walaupun negara kita merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan, namun sebenarnya kita tiada pilihan selain memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah negara kita.


Rabu, 17 April 2013

75 Mudahnya dapatkan khidmat seks di Malaysia

Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Negara Malaysia dan negeri2nya punyai ketua agama Islam. Jabatan2 agama juga banyak, malah bilangan pegawai agama juga ramai. Kita punyai mufti, para ulama, ilmuwan agama, guru2 agama dan ustaz2 yang menjaga hal ehwal Islam. Subjek pendidikan agama Islam wajib diambil murid2 di peringkat sekolah lagi. Namun...



Selasa, 16 April 2013

131 Jangan jadi catur bidak ahli2 politik

Sekarang sedang musim demam pilihanraya. Bendera parti dipasang merata2 tempat. Orang yang jual buluh, pasang bendera bagai mendapat durian runtuh, tidak kurang juga dengan orang yang bakar kebun sebab nak mencuri buluh.



Isnin, 15 April 2013

18 Budak2 baru nak up gaduh versi awek

Lagi cerita budak2 sekolah baru nak up tapi kali ni perempuan. Aku tak tahu kenapa video budak2 sekolah perempuan bergaduh kat Youtube kebanyakannya berlaku di sekolah dekat Kelantan? Sekolah kat negeri lain mungkin banyak jugak kes2 gaduh macam ni tapi mungkin pelajar2nya tak suka rakam kat handphone dan upload kat Youtube.



Sabtu, 13 April 2013

23 Lagu baru Psy - Ibu bapa Budiman

Penyanyi K-Poop yang terkenal dengan fenomena Gangnam Style pada tahun lepas dengan view di Youtube melebihi 1 billion iaitu Psy telah melancarkan single terbarunya hari ini yang bertajuk "Gentleman" sempena konsert "Happening" yang diadakan di Seoul World Cup Stadium dan secara live di Youtube.



Jumaat, 12 April 2013

33 Sila balik kerja tepat pada masanya

Kenapa kita perlu balik kerja on-time?