Khamis, 31 Disember 2015

6 Sebab kenapa aku tak suka jumpa kawan lama

Kadang2 aku tak suka jumpa kawan2 lama, pergi gathering atau majlis reunion member2 sekolah dan kawan2 universiti dulu melainkan jumpa kawan dan sahabat yang aku betul2 rapat sahaja bukan kerana sombong, tetapi kerana memikirkan ramai antara mereka yang masih suka ejek-mengejek macam budak2 sekolah, lagi teruk kena bahan dan dimalukan depan pasangan kita, suka compare siapa yang paling berjaya, yang kerja paling bagus, yang gaji paling besar, yang paling kaya, bini siapa paling lawa, silap haribulan nak tarik join MLM, dan yang paling aku tak suka adalah kerana mereka masih suka ungkit dan bukak cerita2 lama sedangkan kita sudah lama move on.

Grow up lah geng, kita dah nak masuk tahun 2016 dah, lagi beberapa tahun tahun 2020. Ubah mentaliti tu, jangan toleh belakang lagi dan terus maju ke depan.


10 Kita menjadi sangat hebat ketika temuduga kerja

Kenapa kita selalu rasa ada orang di tempat kerja kita yang langsung berkelayakan untuk buat suatu kerja atau pegang suatu jawatan tu? Itu tak tau, ini tak reti, nak belajar malas, bagi pula macam2 alasan. Takkan dalam ramai2 yang minta kerja dan lalui proses temuduga, yang terpilih tu lah yang paling terbaik antara ramai2 tu?

Inilah masalahnya bila waktu temuduga calon sembang deras, tau macam2, boleh buat itu ini tapi hakikatnya banyak benda tak tau dan tak reti buat kerja. Sewaktu temuduga kerja, memang kita akan menjadi orang yang hebat, dan sangat hebat, malah lebih hebat dari apa yang kita mampu dan boleh buat.


Rabu, 30 Disember 2015

14 Usah terjerumus jadi ketahian sejati wahai kawan

Ada tak sesetengah kawan korang tu, yang selalu sangat mengeluh dan merungut takde duit hidup susah, selalu pulak pinjam duit kawan, tapi dalam masa yang sama rokok dan vape tak pernah miss beli, tukar sport rim baru, pergi melancong sana sini upload gambar kat Fesbuk dengan wajah penuh cahaya keimanan langsung tak nampak macam orang yang ada masalah kewangan? Lepas tu bila kita minta bayar hutang punya lah susah dengan macam2 alasan.

Ya kawan, itulah yang kita namakan ketahian sejati.


5 Kemuncak Cabaran Komik Online Malaysia 2015

Bagi peminat komik terutama yang mengikuti pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2015 yang dianjurkan oleh MatKomik, acara ini akhirnya sudah pun hampir ke kemuncak. Sukacita dinyatakan bahawa pihak Komik M yang juga merupakan penaja utama pertandingan ini akan menganjur acara pengumuman dan penyampaian hadiah CKOM2015 bertempat di Entrance Area, AEON AU2 (Setiawangsa), KL pada tarikh 2hb Januari 2016. Acara akan bermula jam 2.30 petang.



11 Sebuah kisah paling korup: Terkorup Tanpa Sengaja

Sinopsis cerita: Terkorup Tanpa Sengaja

Bolnoland merupakan sebuah negara yang sudah hampir 100 tahun mencapai kemerdekaan namun masih lagi tidak mencapai tahap pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya, malah negara jirannya iaitu Enetkhegland yang 50 tahun lepas lebih mundur kini telah jauh meninggalkan Bolnoland malah telah pun berjaya mencapai status negara maju manakala Bolnoland masih kekal sebagai negara membangun dunia ketiga selama 80 tahun.

Semua ini disebabkan oleh masalah korupsi yang sudah pun menjadi budaya yang tidak dapat dibendung. Rasuah, salahguna kuasa, kronisme, penipuan, segala cabang korupsi telah pun menjadi amalan biasa. Dari yang paling tinggi hingga yang paling rendah, atas bawah kiri kanan habis disebat. Walaupun majoriti rakyat negara Bolnoland mempunyai agama, namun ramai yang telah pun bertuhankan duit dan berkiblatkan pangkat.



Selasa, 29 Disember 2015

11 Ahli politik memang banyak kerja sebelum pilihanraya

Tak kisahlah kita buat 2 kerja ke, menteri buat 3 kerja ke, 10 kerja ke, yang pasti ahli politik ini banyak kerja yang mereka beria2 rajin buat sebelum pilihanraya, lepas je pilihanraya susah benar nak nampak mereka buat kerja2 tu lagi. Mereka nampak begitu beria2 prihatin, ambik berat, sanggup turun padang jumpa rakyat pergi banyak rumah orang miskin, peluk orang sakit, naik motor kapcai bersama masyarakat, bagi guni beras by hand, umum bantuan berjuta2, janji nak turunkan itu ini dan sebagainya masa sebelum pilihanraya je.

