Selasa, 13 Disember 2016

3 Pelanggan sentiasa benar bukan lesen untuk biadab

Minggu lepas viral tentang isu tentang penginap sebuah hotel di Ipoh di mana mereka telah dikatakan melayan pekerja hotel ibarat sampah. Mereka meletakkan tuala di dalam mangkuk jamban di hotel yang diinap, malah seorang wanita telah membaling tuala basah ke muka pekerja wanita di kaunter hotel yang berusia 50-an dan menengking mereka ketika check-out, dan kejadian ini telah dirakam dalam CCTV hotel.


Berikut adalah rakaman CCTV insiden tersebut:


Berikut adalah laporan berita tentang kejadian tersebut:
Hotel Syeun berhajat ambil tindakan undang-undang terhadap tetamunya yang dikatakan melampau membaling tuala ke muka kakitangan hotel itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbuatan tetamu wanita itu viral di media sosial sejak semalam.

Menceritakan kejadian, Setiausaha Pengurusan Hotel Syeun yang juga mangsa berkata, insiden terbabit adalah yang pertama dialaminya sepanjang 24 tahun bekerja.

Katanya, kejadian ketika dia membantu kerja di kaunter pendaftaran, pada 2.30 petang, Khamis lalu.

"Wanita terbabit datang ke kaunter dan membaling dua tuala basah ke muka saya. Perbuatannya itu membuatkan saya terkejut.

"Saya syak mungkin dia tak puas hati kerana permintaannya untuk dapat tuala tambahan tidak dilayan," kata Cindy, 50, hari ini.

Menurutnya, pihak hotel tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana mereka dijadualkan mendaftar keluar.

Malah, katanya, hotel sudah beberapa kali memberi keluarga wanita itu tuala dan bantal tambahan selepas mendaftar masuk pada hari sebelumnya.

"Semua barang yang diminta dan diberikan kepada keluarga berkenaan yang menginap dibilik jenis standard itu juga ada kami rekodkan.

"Memang saya terkejut dengan perbuatannya. Tapi, saya secara peribadi memaafkannya kerana saya percaya perbuatan itu ada balasannya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Hotel Syeun, Maggie Ong, berkata pihaknya akan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tetamu itu.

Menurutnya, pihaknya boleh menerima jika tetamu tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan hotel kerana memang tidak mampu untuk memuaskan semua kehendak.

“Namun apa dilakukan terhadap pekerja kami adalah melampau. Apatah lagi pekerja wanita kami berusia 50 tahun dan sudah bekerja sejak Syeun masih belum dirasmikan lagi.

"Saya juga akan mengambil tindakan menyenarai hitamkan namanya di hotel ini.

“Selain itu, akan menyalurkan maklumat mengenainya kepada Persatuan Hotel Malaysia Perak untuk mengambil tindakan sama terhadap individu itu," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Perak. 
Sumber Harian Metro.

Bila ada kejadian viral, biasanya aku tak nak memihak pada siapa-siapa sebab aku sendiri tak tahu cerita sebenar. Boleh jadi wanita dan keluarganya bertindak sedemikian kerana berlaku sesuatu yang sangat mendatangkan kemarahan padanya, aku tak tahu.

Cuma biasanya kalau ada isu viral oleh satu pihak, pasti pihak yang diviralkan buruk itu akan muncul dan bagi kenyataan atau komen untuk mempertahankan diri mereka. Biasa memang macam tu sebab netizen memang suka main forward dan share je apa-apa yang viral tak kiralah benda tu betul atau tidak.

Tapi untuk kes kali ni memang pelik. Orang yang diviralkan muncul kat sebuah page, tapi cara dia bagi komen tak macam nak mempertahankan dirinya tapi hanya mengiyakan perbuatan buruknya terhadap pekerja hotel tersebut. Dia cakap servis hotel kurang ajar, hampeh, tapi tak beritahu pun apa yang kurang ajar dan hampehnya. Malah kalau servis teruk pun, nak marah marahlah tapi kita sebagai pelanggan takde hak nak baling tuala kat pekerja pun. Itu dah mengasari orang lain namanya bukan komplen lagi dah.

Customer always right, bukan lesen untuk kita jadi biadab, kurang ajar dan miskin akhlak.


Namun bila aku baca-baca balik komen dia, aku yang dah lama baut pemerhatian dalam Internet dan media sosial ni dah rasa macam fake akaun pulak orang yang komen tu. Respon dia macam sengaja nak troll orang je, sengaja nak jirus minyak ke dalam api bagi orang lagi marah dan meluat kat dia. Seriously, waras dan sihat akal takkan bagi komen macam tu.

Maka kesimpulan aku sama ada akaun FB dia ni troll, atau ada orang lain guna akaun FB dia ni nak pedajal dia, atau dia memang ada masalah kat mana2 tu.

Harap aku tak terserempak dengan orang macam ni kat mana-mana, serius menakutkan huhu.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Untuk membuat pre-order boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: wanita baling tuala basah muka pekerja hotel syuen biadap kurang ajar sheikh berlagak


3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.