Jumaat, 3 November 2017

2 Bajet 2018: Apa yang golongan pertengahan tunggu?

Genap seminggu berlangsungnya Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Razak yang bertemakan "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50". Boleh rujuk semula artikel "Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2018" ini.

Beliau menyifatkan Bajet 2018 ini sebagai Ibu kepada Segala Bajet, dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM280.25 bilion, jumlah yang terbesar setakat ini. RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Disebabkan Belanjawan atau Bajet Negara 2018 ini adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) tahun depan, ada satu benda je yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. Aku dah tak peduli dah pasal benda lain, pasal imbuhan kepada penjawat awam ke, pasal BR1M ke, pasal TEKUN ke, sebab benda-benda tu takde kaitan dengan aku dan aku tak layak nak dapat pun. Aku cuma tunggu satu benda je, dan aku yakin ramai golongan pertengahan yang tak layak dapat BR1M pun sama tunggu benda ni:


Ya, seperti yang diJANJIkan, HARGA KERETA akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017.PM Najib akan pastikan yang setiap JANJI DITEPATI. Itulah yang dia tuliskan 4 tahun lalu di Twitternya yang masih wujud sehingga kini, malah apa yang terkandung jua dalam Manifesto BN bagi PRU13.
"Dalam Aku Janji Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Barisan Nasional (BN) berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara."
Itulah apa yang disebut dalam laporan berita di Sinar Harian ini.

Aku tak pasti sama ada dia dah terlupa akan JANJInya ini, atau dia tersilap tweet 2027 jadi 2017, yang pasti ia tiada langsung disentuh dalam Bajet 2018 ini, malah termasuk dalam beberapa Pembentangan Bajet tahun yang sebelum-sebelum ini. Boleh rujuk kembali semua artikel lepas berkaitan Bajet ini:

Menurunkan harga kereta adalah satu perkara yang besar bagi aku. Kalau BN dapat semak dan pinda dasar ini, boleh dikatakan ia adalah satu pindaan yang besar dalam sejarah negara, malah boleh dikatakan sebagai sebuah kejayaan, kerana sewaktu PRU13 dahulu, kedua-dua parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memasukkan janji menurunkan harga kenderaan ini dalam manifesto mereka.

Namun sehingga kini, janji ini belum lagi ditepati secara keseluruhan, atau mungkin sudah dilupakan. Aku ingat dengan kemunculan cukai GST dapatlah menampung penurunan segala jenis cukai kenderaan yang boleh membawa kepada penurunan harga sebanyak 20% - 30%, tetapi nampaknya penurunan 20% - 30% pada harga kenderaan itu masih jauh dari realiti.

Mungkin sudah ada kenderaan yang dijual lebih murah dengan mencipta model baru yang lebih berkos rendah seperti yang telah disentuh dalam artikel ini - "Harga kereta bakal turun lagi menjelang 2018", atau kereta import yang sama model turun harga lepas ia dipasang di kilang di Malaysia dalam pelaksanaan Dasar Automotif Nasional 2014 seperti yang telah diulas dalam artikel ini - "NAP 2014 bukan sekadar turun harga kereta", tetapi penurunan harga kereta secara keseluruhan masih belum berlaku lagi.


2 tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pernah mengulangi janji ini dengan mengatakan Harga kenderaan akan mengalami penurunan sehingga 30 peratus menjelang 2018, namun pengeluar tempatan iaitu Proton dan Perodua menyatakan penurunan ini sangat sukar untuk dilaksanakan.

Aku masih percaya kerajaan hanya boleh turunkan harga kereta dengan menurunkan segala jenis cukai dan duti yang dikenakan pada kenderana tempatan dan import, bukan mempertanggungjawabkan pengeluar kenderaan untuk menurunkan harga kereta mereka, kerana yang berjanji dalam pilihan raya adalah kerajaan bukan pengeluar kereta.

Aku punya matematik mudah.

Kalau sebuah kereta Proton Saga yang sebelum ini dijual dengan harga RM35,000 turun jadi RM28,000 (turun 20%), Toyota Vios yang sebelum ini dijual dengan harga RM75,000 turun jadi RM56,250 (turun 25%), atau Honda Civic yang sebelum ini dijual dengan harga RM120,000 turun jadi RM84,000 (turun 30%) dan lain-lain kereta yang turun pada kadar 20% - 30%, baru aku anggap janji ini ditepati. Selain dari itu, semua cuma sembang.


Aku tak peduli macam mana cara dan kaedah pelaksanaannya, tapi kalau dah berjanji nak tak nak kena buat. Kalau rasa tak mampu kerana ia sebenarnya sangat mustahil untuk dilakukan, jangan berjanji semata-mata nak tarik undi.

Nampaknya terpaksalah lupakan niat nak beli kereta baru. Pakai jelah kereta lama 15 tahun aku tu. Tapi kalau kerajaan kuatkuasakan dasar had jangka hayat kenderaan juga, nak tak nak terpaksalah juga tukar kereta baru.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.







tags: pembentangan bajet belanjawan 2018 turun harga kereta nap dasar automatif nasional menjelang tahun 2017 tweet twitter najib razak

2 ulasan:

  1. rasanya, memang tak dapatlah nak merasa kereta baharu.

    terima kasih atas ulasan yang objektif dan tidak emosional, Prince of Noob.
    this is why I love reading your opinions on our country's governance.

    keep 'em coming!

    BalasPadam
  2. Kemana menghilangnya ayam afrika?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.