Selasa, 10 Jun 2014

31 Kehebatan IPTA bukan sekadar dodol dan donut

Dulu bina logo universiti menggunakan donut, kini bina logo universiti menggunakan dodol untuk menempah rekod Malaysia Book of Records (MBR). Ini menunjukkan yang pelajar2 universiti kita sangat rajin dan berbakat dalam teknologi penghasilan makanan. Harap lepas ni pihak universiti tempatan memperbanyakkan lagi aktiviti pecah rekod seperti ini dengan menggunakan kuih karipap, cekodok, nasi lemak, durian crepe, cupcake, coklat Cadbury dan pelbagai lagi jenis makanan.



Aku bukanlah nak meremehkan usaha pelajar2 universiti ni lebih2 lagi untuk tujuan charity, tapi aku sedih melihat ramai orang mock dan memperlekeh aktiviti diorang ni. Sebab tu aku harap diorang dapat buat sesuatu yang lebih mengkagumkan dan ekstravaganza agar dapat mendiamkan mulut2 orang yang selama ini selalu memandang rendah pada pelajar2 universiti tempatan terutama universiti2 awam (IPTA) di Malaysia.

Kalau pelajar2 universiti di Jepun boleh cipta robot tanpa menggunakan motor...


...pelajar2 universiti di New Zealand boleh mainkan muzik menggunakan kejuteraan robotik...



..universiti di US boleh menghasilkan robot quadrotors yang memainkan alatan muzik...


...aku yakin pelajar, pensyarah dan professor di universiti2 kita juga mampu untuk berbuat benda yang sama malah lebih hebat lagi dari itu.

Come on guys, aku yakin korang semua boleh, MALAYSIA BOLEH!


* Post ini adalah untuk menaikkan semangat para mahasiswa dan mahasiswa universiti di Malaysia.




tags: ipt ipta ipts cipta logo universiti uitm guna dodol uia islam antarabangsa taman donut ciptaan rekabentuk idea hasil inovasi teknologi sains robotik robot pelajar student mahasiswa mahasiswi japan jepun humanoid tanpa without motor new zealand robot quadrotors perform james bond theme

31 ulasan:

  1. 1st!!

    Hmm....kdg2 bnda2 yg berlaku kat uitm n uia ni idea org2 atas supaya at least ada masuk M'sia book record, xyah susah2 buat benda2 canggih n budget tinggi semata2 nak masuk rekod. Maybe jugak idea pensyarah2 kanan yg nak naikkan saham/rating fakulti terlibat atau sebahagian projek budak tahun akhir.

    Paling penting, apa yg mereka dah buat xkan naikkan rating U mereka. Janji masuk suratkhabar/TV.

    BalasPadam
  2. Ipta msia asyik xde peruntukan utk sapot projek bombastik (pensyarah & pelajar sntiasa ada idea kajian baru, trpulnglah nkorng nk caye ke x), alasan asyik xde duit, dana kajian asyik dibekukan..so, salahkn pengurusan & politik uni tempatan itu sndri.

    BalasPadam
  3. apalah yg boleh diharapkan dgn U melayu. syok sendiri

    BalasPadam
  4. punca melayu menganggur... enggineering student,masa interview panel takde tanya berapa bijik kek..dia tanya apa konsep mekanikal etc

    BalasPadam
  5. ohh kira salah satu cara bagaimana nak melayukan melayu ooh bagus gak idea ni, tp ak setuju!! ni bagus masuk world record la. mana ad U lain nak buat mcm ni!

    BalasPadam
  6. Sapa yg x buka mata dlm hal gini? Pensyarah? Pihak ipta? Perdana menteri? Mak bapak? Sapa yg tutup telinga dlm hal gini? Pelajar? Murid2? Melayu?cina?india?ker lain? Terbitan kali ni best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ipta bertukar menjadi sebuah bisnes & pelajar adalah client, begitulah jadinya..renung2kan..

      Padam
  7. Bang,aktiviti donut dan dodol cuma sebahagia daripada program uni bersifat sahsiah..

    banyak lg akitiviri ilmiah bersifat antarabangsa yang tidak ditonjolkan dalam akhbar...kalau ada pun orang awam tak peduli

    BalasPadam
  8. universiti tempatan? cuma boleh buat aku gelak je... org luar negara masuk u sebab nak cintakan ilmu, budam2 melayu skrg masuk u sbb nak lulus dpt degree utk masuk dlm resume buat cari kerje je, sbb tu xberminat nak hasilkan sesuatu yg gempak2 pun masa belajar kat u

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat projek gempak haper kemender ni??? Nanti kengkawan Melayu la yg paling kuat tolong gelakkan projek gempak tu.. kawan aku buat projek AI Fuzzy Logic guna C++ masa kat UM..masa present langsung satu habuk pun dia xtau haper.. dgn C language sendiri pun xtau mender..lecturer yg soh taipkan coding.. hari2 asyik kepit ngan awek yg dah jadi bini la ni.. bangge siot jadi student UM buat fuzzy logic gitu.. present ntahaper2.. lulus dgn cemerlang plak projek ni.. kualiti lecturer UM pun malleh aku nak cakap..serba x kena..

