Isnin, 1 Januari 2018

2 Dua jenis ujian dunia, kesusahan dan kesenangan

Hidup kita penuh dengan ujian dunia.
Setiap hari pasti kita diuji.
Kita hadapi ujian hidup ini di mana-mana.
Di rumah, sekolah, tempat kerja, tempat awam, media sosial dan lain-lain.
Namun, ujian hidup itu ada dua.


Pertama, kita diuji dengan kesusahan.
Ujian ini paling ramai orang sedar akan ujian yang menimpa.
Kita diuji dengan kesakitan.
Kita diuji dengan kegagalan.
Kita diuji dengan kesedihan.
Kita diuji dengan keperitan.
Kita diuji dengan kemiskinan.
Kita diuji dengan kekalahan.
Kita diuji dengan kemalangan.
Kita diuji dengan kerugian.
Kita diuji dengan kemurungan.

Kedua, kita diuji dengan kesenangan.
Ujian ini adalah sejenis ujian yang kita jarang sedar yang ia juga adalah ujian.
Kita diuji dengan kesihatan.
Kita diuji dengan kejayaan.
Kita diuji dengan kegembiraan.
Kita diuji dengan keseronokan.
Kita diuji dengan kekayaan.
Kita diuji dengan kemenangan.
Kita diuji dengan keselamatan.
Kita diuji dengan keuntungan.
Kita diuji dengan kebahagiaan.

Apabila ujian ini tiba, ujian yang pertama lebih ramai orang berjaya mengharunginya. Ini kerana ujian kesusahan membuatkan kita menjadi lebih kuat, mengajar kita menjadi lebih tabah, membuatkan manusia lebih dekat dengan Tuhan untuk meminta pertolongan dari-Nya.

Berbeza dengan ujian yang kedua. Ujian kesenangan sering membuatkan kita mudah lupa diri, senang tenggelam dengan perasaan bangga diri, ujub dan riak, malah jarang sangat manusia mendekatkan diri dengan Tuhan tatkala memperoleh kesenangan, kerana merasakan tiada keperluan untuk meminta pertolongan dari Tuhan, apatah lagi mensyukuri segala nikmat yang diberi Tuhan. Kita terlalu alpa sehingga lupa yang Tuhan boleh tarik segala kesenangan yang kita ada pada bila-bila masa.

Maka ingatlah, tak kira ujian apa yang mendatang, baik yang susah mahupun senang, dekatkanlah diri dengan Allah.

Selamat Tahun Baru 2018. Semoga kehidupan kita lebih baik di tahun yang mendatang ini.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: 2 jenis ujian kesenangan kesusahan istidraj

2 ulasan:

  1. Ada manusia yg lahir hanya utk jadii ujian kepada manusia lain..nii semua soal kemanusiaan..pelarian perang..kebuluran diafrika..ntahlah sampai bila mahu sampai dititik akhir..☺😊😀😁😂😃😄😐😉😈😇😆😑😕😠😬😡😢😴😨😧😦😥😤😣😮😩😟😟😲😳😵😜😎😚😘😙😗😶😶😞😙😓😏😪😔😖😖😭😫👙👙👙💷💶💴💵💸💲🔫🔫

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru bro..

    BANkami Blog

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.