10. Adam, Stacy, Felix dan Adira - 1Barisan.
Lagu yang menduduki tangga ke-10 carta hits ini adalah sebuah lagu kempen PRU Barisan Nasional Sabah. Lagu yang berentak perlahan dan dinyanyikan pula oleh 4 penyanyi Sabah dan juga bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Adam, Stacy, Felix dan Adira pasti dapat menarik pengundi2 Sabah terutama golongan2 muda untuk mengundi Barisan Nasional. Tatap BN!
9. Pemimpin DAP & rakan2 - Ubah
Lagu kempen DAP untuk PRU-13 bertajuk Ubah ini dinyanyikan oleh beberapa pemimpin2 DAP dan juga rakan2nya daripada PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat yang rata2nya suara agak sumbang, namun mungkin dapat membangkitkan sedikit semangat penyokong PR.
8. Zulkifli Noordin - Apa pasal Anwar goyang? [LIVE]
Lagu versi LIVE yang dinyanyikan oleh Zulkifli Noordin, calon BN untuk Parlimen Shah Alam di sebuah ceramahnya bertemakan "Apa pasal Anwar goyang?" berjaya mendapat sorakan padu dari penyokong Barisan Nasional serta menimbulkan amarah penyokong2 Anwar Ibrahim.
7. Malaysian Rapper United (Namewee / Ashtaka / 5Forty2) - WAKE UP!
Penyanyi Namawee yang pernah menimbulkan pelbagai kontroversi suatu ketika dahulu dengan menghina lagu kebangsaan dengan mencipta lagu Negarakuku, kemudian menjadi penerbit filem dan menyatakan sokongan kepada agenda 1Malaysia yang diasaskan oleh DS Najib, kini kembali dengan lagu kempen yang cenderung kepada Pakatan Rakyat bertajuk Wake Up yang dinyanyikan bersama penyanyi rap Astaka dan 5Forty2.
6. Frankie Gan Joon Zin dan rakan2 - Love in The Air.
Calon Barisan Nasional untuk Parlimen Bukit Bintang iaitu Frankie Gan menerbitkan album dan lagu untuk kempen pilihanraya dengan lagu Love in The Air sebagai single utama yang membariskan juga rakan2 MCAnya yang lain sebagai penyanyi tambahan. Lagu ini yang juga mempunyai subtitle membuatkan sesiapa jua ingin berkaraoke bersama menyanyikan lagu ini.
5. Zulkifli Noordin - Lagu UMNO versi Parodi [LIVE]
Zulkifli Noordin sekali lagi menempatkan diri dalam carta hits lagu politik untuk PRU-13 dengan lagu UMNO versi Parodi yang pernah didendangkan oleh beliau suatu ketika dulu dalam sebuah ceramah ketika beliau masih bersama Pakatan Rakyat. Lagu lama ini kini menjadi popular semula setelah banyak kali diulang upload di dalam Youtube serta banyak dikongsikan di laman2 sosial seperti Facebook. Lagu ini juga dipercayai dapat membangkitkan semangat penyokong Pakatan Rakyat namun menimbulkan amarah penyokong2 UMNO amnya.
4. Yasin Sulaiman - Reformasi
Bekas penyanyi nasyid kumpulan Brothers iaitu Yasin Sulaiman membuat comeback dengan mengeluarkan lagu kempen pilihanraya yang tajuknya diambil bersempena peristiwa Reformasi Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dahulu. Lagu ini kelihatan berjaya membangkitkan semula semangat untuk bereformasi terutama dikalangan generasi yang pernah melalui zaman reformasi 1997 dahulu.
3. Various Artist - Sayangi Selangor, Yakini BN
Seperti lagu 1Barisan yang dibuat khas buat penyokong BN di Sabah, lagu ini pula dibuat khas untuk para penyokong BN serta rakyat2 Selangor di mana secara jelas kita dapat rasakan betapa sayangnya para pemimpin BN kepada Selangor dan betapa yakinnya rakyat Selangor kepada BN. Dipercayai lagu ini dapat meningkatkan kadar pengundi BN di Selangor dan seterusnya menjadikan Selangor berjaya dirampas semula oleh BN daripada pimipinan PR yang lepas.