      Pantang tok nenek aku belajar uni dlm negeri kalo kualiti berterusan cenggini.. baik pegi uni luar kalo nak cari ilmu.. uni sini untuk kumpul sijil boleh la.. melayu tolong melayu.. ada sorang tu... langsung x present project..lecturer merayu2 hantar projek akhir.. trus dia blah gi keje tanpa present.. boleh dpt degree jugak slps 2 tahun walaupun x present.. wuhuuu.. bahagianya student UM.. ranking 165 dunia tu...kahkahkah..sorila kalo terasa yer.. realiti dpn mata aku..

      Kalo UM pun dah mcm ni.. lagi2la uni lain..uni utk bani qudut boleh la..

      Padam
  9. cbe korg fkir, bdak2 melayu smbung blajar sbb pe?
    Stakat nk rse cmne perasaan ble msuk u, bek xyah blajar..
    Atau pn mak bpk yg pkse..
    Ak proud dgn cina, india yg ad smngat nk naik kn kaum dorg sndri..senng crita, totally cina sume jd tokey,melayu jd kuli memanjg.. Bg ak mlayu kne motivate dri sndri, ubah cra b'fikir,b'dya saing..
    Jgn mtang dr segi usia,tp mtg dr segi pemikiran..jgn mtg dr sgi wajah, tp mtg dr segi kepimpinan..kbye~

    BalasPadam
  10. Penghasilan logo universiti menggunakan donut dan dodol amat kreatif. Ia membuktikan pelajar malaysia mampu berdaya saing dengan pelajar antarabangsa. Dodol merupakan idea yg mampu menyaingi robot2 ciptaan pelajar antarabangsa. Jika mereka ada robot dan ciptaan canggih, kita ada donut dan dodol. Ia boleh dimasukkan dalam resume. Apakah yg anda boleh ceritakan mengenai pencapaian anda di universiti? Saya telah mencipta logo universiti menggunakan dodol. Agak sukar utk menyiapkan tugasan tersebut berikutan ada rakan2 yg asyik makan dodol tersebut. Daya kepimpinan yg tinggi diperlukan utk memberi arahan agar mereka tidak memakan dodol tersebut. Jika encik mengambil saya bekerja disini, saya yakin saya mampu mencipta logo syarikat menggunakan lepat pisang atau kuih apam.

    BalasPadam
  11. haha..xboleh blah.. Lepat pisang?
    Xslah,kreatif kot..tp ak teringt so ianya jd klaka.. Not bad la.. Lol..

    BalasPadam
  12. Jgn salahkan pelajar je...aku rse pnsyarah pun kene main peranan. Jgn hanya cedok pelajaran dari Barat dan beri lecture kat student. Mgkin lecturer kene aktif buat research yang lebih kreatif dan bernilai dan masa yg sama sampaikan hasil research dgn cara yang menarik contoh mcm MIT ade Technology Review, mgkin buat presentation cam TED...Media pn patut main peranan siarkan dokumentari berbentuk akademik yg menarik cam kat Discovery Channel...ni asyik buat program hiburan je.. keje nak bersuka je..melalak sana-sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ramai lecturer zaman sekarang yg mempunyai kaedah pengajaran yg menarik. Ramai lebih kepada setakat mengajar apa yg ada di silibus dan yg masuk exam.buka slide..baca..bagi tutorial..exam. Itu je. Dulu mase kat U, pernah ada seorang pensyarah yg amat kreatif. Dia tak hnya merujuk kepada buku dan slide. Dia bawa kami turun ke lapangan. Minta kami turun ke paya bakau utk lihat sendiri ekosistem tempat tu. Kami perlu menyoal org2 kg utk dptkan info tambahan. Memang best. Dia mengajar dengan cara membuat kita menghayati subjek tersebut. Student dia ramai yg perform dan menjadikan ramai student yg minat utk amik subjek tersebut.sampai kuliah penuh. Smpai sekarang..bila g melancong dgn keluarga..aku teringat apa dia cakap kalau aku nmpak hutan paya bakau. Bagi aku..dia pensyarah kelas A. Terima kasih sbb beri didikan yg boleh aku ingat sampai bila2. Kepada lecturer2..jgn la jadi lecturer sebb nak gaji tinggi je. Ajar asal budak2 boleh jawab exam je. Apa salahnya beri didikan yg mampu memberi student menghayati subjek tersebut.

