Selasa, 11 Februari 2020

1 Tukang Masak Bayang ADUKA

Pada Abad ke-23, dunia menghadapai krisis makanan terbesar selepas tercetusnya Perang Dunia Ke-3 pada 100 tahun sebelum itu. Haiwan ternakan mati, tanaman musnah dan sumber air bersih tercemar teruk.

Untuk mengatasi masalah itu, para saintis telah menemukan cara terbaru untuk memenuhi keperluan makanan iaitu dengan mencipta "Pil Makanan".

Namun dengan kewujudan Pil Makanan, banyak negara termasuk Malaysia telah melarang rakyatnya dari memakan makanan biasa.

Maka bermulalah kisah Aduka, anak kepada seorang Tukang Masak Bayang yang pernah mencetuskan Revolusi Makanan, dalam mengejar impiannya. Apakah impiannya itu? Ikuti pengembaraan Aduka dalam komik ini.






Boleh baca komik ini sepenuhnya di sini:



Komik ini aku kolaborasi bersama Irfan Hilal untuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2019 anjuran Matkomik yang bertemakan Makanan/Masakan. Untuk komik kali ini aku gunakan fomula manga shonen yang biasa wujud di Jepun.

Sejujurnya aku tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang sebab lebih banyak komik-komik lain yang jauh lebih hebat belaka. Tapi kalau ada rezeki dan berjaya disirikan, bolehlah aku sambung dan kembangkan cerita komik ni sekurang-kurangnya untuk beberapa jilid.

Harap korang dapat baca dan memberi sokongan dengan vote 5 bintang.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):





tags: komik ckom2019 2020 cabaran komik online malaysia 2017 tema makanan masakan tukang masak bayang aduka fomula konsep manga shonen shounen jepun pil perang dunia 3 world war 3 ww3 food crisis krisis

1 ulasan:

  1. Ok..💊💊🔮🍞🌰🍄🌶🍟🍘🍙🍛🍦🍩🍨🍦🍦🍫🍫🎂🍪🍪🍷🍶🍵🍰

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.