2. Yasin Sulaiman & Faizal Tahir - Berani
Dua penyanyi dan komposer hebat tanahair iaitu Yasin Sulaiman dan Faizal Tahir berkolaborasi dalam lagu Berani ini yang berjaya mencipta fenomena di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Antara bait2 liriknya iaitu "Berani kerana benar" memang benar2 menggentarkan jiwa dan berjaya melonjak semangat para penyokong agar terus berani berjuang untuk menegakkan kebenaran tanpa gentar menghadapi rintangan dan tekanan.
1. Dheephan Chakkravarthy - Beribu-ribu Tahniah
Dan akhir sekali, lagu "Beribu-ribu Tahniah", atau "Beriboo-riboo Taniya", atau "Berybu-rybu Tanya", tidak kisahlah apa sebutannya, tapi tak disangkal lagi lagu yang begitu catchy dengan lirik yang sangat simple dan mudah diingati seperti "Beribu-ribu tahniah", "MIC berjaya", "Barisan Nasional berjaya", "1Malaysia berjaya", "Valthukkal valthukkal" dan "Mari karaokeeeyy" ini berjaya membuatkan lagu ini sebagai sebuah fenomena malah membuatkan para penyokong PR yang mendengar lagu ini terus berpaling tadah dan menyokong BN. Dengan 500,000 juta download di iTunes, lebih 2 juta MP3nya telah didownload secara haram di 4shared dan torrent, 5 juta tetapan ringtone telefon serta 10,000 cover di Youtube, tiada ragu lagi apabila lagu ini berjaya dinobatkan sebagai Juara Carta Hits Lagu Politik PRU-13.
tags: carta hits lagu politik sempena pilihanraya pilihan raya pru13 pru-13 kempen top 10 song music rank rating chart billboard
aku...aku...aku...buttthuurrrttttttteyyouchouchouchecehcehhyyyyycait!
BalasPadambery..bery..berrryyyyyyy booooooooooo
hahahaha....tolol la PON ni...bikin kawe tergelak time nak tido malam gini...wakakkakaa
BalasPadammana lagu 1malaysia budak2 lim kok wing??
BalasPadamKetua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil dengan 'teori' terbaharu iaitu kononnya akan berlaku gejala pembelian undi secara besar-besaran menjelang 5 Mei ini.
BalasPadamAnwar yang menyedari partinya semakin ditolak rakyat dan mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkata, beliau mendapat maklumat berbilion ringgit akan digunakan untuk membeli undi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kolej Han Chiang di sini malam tadi.
aku...aku...aku...buttthuurrrttttttteyyouchouchouchouchouchouch :(
Padamtak kisahla mana2 lagu dr mana2 parti sekalipon, masih sanggup lagi didengar.tp lagu zulkifli noordinlah yg paling kurang ajar sekali. mcm tu ke nak jdi pemimpin?
BalasPadamso jgn la sokong n undi dia.. simple kan?
PadamDia calon kawasan ko ke?
Padamko orang Shah Alam?
tu patutnya tak masuk kategori lagu lg dah... tu kategori menganjing
Padamzulkifli nordin pak cik lompt mcm abg long perkasa
BalasPadampas x buat nasyid istimewa mengundi ke?
BalasPadamaku...aku...aku...buttthuurrrttttttteyyouchouchouchouchouchouch :(
Padamini kalilah...
BalasPadam*menangeh gelak dengar beribu-ribu tania*
BalasPadammana lagu Najib rapping.. itu One Hits Wonder
BalasPadamlagu mari mengundi takda..
BalasPadamlagu 1 malaysia kedai malaysia lol..
ini lagu tradional tak masuk? http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dbmkZQpNLwo
Terima Kasih Malaysia!!!
BalasPadamAssalamualaikum dari Aminin [dot] My
BalasPadamaku layan je....hahaha
birybou rybu tanniya
BalasPadamhahaha terbaik..lagu yg no 1 tu mmg lawak haha
BalasPadam