Jumaat, 19 Ogos 2016

6 Melayu keliru dengan logo syarikat pembentungan

Presiden Gerakan Merah mahu syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd (ASW) mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tidak terkeliru dan menyangka ia lori milik Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW).

Mohd Ali Baharom, yang lebih popular dengan gelaran Ali Tinju berkata beliau sendiri terkeliru dan menyangka lori najis itu salah satu produk Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Dengan semangat Melayu yang berkobar-kobar, Ali Tinju bersama 10 penyokongnya berhimpun di luar Menara PNB di Jalan Tun Razak petang tadi, bagi membantah logo yang disangka ASW 2020 itu, kerana mencemar institusi yang menjaga saham Bumiputera.


Keberangan aktivis Gerakan Merah itu bagaimanapun berjaya diredakan seorang pegawai PNB, yang menjelaskan lori najis itu sebenarnya milik syarikat swasta ASW Tech-I, dan tidak ada kaitan dengan PNB mahupun anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad.

“Kita sudah berjumpa dengan pegawai PNB, mereka menyangkal logo yang berada di lori najis adalah kepunyaan anak syarikatnya PNB (ASW 2020). Mereka cakap logo yang kita bantah ini tidak ada kena-mengena dengan PNB,” jelasnya kepada pemberita sambil memegang kain rentang, selepas pertemuan dengan pihak PNB.

Selepas menyedari tersilap sasaran, Ali Tinju berikrar akan mencari pemilik sebenar lori najis itu dan akan mendesak mereka menukar logo berkenaan bagi mengelakkan orang Melayu terkeliru.

“Kita akan bongkar dan cari siapa pemilik syarikat lori najis tersebut. Kita Gerakan Merah mewakili NGO Malayu mendesak pihak bertanggungjawab menukar logo (ASW) di lori najis itu (bagi mengelakkan ia memberi) pandangan tidak baik kepada orang Melayu, memandangkan benda ini (najis) kotor.

“Kita minta syarikat berkenaan janganlah guna logo ASW di lori najis, kita takut pandangan rakyat kepada Amanah Saham Wawasan 2020 berada di lori najis itu tidak elok,” katanya.

Lebih 10 wartawan bergegas ke Menara PNB, selepas menerima jemputan Ali Tinju.

Sumber Free Malaysia Today.


Kah kah kah kah kah. Ini benda paling lawak pernah aku baca setakat minggu ni.

Mula-mula pergi PNB ingat diorang letak logo ASW kat lori pembentungan, rupa-rupanya tu logo dan nama syarikat pembentungan tu sendiri. Pastu nak bantah pulak lagi minta syarikat tukar nama dan logo.

Lawak gila. Diorang ni memang dah takde kerja sangat dah agaknya, sampai benda tak penting macam ni pun nak terasa sendiri.

Antara alasan diorang adalah nak mengelakkan Melayu terkeliru. Yang terkeliru tu orang-orang Melayu macam korang je, ramai je lagi Melayu yang takde rasa nak keliru pun. Malah kenapa orang Melayu dan Bumiputera nak terkeliru pun in the first place? Nama syarikat dia ASW, yang amanah saham PNB tu ASW2020.

Malah ASW2020 tu bukan orang Melayu dan Bumiputera je yang boleh masuk tapi juga warganegara bukan Bumiputera. Takde pulak aku nampak atau dengar ada orang Cina atau India butthurt. Yang untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja tu ASB, ASB2 dan sebagainya.
Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) is the third unit trust schemes. It was launched on 28 August 1996 by the fourth Malaysian Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohammad. There's quota of 51% for Bumiputeras Malaysian & 49% for Non-Bumiputera Malaysian.

Sumber Wiki PNB.

Nak kata logo syarikat pembentungan ASW tu sama dengan logo ASW2020 pun jauh sekali.


Mungkin sama sikit macam logo ASNB, tapi dalam dunia ni berapa banyak logo yang sama dan lebih kurang pun? Kalau nampak lebih kurang pun, apa masalahnya? Dan kalau ASNB nak melabur dalam sektor pembentungan, apa masalahnya pun? Syarikat ni membersih dan menguruskan najis korang, apa masalahnya? Bukannya melabur di tempat-tempat yang haram seperti perjudian dan arak.



Seriously, apa masalahnya dengan mereka guna nama ASW pun? It's can be anything. Boleh jadi ia akronim kepada nama orang seperti Ahmad Said Wahid, atau Ah Seng Woo, atau akronim kepada macam-macam lagi seperti All Star Wrestling, Anti Submarine Warfare dan macam-macam lagi.

Tentang syarikat ASW itu sendiri yang nama penuhnya ASW Tech-i Sdn. Bhd., ia adalah akronim kepada Anglo Sewerage Works (ASW) yang telah beroperasi sejak tahun 1992, 4 tahun sebelum ASW2020 dilancarkan pun. Akronim tu bukan didaftarkan hak milik siapa-siapa pun. Seperti akronim LOL, boleh jadi Laugh Out Loud, atau Lots Of Love, atau League of Legends, lantaklah nak guna untuk apa pun.

Dan rupa-rupanya, syarikat ini telah diugut dan menerima kecaman daripada orang Melayu sebelum ini, hanya kerana dia guna nama ASW tu?

Video penuh di sini.

Pelik aku. Apa ntah masalah guna nama ASW, malah logo dia pun sah dan berdaftar dengan kerajaan Malaysia lagi.


Entahlah, aku tak tahu nak cakap apa dah. Takkan setakat itu sahaja pemikiran kita orang Melayu?

Aku rasa kalau ada orang yang bernama Najib buka syarikat pengurusan sampah dan sisa pepejal, kalau dia letak nama dia sendiri kat lori sampah pun mesti ada orang butthurt cakap orang tu menghina Perdana Menteri dan akan menyebabkan orang Melayu terkeliru nama Najib tu dengan nama Perdana Menteri. Otak sempit betul.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: orang melayu ali tinju ngo buat laporan piket bantah demo pnb logo nama syarikat asw amanah saham wawasan lori pembentungan diugut

6 ulasan:

  1. saja je presiden Gerakan Merah tu nak publisiti murahan.

    BalasPadam
  2. kelebihan melayu sesama melayu memang cepat prihatin,terhadap bangsa lain sepi menikus.

    BalasPadam
  3. kesian plak aku tgk gerakan merah ni... naper la mcm tu sgt.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.