Jumaat, 1 Jun 2018

4 Menaiki pengangkutan awam bukan budaya kita

HSR batal. Kos RM110 billion.
MRT3 batal. Kos RM40 billion.
ECRL dalam kajian. Kos RM66 billion.

Harap dengan pembatalan projek pengangkutan awam jenis tren ini, kerajaan dapat menambah dan menaiktaraf jalan serta lebuhraya yang kosnya jauh lebih rendah.

PLUS kos RM6 billion.
LPT1 kos RM1.3 billion.
LPT2 kos RM1.8 billion.
Pan Borneo RM27 billion.


Satu benda yang kita perlu terima hakikat adalah menaiki pengangkutan awam bukanlah budaya kita, sebaliknya menaiki kenderaan sendiri adalah budaya kita.

Sebab apa?

Sebab majoriti orang Malaysia memang suka naik kenderaan sendiri berbanding pengangkutan awam. Tu yang kat rumah ada beberapa buah kereta, dengan motor lagi. Mak ada kereta sendiri, bapak ada kereta sendiri, anak-anak semua ada kereta atau motor sendiri.

Masa nak pergi kerja masing-masing bawak kenderaan sendiri, jarang sangat la dengar ada orang carpool. Lagipun senang nak hantar anak pergi sekolah, nak singgah kedai, nak keluar lunch, nak melencong pergi mana-mana. Nak balik kampung pun lebih selesa bawak kereta sendiri, nak bawak barang senang, nak pergi mana-mana pun senang.

Kalau naik pengangkutan awam nak kena menunggu lama, nak kena banyak berjalan, tukar pengangkutan di stesen transit, susah nak angkut banyak barang, tak boleh nak ikut masa sendiri sebab kena ikut masa tren/bas dan sebagainya. Maka nak tak nak, kita pun naiklah kenderaan sendiri, senang dan lebih fleksibel tak perlu terikat dengan masa orang lain.

Sebab tu kalau kita diberi pilihan nak naik pengangkutan awam atau kereta sendiri untuk berjalan ke mana-mana, pasti ramai yang akan memilih naik kereta sendiri. Sebab itu juga jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia ada 28 juta lebih, hampir sama dengan jumlah penduduk Malaysia iaitu 32 juta orang. Sebab itu ramai orang apa-apa pun mesti nak kena beli kenderaan sendiri dulu. Malah Malaysia mencatat pemilikan kereta ketiga tertinggi di dunia.

Oleh itu aku berharap agar kerajaan dapat tingkatkan lagi jaringan infrastruktur jalan dan tambah projek lebuhraya. Jalan ni semua orang boleh guna, motor, kereta, bas, lori. Kalau tren dah lah kos mahal, tak ramai pun boleh nikmati sebab tempat duduk dan masa perjalanan ada limit.

Kalau tren dalam bandar seperti LRT, MRT dan Monorel tu takpe lagi sebab penduduk padat, pasti ramai yang akan guna perkhidmatan tu sebagai pengangkutan harian, tapi kalau ada kekangan kos yang tinggi terpaksa lah tangguh dulu.

Apa-apa pun aku harap kerajaan dapat sambung balik 2 projek ini:

1. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)

Kesian lah asal raya je orang Kelantan bersesak-sesak balik kampung. Benda dah lama dah bertahun-tahun kot keadaan dia macam ni, bukannya isu baru pun. Kalau nak banding dengan HSR tu, berapa ramai la orang nak pergi KL-Singapura berbanding KL-Kelantan. Utamakan rakyat Malaysia dulu.

Lagipun dengan wujudnya lebuhraya ni, ia secara tidak langsung merancakkan ekonomi dan pembangunan terutama di kawasan yang ada susur keluar lebuhraya, menambah peluang pekerjaan serta meningkatkan peluang perniagaan di kawasan R&R.

Tengok je kawasan-kawasan yang sudah pun dihubungkan dengan lebuhraya, kan semakin membangun dan meningkat taraf hidup penduduknya. So kalau nak tengok negeri Kelantan semakin maju, segerakan projek LPT3.



2. Monorel Putrajaya.

Projek ni dihentikan zaman Pak Lah. Kos asal cuma RM400 juta je pun, tak sampai RM1 billion pun macam nak buat HSR, MRT dan ECRL. Kalau ada Monorel Putrajaya ni, masalah trafik dan parking kat Putrajaya selesai terus. Aku yakin beribu-ribu kakitangan kerajaan yang duduk kat kuarters akan guna monorel ni untuk pergi balik kerja, malah akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Putrajaya.

Lagipun sesuailah dengan tempatnya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia, takkan takde sistem rel langsung kot? Dah lah orang parking teruk bersepah-sepah. Malu gila weh. Aku tak paham kenapa zaman Najib tak nak sambung projek ni sedangkan infra dia dah separuh siap. RM400 juta je pun. Ia macam tak sampai 1% pun dari projek-projek tren lain yang dirancang pada zaman Najib.



Baca juga artikel berkaitan pasca PRU14:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: menaiki pengangkutan awam bukan budaya kita projek batal ecrl hsr keretapi laju mrt3 monorel putrajaya lpt3 lebuhraya jalanraya sambung teruskan terbengkalai


4 ulasan:

  1. kalau dari awal negara ni dibangunkan dengan menyelaraskan pembangunan bandar dan pengangkutan awam, aku rasa pengangkutan awam akan jadi budaya kita macam Jepun dan UK. tapi benda ni tak berlaku dari awal, itu sebab orang naik kereta dan motor.

    contoh aku tinggal di putra heights dan bekerja di kota kemuning. pengangkutan awam apa yang ada menghubungkan kedua tempat tu? tak ada! so macam mana aku nak naik pengangkutan awam? tu tak kira lagi member2 aku yang dok shah alam, putrajaya dan klang. dari sana pun tak ada pengangkutan awam. itu kesilapan perancangan kerajaan daripada awal lagi menyebabkan orang bukan tak nak naik tapi pengangkutan awam. banyak lagi contoh lain. cuba tanya orang sekeliling.

    Budaya terbentuk kerana sesebuah masyarakat terpaksa beradaptasi dengan situasi di sekeliling mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, budaya kita tak gemar naik pengangkutan awam ni terbentuk sebab dari dulu lagi pengangkutan awam kita tak efisyen.

      sistem tren mungkin takde tapi kalau naik bas mungkin boleh, tapi tulah jadi leceh dan makan masa sebab nak kena transit lompat banyak bas. bas pulak tau je lah datang ikut suka hati diorang je, setengah jam sekali sejam sekali.

      last2 naik kenderaan sendiri lagi senang sebab ikut masa kita. so faktor masa adalah penyumbang utama juga dalam pembentukan budaya ini. kalau pengangkutan awam kita semua patuh pada masa even bas interbandar sekalipun, rasa ramai dah orang tak kisah naik bas.

      Padam
  2. tu la arap2 putrajaya ngan cyberjaya di efficientkan dia punya pengangkutan awam... putrajaya ngan cyber still ada peluang lagi untuk diperbetulkan...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.