Ahad, 14 Ogos 2016

7 Berjasa dan mengharumkan nama negara itu berbeza

Baru-baru ini gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong berjaya memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio dalam acara 10 meter platform seirama wanita. Sehubungan dengan kejayaan tersebut, mereka akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang.

Untuk makluman, di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, ada rakyat kita yang mempertikaikan ganjaran tersebut dan membandingkan dengan jumlah pencen yang tentera dapat serta mempersoalkan siapa yang lebih berjasa kepada negara. Pertikaian tersebut telah dikongsikan lebih 10,000 share di FB yang bersetuju dengan kenyataan tersebut, malah ada yang telah membuat laporan polis berhubung ganjaran dan pencen atlet tersebut.


Laporan polis yang telah viral di media sosial.

Aku tak faham, kenapa la mentaliti orang Malaysia macam ni terutama dari bani Melayu sendiri. Orang berjaya kena kecam, kalah kena kondem.

Macam ini lah, pertama sekali kejayaan atlet sukan di sukan Olimpik mahupun sukan-sukan lain yang bertaraf dunia, bukanlah untuk dibandingkan dengan benda lain. Mereka menang itu bukanlah bermaksud mereka menidakkan jasa orang lain seperti tentera, polis dan sebagainya, malah tidak memburukkan pihak lain pun.

Ada ke kalau atlet menang pingat, tentera kena kutuk? Ada ke kalau atlet menang pingat, gaji dan pencen tentera akan dikurangkan? So membandingkan pemenang pingat sukan Olimpik dengan tentera memang suatu yang langsung tak masuk akal, sebab ia dua benda yang berbeza dan takde kaitan pun sebenarnya.

Yang kedua, kita kena faham kerjaya ahli sukan dengan kerjaya yang lain itu sangat berbeza. Orang yang bekerjaya selain ahli sukan, mereka kerja hanya dengan membuat kerja mereka sahaja, tanpa ada pertandingan. Asal kerja mereka siap dan mencapai KPI yang ditetapkan, sudah cukup dan memadai. Gaji dan pencen mereka akan dibayar sama ada mereka bagus buat kerja atau biasa-biasa sahaja.

Contohnya kalau ada 100 orang cikgu di sebuah sekolah, kerja mereka hanya mengajar dan mendidik anak murid, tanpa perlu bertarung dan bersaing antara satu sama lain, dan kesemua 100 orang cikgu itu akan dibayar gaji secara tetap setiap bulan.

Berbeza dengan ahli sukan. Mereka berlatih, berusaha dan bekerja setiap hari, adalah semata-mata untuk menjadi lebih baik dari atlet yang lain dan mengalahkan orang lain dalam pertandingan. Jika ada 100 orang atlet bertanding dalam satu sukan yang sama, hanya seorang atlet yang dapat mengalahkan 99 orang tadi akan mendapat hadiah dan ganjaran terbesar.

Maka dari 100 orang atlet tadi, hanya seorang sahaja yang mendapat ganjaran terbesar, itu pun sekali itu sahaja. Mereka perlu berlatih lagi dan bertanding pula dalam pertandingan lain pula serta mencuba lagi untuk mengalahkan orang lain demi memperolehi ganjaran. Berbanding kerjaya lain, daripada 100 orang pekerja, kesemuanya mendapat ganjaran yang kurang, sama atau lebih mengikut pangkat pada setiap bulan, tanpa perlu kalahkan siapa-siapa.

Ketiga, nak kata jasa kepada negara, sebenarnya ramai orang pun mempunyai jasa dan sumbangan masing-masing kepada negara. Tentera, polis, cikgu, pensyarah, doktor, jurutera, tok imam, semua itu ada jasa dan sumbangan yang tersendiri dengan cara mereka sendiri kepada pembangunan masyarakat dan negara. Masing-masing saling memainkan peranan dan memerlukan antara satu sama lain.

Maka tak perlu membandingkan kerja dan bidang tugas masing-masing. Tak perlu juga mempertikaikan jasa dan sumbangan orang lain kepada negara. Apa ingat ahli sukan tu berlatih satu hari je ke, esok dah jadi hebat dan boleh kalahkan ahli sukan yang lain?

Hal ini berbeza dengan ahli sukan. Mereka hanya akan dianggap berjasa jika menang dalam sebuah pertandingan. Jika mereka kalah, mereka akan dianggap gagal dan tiada sumbangan. Tapi jika mereka menang, lebih-lebih lagi di pertandingan di peringkat antarabangsa, mereka bukan sahaja telah berjasa, tetapi juga mengharumkan nama negara di peringkat dunia.