      Padam
    2. Kdg2 pensyarah yang baru nak naik terutama lepasan degree atau in progress nak dpt phd sibuk buat research n tugasan fakulti, so mengajar pun ikut kemampuan je. Smpi nak mengajar pun berubah2 tarikh n waktu (smpi jd kelas malam) sbb sibuk buat presentation. Xleh samakan tugas pensyarah n guru sbb kpi pensyarah lebih kpd research, bukan keputusan student kelas dia. (buat research bagus senang naik pangkat/gaji)

      Padam
    3. Tak boleh samakan pensyarah zaman dulu dgn sekarang. Zaman dulu pensyarah lebih bebas nak tentukan kaedah dan teaching approach ikut kreativiti sendiri berbanding dgn zaman skrg yg mana pensyarah wajib ikut acuan yg ditetapkan sistem uni sekarang, sampai ke tahap aturan slaid powerpoint. Pensyarah lebih terkongkong dlm menentukan kaedah pengajaran. Pelajar apa tahu, cuma mahu menyalahkan pensyarah atau rakannya sendiri jika dia gagal atau tak mampu utk score A. Itulah realiti ipta malaysia.

      Padam
    4. well, kalau itulah yang terjadi seperti apa yang kalian katakan, maka tak perlu la merungut atau mengungkit lagi mengapa pelajar-pelajar kita jadi seperti sekarang. kita terima sahaja. Sudah itu yang menjadi acuannya. Jika kita salahkan pelajar, org kata bukan..itu salah lecturer. Jika kita salahkan lecturer, org kata bukan, itu salah IPT. Jika kita salahkan IPT, org kata bukan, itu salah menteri. Jika kita salahkan menteri, org kata bukan,itu salah mentaliti rakyat malaysia sendiri. So apa gunanya kita argue benda-benda macam ini? at the end, kita semua salah. Jika setiap org ada alasan mempertahankan diri sendiri, so..dimana penghujungnya?
      Tapi aku buang semua benda-benda serabut ini. Aku bersyukur kerana zaman U aku dah tamat dan dah bekerja dan berkeluarga. Segala pengalaman dan kenangan sewaktu belajar dulu aku simpan utk aku sendiri. Jika aku try untuk salahkan sesetengah pihak atas apa yang terjadi kepada pelajar2 ini semua, umpama roda..pusing2..

      Padam
  13. Buat logo guna cucur pisang murah sikit..

    BalasPadam
  14. Buat guna putung rokok.mst power.stok pun banyak. Guna putung rokok, buat simbol dilarang merokok.baru irony sikit.

    BalasPadam
  15. KOTA BHARU 11 Jun - Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 tahun dan 17 tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dalam kejadian membabitkan 21 suspek di sebuah rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

    Tertuduh Muhmed Azroel Hassan, 23, dan Azuan Che Hassan, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noor Haslinda Che Seman.

    Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 13 Julai ini.

    Mengikut pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa merogol dua remaja terbabit dengan kehadiran orang lain antara pukul 7.30 malam hingga 11 malam, 20 Mei lalu di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

    Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong, 20 Mei lalu.

    Bagaimanapun semalam Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam satu kenyataan berkata, hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 suspek yang dilaporkan oleh salah seorang mangsa.

    BalasPadam
  16. mcam xde otak bdak zman skrang..ikut nafsu semta-mta..tp,kdg2 pompan zman skg pun xleh pkai..b'pakaian ketat2,seksi smpai menaikkan nafsu laki..
    Kpd para hawa, tlong lah pkai pkaian yg sopan skit.. Kbye~

    BalasPadam
  17. Aku rasa, perkara pokok kenapa student U negara tak keluar dgn idea power canggih manggih cam contoh tu adalah kerana tak ada peruntukan/ sponsor.

    Tp lagi utama adalah pelajar itu sendiri..
    Mana tidak, lg gemar pergi buat demo bantah bayar PTPTN dr duduk fikir idea utk pembangunan negara...kan?

    BalasPadam
  18. wihhh keren keren universitas IPTA di malaysia (y) top

    BalasPadam
  19. UiTM.. institusi melayu islam. tapi rajin membazir makanan.

    ajaran islam ke tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. slogan: usaha taqwa mulia = bajet aje laaa, syok sendiri..

      Padam
  20. wihhhh keren-keren...
    ini juga tak kalah kerennyaloh gan http://mobildatsunbandung.com/

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.