Sabtu, 31 Disember 2016

17 Buasir Otak: 5 tahun dan 10 juta paparan

Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2016 sebelum kita masuk tahun 2017. Pada 2 Disember 2016 yang lalu, usia blog Buasir Otak genap 5 tahun. Setelah 5 tahun, Buasir Otak telah pun mencapai 10 juta paparan atau pageviews, 2200++ artikel, 4 buah buku komik dan beberapa akaun media sosial yang diikuti ribuan pengikut, antaranya IG Buasir Otak sebanyak 18K followers dan FB page Buasir Otak: The Komik sebanyak 55K likers. Pencapaian ini masih lagi kecil dan jauh jika nak dibandingkan dengan pencapaian orang lain selama 5 tahun yang sudah pergi lebih jauh.

5 tahun... ya, ia bukan suatu masa yang singkat.


Jika anak yang baru lahir, 5 tahun kemudian anak tu dah pandai berjalan, bercakap dan mintak adik.
Budak darjah 2, 5 tahun lepas tu dah darjah 6 nak ambik UPSR dah pun.
Pelajar tingkatan 1, selepas 5 tahun dah habis pun sekolah menengah.
Orang yang baru masuk universiti, dalam 5 tahun dah boleh grad dah.
Pekerja baru sesudah 5 tahun dah jadi senior tak pun dah melompat kerja tempat lain.
Buat pinjaman bank dengan tempoh 5 tahun, sekarang dah habis bayar dah pun.

Orang kata, 5 atau 6 tahun adalah satu tempoh ideal bagi seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang sama atau berada dalam satu fasa yang sama, sebelum kita bergerak ke fasa yang berikutnya, yakni fasa life changer yang lebih besar, lebih mencabar dan lari dari zon selesa kita sekarang.

Begitu juga dengan blog Buasir Otak ini... sudah lebih 5 tahun.
Dalam 5 tahun ini boleh dikatakan aku update artikel baru setiap hari di blog ini walaupun pelawat yang datang baca dan komen sekejap naik sekejap turun. 
Dalam 5 tahun ini boleh dikatakan aku berbuat hal yang lebih kurang sama setiap hari sehingga menjadi rutin harianku.

Untuk kekal menulis dalam tempoh 5 hari setiap hari bukan suatu yang mudah. Ia memerlukan masa, tenaga dan paling utama, menuntut konsistensi dan komitmen yang tinggi. Ada masa ia menjadi mudah kerana terlalu banyak idea datang mencurah-curah sampai aku boleh reserved entry untuk satu minggu, ada masa aku tak tahu apa nak tulis sampai aku terpaksa cari topik apa benda yang nak ditulis.

Mengimbas sedikit sejarah, boleh baca catatan aku tentang perjalanan blog ini ketika baru berusia setahun dan dua tahun:

Pada mulanya, kami wujudkan blog Buasir Otak ini hanya sekadar mengikut trend berblog yang agak popular ketika itu dengan konsep memaparkan kebodohan orang terutama dalam bidang politik tanpa mengira parti politik agar orang lain tidak terpengaruh dan mencontohi sikap mereka. Ya, asalnya blog ini hanya sekadar mahu join bandwagon blog-blog bukan peribadi lain yang sudah lama popular seperti Blogserius, Cursing Malay, Amenoworld, Papagomo dan sebagainya.

Kemudian, kami mula menambah kandungan dengan membuat ulasan terhadap isu-isu semasa serta memberi pandangan dan kritikan kami terhadap pelbagai aspek berkaitan kehidupan seperti hubungan cinta, rumahtangga, persahabatan, kerjaya, pendidikan, mentaliti, sikap dan lain-lain lagi. Setelah beberapa lama, usaha kami membuahkan hasil dan jenama Buasir Otak mula dikenali di kalangan blogger dan pembaca blog.

Hasil perkenalan kami dengan beberapa blogger komik, kami mula mengusahakan sebuah projek buku komik. Dan pada awal tahun 2015, muncullah buku komik indie kami yang pertama iaitu Buasir Otak: The Komik. Dipendekkan cerita, kini kami sudah pun berjaya menerbitkan 4 buah buku komik indie dan 1 buku diterbitkan untuk pasaran mainstream. Aku percaya secara tidak langsung, ia telah pun melebarkan lagi jenama Buasir Otak kepada lebih ramai orang.

Namun begitu walaupun aku agak sibuk dengan projek komik ini, namun aku masih tidak mengabaikan blog dan masih cuba menulis setiap hari. Kini, aku rasa kebanyakan apa pandangan dan buah fikiran yang aku nak sampaikan kepada orang, telah pun aku tulis.

Hari ini juga, setelah 5 tahun menulis blog, bukanlah nak kata aku bosan, cuma aku dah agak tepu, penat dan menjadi agak lembab. Antara sebab mungkin kerana faktor usia dan juga komitmen peribadi yang semakin bertambah.