Tapi lepas je pilihanraya nak nampak batang hidung pun susah, pastu beria2 bagi alasan macam2 yang tak sukar diterima akal apabila mereka tak dapat tunaikan janji pilihanraya dan mahu rakyat terima dan faham kenapa kita kena tanggung pelbagai beban dan masalah mereka. 

Ya, sesungguhnya politik Malaysia itu dalam ketahian.


9 Beza jurnalis akhbar arus perdana dulu dan kini

Dahulu, tanpa Internet pun mereka masih dapat melaporkan berita yang berkualiti.
Dahulu, tanpa Internet mereka masih boleh dapatkan maklumat dengan rajin turun ke padang.
Dahulu, tanpa teknologi mereka masih boleh menghasilkan berita sendiri.

Kini, dengan Internet mereka boleh mendapatkan maklumat di depan PC tanpa pergi ke mana2 pun.
Kini, laporan berita palsu dan cerita viral tak penting kat Internet pun dimasukkan dalam akhbar.
Kini, dengan teknologi lebih mudah untuk membuat berita copypaste dan translate sahaja.


Isnin, 28 Disember 2015

14 Tonjol sisi hitam masyarakat atau contoh baik?

Ada banyak cara dan teknik dalam membuat komik yang berkonsepkan teguran sosial seperti komik2 dalam buku Buasir Otak: The Komik dan lain2 komik di Internet, media sosial dan majalah komik. Ada komik yang disampaikan dalam bentuk humor, sarkastik, sindiran, terus terang, sentap, keras, kasar, lembut dan sebagainya.

Untuk itu saya ingin membuat sedikit kaji selidik mengenai cara yang dirasakan paling berkesan dalam menyampaikan mesej serta memberi kesedaran terhadap pembaca. Di bawah ini ada dua buah komik yang sama pengisiannya namun berbeza cara penyampaiannya.


Ahad, 27 Disember 2015

8 Kau orang muda jangan terlalu cepat menghukum

Kadangkala kita baru belajar atau tahu tentang sesuatu perkara, kita rasa yang kita sudah layak untuk mempersoal, mempertikai, menghukum dan menyalahkan sesuatu hal itu mengalahkan orang yang lebih ahli, pakar dan berpengalaman dalam hal tersebut.

Orang muda, benar orang yang lebih tua dan ahli itu tidak semestinya betul, tapi tidak juga menjadikan kita ini lebih betul juga daripada mereka. Jangan terlalu sombong dan bongkak dengan ilmu yang kita ada. Ilmu mereka dan kita mungkin sama, namun yang membezakan adalah pengalaman hidup. Ilmu yang diperolehi daripada buku tidak sama dengan yang diperolehi melalui pengalaman.

Buka mata, buka minda, cari pengalaman, luaskan perjalanan. Dan yang paling penting, sejauh mana kita merasakan mereka itu salah, bukan hak kita untuk merendah2kan mereka. Belajarlah untuk menghormati jika mahu dihormati.


Sabtu, 26 Disember 2015

5 Putus cinta bukan lesen untuk jadi bodoh

Ramai orang rasa dunia seolah2 sudah berakhir apabila putus cinta, malah terus rasa begitu sepi dan sunyi seolah2 sudah tiada siapa2 lagi yang sayang dan pedulikan mereka, namun hakikatnya hilang kekasih bukan bermakna kita hilang ibu bapa, hilang keluarga, hilang kawan dan lebih teruk, hilang agama. Ini ada yang putus cinta sampai nak terjun bangunan, toreh tangan dengan pisau, ugut nak bunuh diri, meroyan macam hilang akal kat media sosial tulis saia ta kuad dan sebagainya. Putus cinta bukan lesen untuk kita jadi semakin bodoh.

Bagi aku senang, kalau dah memang orang dah tak nak kat kita, move on. Tanpa awek/pakwe kita masih boleh buat perkara yang kita minat, pergi travel, cari kawan, belajar, kerja dan sebagainya.  Pastu kalau nak cari jodoh, cari sahaja yang lain dan lupakan kisah yang lama. Umat manusia kat bumi ni ada berbillion2 lagi yang boleh kita cari. Nak menyeksa diri pun tak berbaloi, kekasih lama kau pun buat tak tahu sahaja malah silap2 dah hidup bahagia dengan kekasih baru.