Sebab itu kita rakyat Malaysia bergembira apabila Malaysia menang Piala Thomas pada tahun 1992, apabila Datuk Lee Chong Wei menjadi juara dalam kejohanan badminton bertaraf dunia, apabila Datuk Nicol David memenangi kejohanan skuasy peringkat dunia, apabila Khairul Idham Pawi menjuarai perlumbaan GP3 dan sebagainya.

Sebab apa?

Sebab mereka telah berusaha dan mencabar kemampuan diri dengan mengalahkan ramai atlet yang lain untuk memenangi pertandingan seterusnya mengharumkan nama Malaysia. Maka jika mereka mendapat ganjaran yang besar, mereka memang layak untuk dapat.

Lagipun bukan setiap hari pun orang Malaysia menang pertandingan sukan dunia. Bukan semua atlet pun yang dapat ganjaran besar. Bukan semua ahli sukan pun yang dapat gelaran Dato'. Kalau yang asyik kalah dan tidak pernah menang apa-apa kejuaraan, apa pun mereka tidak dapat melainkan gaji dan elaun bulanan sahaja yang taklah banyak mana, sampai mereka tak berdaya untuk menjadi ahli sukan lagi.

Tapi orang yang selain ahli sukan pun ada juga peluang untuk mengharumkan nama negara cuba jalannya berbezalah dengan ahli sukan, seperti masuk pertandingan mencipta robot peringkat dunia, mencipta dan menghasilkan teknologi dan inovasi baru yang pertama dalam dunia, menemui cara dan kaedah untuk merawat penyakit kronik, memenangi anugerah Nobel dan sebagainya. So tak hairanlah kalau mereka ini juga mendapat ganjaran yang besar dan dikurniakan gelaran kerana telah mengharumkan nama negara.

Akhir sekali, tak salah nak minta kerajaan naikkan gaji dan elaun tentera atau pencen untuk pesara tentera dan sebagainya, tapi bukan dengan membuat perbandingan dangkal sebegini yang hanya menampakkan corak pemikiran dan mentaliti yang tak matang.

Lagipun sebelum ini kerajaan sudah pun membuat pelarasan gaji dan memberi kenaikan pencen tentera pada tahun 2013. Mula-mula skim gaji tentera naik, pastu skim gaji polis naik, pastu skim lain pula naik gaji, nanti-nanti skim lain pun nak minta naik gaji juga. Yang terlibat tu bukan seorang dua, tapi berjuta-juta penjawat awam.

Atlet yang dapat pencen pula? Hanya beberapa orang sahaja. Itu pun pemenang pingat perak Olimpik ini cuma RM3,000 sebulan sahaja, sedangkan pencen penjawat awam lain dibayar mengikut gred dan pangkat terakhir mereka. Jangan terkejut jika ada orang yang dapat pencen lebih daripada RM5,000 pun di mana ia adalah separuh daripada gaji terakhir mereka, biasanya pegawai-pegawai atasan yang berpangkat besar, termasuk dalam perkhidmatan tentera juga.

So kalau tak puas hati sangat dengan pencen RM3,000 yang seorang dua atlet itu dapat, kenapa tak persoalkan pencen ramai pegawai atasan korang yang lebih ramai dan jumlahnya lebih banyak tu? Tak mahu pula pertikaikan apa jasa mereka pada negara?

Dan lepas ini korang janganlah harapkan atlet Malaysia menang apa-apa kejohanan beraraf dunia ya. Kalau mereka kalah dan gagal pun, tak payahlah nak marah-marah dan kecewa sangat ya, sebab kalau mereka menang, korang bukan nak bangga pun, hina dan pertikaikan lagi kejayaan mereka adalah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: jasa harum nama negara sukan olimpik pandelela renong pingat perak ganjaran hadiah pencen banding tentera komando atm terjun

7 ulasan:

  1. Setuju dengan pendapat admin... Orang-orang macam nie, ada otak, tak nak fikir... Main belasah jer...

    BalasPadam
  2. Dan ada satu lagi bangang pergi compare ganjaran untuk moto3 dengan ganjaran olympic.

    BalasPadam
  3. Melayu ni dicipta tuhan sbg lambat pickup dan bangsa tolol.

    Melayu dimana2 saja tetap sama. Ketololannya terserlah. Malas membaca dan payah membaiki diri sendiri.

    Ulat dalam batu pun jauh lebih baik dari Melayu.

    BalasPadam
  4. tenx nub. kau dah suarakan apa yg terbuku di fikiran aku

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.