Selasa, 25 Mac 2014

38 MH370: Antara teori konspirasi dan logik akal

Sebelum ini berkenaan kehilangan pesawat MH370, aku tidak mengulas dan membuat sebarang teori konspirasi mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut kerana aku bukanlah seseorang yang terlibat dalam misi Search & Rescue (SAR) dan mempunyai akses kepada maklumat dan data yang berkaitan. Penulisan aku sebelum ini lebih berbentuk berita, sensitiviti masyarakat terhadap isu ini, isu keselamatan, isu bomoh, persoalan dan lain2. Aku cuba elakkan untuk menulis teori konspirasi kerana teori akan kekal teori dan bukan fakta selagi tidak disertakan dengan bukti.


Namun setelah pemimpin kerajaan no. 1 kita mengesahkan yang penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi, dan setelah membaca pelbagai teori konspirasi mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 terutama yang ditulis di blog Brado Kapak yang telah menarik jutaan pembaca, maka aku akan menulis sedikit teori berdasarkan akal logik manusia. Sebelum itu boleh baca teori Brado Kapak yang sangat panjang lebar di bawah:

Kronologi/urutan peristiwa kehilangan MH370 daripada hari kejadian sehingga hari ke-17 boleh baca di sini. Berikut adalah pandangan aku berdasarkan fikiran yang logik dan realistik. Bukan suruh korang percaya cuma harap boleh baca dengan hati terbuka:

1. Aku tidak mahu cerita pasal teori MH370 telah tenggelam di Laut China Selatan, konspirasi diversion, khazanah negara yang tak ternilai dan lain2, pandangan aku adalah berdasarkan berita dan kenyataan rasmi yang diumumkan oleh pihak berkuasa iaitu penerbangan MH370 telah berakhir di lautan Hindi setelah ia melencong daripada penerbangan asal.


2. Kerajaan Malaysia telah menyimpulkan bahawa, berasaskan analisis data satelit dari syarikat British Inmarsat, penerbangan MH370 Malaysia Airlines telah berakhir di Lautan Hindi, dan tiada penumpang yang terselamat walaupun bangkai pesawat MH370 masih belum ditemui.


3. Cara bagaimana syarikat satelit British, Inmarsat dapat mengesan penerbangan MH370 boleh rujuk sini dan sini.


4. Berikutan berita ini, kini terdapat 3 jenis kumpulan manusia, satu yang mempercayai berita ini dan dapat menerimanya dengan redha, satu adalah mereka yang tidak mahu mempercayainya selagi bukti iaitu bangkai pesawat MH370 tidak ditemui, satu lagi adalah mereka yang langsung tidak mempercayai berita ini dan yakin bahawa ini semua adalah konspirasi kerajaan yang mempunyai agenda dan menyembunyikan kisah sebenar di sebalik insiden ini termasuk segelintir rakyat Malaysia dan ahli keluarga penumpang dari China yang masih lagi memprotes dan menyalahkan kerajaan Malaysia.

5. Aku berada di golongan yang mempercayai berita ini kerana bagi aku takkanlah kerajaan Malaysia sanggup berbuat dan merancang suatu konspirasi yang melibatkan beratus nyawa manusia yang bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat negara lain semata2 untuk kepentingan politik? Walaupun aku akui kerajaan Malaysia punya kelemahan dan tidaklah begitu hebat, tapi aku juga yakin mereka juga tidaklah begitu jahat dan kejam.

6. Setelah insiden kehilangan MH370 berlaku, banyak negara lain menawarkan bantuan untuk turut serta dalam misi pencarian dan menyelamat atau search and rescue (SAR) ini. Negara2 ini memberi bantuan ketenteraan, hantar kapal, hantar jet pemantau, kapal selam, logistik, analisa/semakan data satelit dan radar serta pelbagai lagi jenis bantuan yang kebanyakannya tidak mampu dilakukan oleh negara kita sendiri kerana kekurangan dari segi kepakaran dan teknologi.





7. Namun misi SAR ini memerlukan tenaga kerja yang ramai, bahan api yang banyak, masa yang panjang dan sudah pasti memerlukan belanja yang tinggi untuk menampung kos misi ini. So secara logiknya adakah negara2 lain begitu baik hati menawarkan bantuan2 ini secara percuma dan menanggung sendiri kos perbelanjaan untuk misi ini?

8. Walau mereka kata mereka menawarkan bantuan secara percuma dan sukarela kepada Malaysia, tapi rasa2nya adakah mereka memang ikhlas membantu dan membelanjakan wang tanpa mengharapkan apa2 balasan?