Di samping itu, menulis ulasan dan menyampaikan pandangan di platform blog ini sendiri sudah semakin kurang serinya dan tidak semeriah dulu apabila lebih ramai orang menulis di media sosial seperti Facebook dan Twitter, termasuklah beberapa penulis blog popular yang sudah pun beralih ke medium lain. Ditambah lagi dengan kemunculan ramai selebriti media sosial yang lebih cepat mengulas tentang pelbagai isu semasa, serta kewujudan pelbagai portal media online gergasi seperti Siakap Keli, Oh Bulan!, TheVocket, Apemazing, HypeMedia dan yang sewaktu dengannya, yang secara tidak langsung sudah pun mengambil alih dunia blogging dan peranan blogger itu sendiri.

Oleh kerana itu, selepas ini mungkin aku tidak akan dapat update setiap hari seperti biasa, dan mungkin hanya akan update secara berkala hanya pada topik tertentu yang aku rasa nak tulis, kerana jika sekadar mahu memberi pandangan atau mengulas sesuatu isu yang viral di Internet, aku percaya lebih ramai orang di Facebook yang boleh melakukannya dengan lebih pantas dan lebih baik daripada aku, yang mana ulasan mereka kemudiannya pasti akan terus ditularkan (diviralkan) lagi oleh portal media online ini pula.

Selepas ini juga aku akan tambah satu pembaharuan dengan menulis entry berbentuk novel/cerpen/cerita bersiri. Selain daripada itu aku belum terfikir apa lagi yang nak dibuat untuk blog ini sebab aku bukan seorang yang suka sangat merancang. Aku ni jenis jika terlintas je dalam kepala hotak suatu perkara yang aku rasa mahu dibuat, aku akan terus je buat, sebab itu aku sudah lama tak ada azam tahun baru.

So aku harap pembaca blog Buasir Otak ini (masih ada ke huhu) dapat menerima keputusan dengan hati terbuka. Walaupun begitu, aku masih lagi akan terus berusaha untuk memajukan jenama Buasir Otak ini dan terus memperkenalkannya kepada orang ramai melalui rangkaian lain seperti komik dan sebagainya. Aku juga amat mengalu-alukan penulis baru jika ada yang mahu menyumbangkan penulisan bernas untuk dikongsikan kepada orang ramai melalui blog ini.

Akhir kata...

Selamat Tinggal Tahun 2016 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: buasir otak 5 tahun perjalanan journey blog blogger blogspot 5th anniversary ulangtahun 10 juta pageviews paparan rancangan tahun 2017 tahun baru new year

17 ulasan:

  1. Adatlah tuu..ya noob taun 2012 lalu ko sering meninggalkn link kt ruang komen tuu walaupun selalu dikecam hahaha😜....cuba try admin lain buat entry noob..seminggu 2atau3 entry pun ok juga..🌷🌺🌹🌸👀👅👅👅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg ko merepek ni jubakee. ProoOotT d muka hang..

      -sirosli-

      Padam
  2. Zack..ahmad....mana diorang sekarang..🙈🙉🙊👄💋💘❤💚💙💗💖💕💔💓💢💣💥💦💨💫💬🐷🐖

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ko ke Ahmad, guna nama lain? Gaya cam lebih kurang je huhu

      Padam
    2. Jibai ted manoff ni ahmad rupanya. Idup lg rupanya igt kan dah mampos

      -zacky -

      Padam
  3. Noob, aku baru nak start blogging. Agak2 bloeh hidup lg x blogging skrg ni? Tq.

    Aku lg noob.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je nak start blogging, cuma nak tarik orang baca susah sikit lah. Lebih baik buat fanpage FB je.

      Padam
  4. All the best nasrul, kipitap!

    BalasPadam
  5. pergh... ak start kenal blog ni tahun tu jugak... pergh rasa mcm loser lak compare dengan blog ni...

    BalasPadam
  6. Dari form 3 layan buasirotak . Sekarang dah kat universiti . Tahun satu degree . Masuk 2017 pun still baca :D

    BalasPadam
  7. Aku faham fèel itu bro..blog mmg dah kurg byk serinya tak mcm time tahun 2010-2013..meriah gila beb time tu haha..

    BalasPadam
  8. Blog sememangnya susah banget untuk hidup pada jaman sekarang. Teruskan berkarya dengan entri-entri berkualitas. Selamat Tahun Baru 2017 buat teman-teman di Malaysia.

    BalasPadam
  9. Dr 20 taun lyn buasir otak...


    -fauzi juan-

    BalasPadam
  10. Tahniah buasir otak

    5 tahun bukan suatu tempoh yang sekejap tu

    Cool Guy

    BalasPadam
  11. blog aku 10 tahun, xcecah 1juta view pn. like xyah cite.

    tahniah buasir otak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.