Jumaat, 5 Julai 2019

3 Penderaan mental dan fizikal dalam hubungan toksik

1. Penderaan atau abuse dalam hubungan ini memang biasa berlaku di dalam masyarakat kita dan juga di mana-mana sekalipun. Penderaan boleh berlaku dalam bentuk penderaan fizikal dan juga penderaan mental/emosi.

2. Biasanya orang yang mendera ini orang yang dominan dalam suatu hubungan. Lelaki atau perempuan, kedua-dua boleh jadi mangsa dera dan juga pemangsa, cuma kebiasaannya orang lelaki yang lebih banyak jadi pemangsa kerana kelebihan lelaki dari sudut kekuatan fizikal serta hierarki kekeluargaan.


3. Orang yang suka mendera pasangan biasanya mempunyai sifat panas baran yang melampau, boleh jadi disebabkan pengaruh masa silam atau cara dia dibesarkan dahulu. Ibu bapa yang panas baran, boleh jadi sifat panas baran mereka akan diwarisi anak, lalu kemudiannya melepaskan pula sifat barannya pada orang lain. Orang yang pernah dibuli dan ditindas suatu ketika dulu juga sedikit sebanyak boleh mencetuskan sifat baran dalam diri apabila terlalu lama memendam rasa lalu melepaskan pula amarahnya pada orang lain.

4. Bagi aku kalau anda terutamanya orang perempuan, berkawan dan bercinta dengan seseorang lelaki, yang kemudiannya terserlah sikap barannya lalu melepaskan kepada anda secara fizikal atau mental melalui perbuatan mahupun pertuturan, nilai semula hubungan anda. Belum kahwin lagi dia dah menyakiti anda, apatah lagi bila sudah kahwin nanti.

5. Panas baran ini adalah satu jenis masalah psikologi dan masalah kesihatan mental yang diibaratkan sebagai bom jangka. Marahnya sukar dijangka sehingga seseorang boleh bertindak keterlaluan hingga di luar kewarasan. Pada waktu itu mereka tidak dah tak peduli perasaan orang lain, apa yang ada dalam fikiran hanya tentang dirinya sahaja.

6. Nak cerita pengalaman aku, ada seseorang dalam keluarga aku dulu juga pernah kena abuse dengan teman lelakinya yang dia kenal ketika di universiti. Setiap hari dia kena marah, kena maki, kena caci oleh pakwe dia dalam telefon dan Whatsapp. Password emel, FB, online banking pun pakwe dia pegang.

7. Ada satu tempoh tu dia menumpang di rumah aku, tapi asyik terperap dalam bilik, ajak keluar pergi mana-mana pun tak nak, hanya sebab pakwe dia tak bagi keluar dengan orang lain, hatta dengan keluarga sendiri pun. Ini baru couple tapi perangai dah psiko dan toksik macam celaka, kalau kahwin nanti silap-silap balik kampung isteri pun tak bagi.

8. Mungkin sebab dah tak tahan sangat, tambah pula dengan nasihat dari keluarga, dia minta putuskan juga hubungan dia dengan pakwe dia, namun tak semudah itu. Mamat tu meroyan, tulis bukan-bukan kat FB ex-awek dia, ugut macam-macam, sampai ex-awek dia terpaksa tukar nombor telefon, buat laporan polis dan sebagainya. Nasib baik akhirnya diorang clash dan laki tu tak kacau lagi.

9. Orang yang ada masalah jiwa, sakit otak, psiko ni memang wujud, kalau kita dah terjebak dengan mereka, cuba jauhkan diri. Tak berbaloi nak buat kawan pun, apatah lagi nak dijadikan pasangan hidup. Buat apa teruskan hubungan kalau akhirnya mengorbankan diri, makan hati seorang diri dan tak rasa bahagia?

10. Perempuan kalau ada pakwe macam ni, stay away. Kalau ada suami macam ni, pergi mahkamah mohon cerai. No point hidup bersama kalau kau suami kau tak hormat kau dan setiap hari kau kena dera. Kita berkahwin mencari kebahagiaan, kalau akhirnya tak bahagia malah merana, tak tercapai pun matlamat perkahwinan tu.

11. Dan apabila ada orang yang mengadu dan menceritakan masalah mereka kena abuse dengan pasangan, jangan sesekali salahkan mangsa. Ini ada yang menyalahkan mereka, cakap padan muka, memang patut korang kena maki dan sebagainya. Tiada siapa yang layak kena dera fizikal dan mental, tak kira apa salah orang itu.

12. Sebab tu orang perempuan bila ada lelaki yang baik, sopan, penyabar, tak suka marah, minat kat kau, kau bukakanlah pintu hati kau untuk terima dia. Janganlah kau friendzone dia pula dan tolak cinta dia dengan alasan 'Awak terlalu baik untuk saya' hanya sebab kau suka kat lelaki bad boy. Lepas tu bila dah bercinta dengan badboi kena abuse baru nak menyesal.

13. Lelaki pula kalau ada awek atau bini curang, menggatal dengan lelaki lain, relaks, tak payah gelabah-gelabah nak maki nak pukul terajang bagai. Emosi perempuan ni lemah, mungkin mereka cari lelaki lain pun sebab tak tahan dengan perangai kita yang macam bangang asyik nak maki hamun dia. Jadi relaks, kita lelaki, be gentleman. Tak payah pukul-pukul, tak perlu maki-maki, putuskan hubungan dan tinggalkan je dia.

14. Kau pun dah tak sayang dia (yelah kalau sayang dia, kau tak sanggup nak maki dia pun), dia pun dah benci kau (kalau dia sayang kau, dia pun tak sanggup nak curang pada kau), jadi buat apa teruskan lagi hubungan yang toksik ni. Lepas tu carilah orang lain yang lebih boleh menghargai kau, yang kau sayang dan yang sayang kau, yang kau rasa nak cakap butoh, bodoh, babi, sial, mampus pun tak sanggup.


Baca juga artikel berkaitan hubungan toksik:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: penderaan dera mental fizikal dalam hubungan toksik toxic relationship maki hamun panas baran

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.