Isnin, 22 April 2013

31 Perkara yang perlu dilakukan sebelum pilihanraya

Mulai hari ni, segala dokumen2 sulit yang mungkin mengandungi bukti salah laku dan penyalahgunaan dalam kerajaan sepanjang tempoh pemerintahan di peringkat persekutuan atau negeri dah boleh mintak staff korang buang, shred dan bakar terus, kerana anda semua hanya mempunyai lebih kurang 2 minggu saja lagi untuk berbuat demikian. Jangan dah last2 minit baru nak buat macam kes Selangor masa PRU12 tahun 2008 dulu.



Sumber sini dan sini.

Sebelum pilihanraya 2008 tu tak siapa jangka Selangor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Khir Toyo tak sangka, Pak Lah tak sangka, Anwar Ibrahim tak sangka, Khalid Ibrahim tak sangka, Zulkifli Nordin tak sangka, semua orang pun tak sangka, dan kesan daripada pengambilalihan itu, Menteri Besar Selangor terdahulu Dr. Khir Toyo telah didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.

So ingat, mana2 parti jangan yakin sangat akan menang balik persekutuan atau negeri yang korang dah perintah sebelum ini. Apa2 boleh jadi masa pilihanraya nanti. Kelantan mungkin akan dirampas oleh BN walau dah lama diperintah PAS, Johor mungkin diambil oleh PR walau kubu kuat BN, Selangor mungkin akan disayangi dan diyakini BN semula, dan Malaysia juga mungkin akan berpindah kuasa kepada PR pula, buat masa ni tiada sapa yang tahu kecuali Yang Maha Mengetahui.

Dan kesan daripada pengambilalihan kuasa kerajaan persekutuan atau negeri ini mungkin akan menyebabkan lebih banyak rahsia2 lama kerajaan dan pemimpin terdahulu dikorek semula dan dibawa kemuka pengadilan. So tuan2 dan puan2 pemimpin sekalian, bersiap sedialah apa2 yang patut tu. Kalau rasa2 pernah ada mana2 pemimpin terdahulu yang pernah melakukan salah laku dan penyalahgunaan, musnahkanlah bukti cepat2. Ingatan ikhlas daripada seorang rakyat marhaen ataupun BOS anda (at least buat masa sekarang).




tags: perkara yang perlu dilakukan dibuat sebelum pilihanraya pru13 musnah bakar shred shredder rincih buang dokumen sulit bukti penyalahgunaan salah laku kes selangor pru12 2008 jatuh pindah kuasa pakatan rakyat barisan nasional bn pr dr khir toyo mb rasuah dakwaan hukuman bersalah penjara setahun korek rahsia lama pemimpin rakyat marhaen bos

31 ulasan:

  1. buat pe habaq??br syok tgk malaun2 haprak kna tangkap.. biaq rakyat tau.

    BalasPadam
  2. Aku nak taubat ni......

    Ahmad the legend.....

    BalasPadam

  3. Aku dgn ini memohon ampun dan maaf dari abam noob dan dan cik lin dan yang lain2....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bisjut cap dacing ade? nk yg ada gambar kak mah.

      Ahli KOTE-

      Padam
  4. ya, masa utk sapu sampah masuk bawah tikar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lu sorang jer bukan anon! sila terjun jambatan!

      Padam
  5. ahmadxx legend pengerusi tertinggi KOTE merangkap laki kepada awek tudung comel kiwomi....22 April 2013 pada 3:17 PG

    spender stopa ali pun kena bakar jugak.....dah 5 tahun tak basuh....bau dia xyah ckap la wei.........btw, sapa yg celaka sangat menyamar jadi aku tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xyah nk sembang lebih la. lue celaka macam beruk menyamar gua...puiihhh !
      Gua dgn ini bertaubat dan memohon ampun kpd cik lyn
      dan abam noob di atas perlakuan gua selama ni. peace
      yooo oo..

      Padam
  6. Masa staff2 yang tahu "rahsia" ni simpan salin buat "modal peras ugut" la abang Noob.. lol.

    BalasPadam
  7. Ehew hew hew hewhew..

    BalasPadam
  8. Wahai anon2 belaan ku sekelian. mari kita sama2 menyokong
    dato seri prof dr rosmah wal mansuri al jibb sebagai
    PM kita yg baru. Kak mah yg warak dan solehah amat
    layak menjadi PM berbanding jibby xda telor. dgn taktik
    queen control ke atas jibby membuktikan beliau
    adalah layak dari jibby. idup kak mah. Idup ameno.

    BalasPadam
  9. Saya tak mengundi.. Minta maaf..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak mengundi tapi boleh tolong sapu sampah

      Padam
    2. Jgn bising, aku nak tido

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.