9. Oleh itu, mungkin secara tersembunyi sebenarnya negara kita membiayai dan menanggung segala kos bantuan yang diberikan oleh negara lain, atau mungkin terdapat perjanjian timbal balik bersyarat yang tersembunyi yang boleh memberi keuntungan kepada negara yang membantu, seperti contoh Singapura akan menawarkan bantuan SAR dengan menggunakan kapal selam dengan syarat Malaysia membenarkan mereka menggunakan ruang udara kita untuk latihan, atau memberi wilayah yang dituntut oleh China di Laut China Selatan kepada mereka, atau menandatangani persetujuan TPPA bersama US, atau memberi laluan dan kemudahan kepada Australia untuk membuka lebih banyak kilang di negara kita dan lain2.

10. Mungkin disebabkan tekanan inilah, maka kerajaan Malaysia perlu menamatkan misi SAR ini dengan lebih cepat dan awal demi kepentingan dan keselamatan negara. Tanpa menunggu bangkai pesawat untuk ditemui, kerajaan kita terpaksa merumus yang MH370 terhenti di Lautan Hindi hanya berdasarkan analisa data satelit dan membayangkan tiada penumpang yang terselamat berdasarkan realistik keadaan di tengah2 Lautan Hindi yang sangat luas, dalam dan bergelora.


11. Secara logiknya, jika kapal terbang itu terjatuh di Lautan Hindi dan pada saat kejadian masih ada penumpang terselamat, tidak mungkin mereka masih hidup dengan sudah masuk hari ke-17 ini. Walau ada yang sempat berpaut pada serpihan kapal terbang dan timbul dengan bantuan jaket keselamatan, tanpa makanan dan minuman bersih untuk diminum, dengan keadaan laut yang sangat bergelora serta kesejukan melampau yang boleh menyebabkan hyportemia, susah untuk membayangkan mereka masih boleh hidup dan bertahan sampai sekarang.


12. Ya, dengan izin Allah, mungkin ada keajaiban yang berlaku seperti mangsa terdampar di pulau kecil dan sebagainya, namun mungkin hanya seorang dua yang akan selamat. Nak mengharapkan keajaiban semua orang selamat adalah agak mustahil. Lagipun, keajaiban yang sangat luar biasa telah pun Allah tunjukkan pada zaman2 terdahulu melalui mukjizat para Nabi dan Rasul. Zaman kini, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya melalui ilmu sains dan teknologi. Ya, ilmu sains dan teknologi juga adalah bukti kebesaran Tuhan, bukan hanya perkara2 ajaib.

13. Hakikatnya misi SAR ini adalah suatu misi yang sangat memberi tekanan kerana tujuannya bukan sahaja untuk mencari, malah untuk menyelamat. Semua yang terlibat dalam misi SAR ini pasti merasai tekanan yang hebat kerana mereka perlu mengejar masa untuk menyelamat mangsa. Oleh itu, tekanan dari segi fizikal, kudrat, tenaga dan emosi pasti dirasai oleh anggota penyelamat yang terlibat, malah pihak kerajaan juga pasti merasai tekanan daripada ahli keluarga mangsa, media, masyarakat dalam dan luar negara.






14. Sekiranya misi SAR masih lagi berjalan dalam tempoh yang panjang dan lama, pasti akan membebankan negara Malaysia serta negara2 lain yang membantu. Mungkin disebabkan kita tidak mahu menyusah dan menjadi terlalu terhutang budi kepada negara lain yang kelak budi tersebut boleh digunakan untuk memakan kita semula, kerajaan kita terpaksa membuat kesimpulan yang perit lagi menyedihkan dengan hanya berbekalkan hanya data satelit walaupun bangkai pesawat masih belum ditemui.

15. Dengan pengumuman ini, maka misi SAR ini telah pun ditukar kepada misi S sahaja iaitu misi mencari atau search, tiada lagi misi menyelamat. Dengan penukaran status misi kepada misi search sahaja, maka tekanan akan menjadi lebih kurang kerana tiada lagi kekangan masa seperti ketika melakukan misi menyelamat.

16. Selepas ini tumpuan hanya difokuskan kepada misi pencarian bangkai pesawat dan kotak hitam sahaja yang kemungkinan boleh mengambil masa sehingga berbulan2 dan bertahun2 seperti pencarian kotak hitam nahas Air France 447 pada tahun 2009. Selagi kotak hitam MH370 tidak ditemui, selagi itulah kita tidak ada bukti yang boleh memberitahu kita apa sebenarnya berlaku. Jika tidak, semua teori hanya tinggal teori.


17. Apa yang pasti, berikutan tragedi ini pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Ia mungkin akan memberi kesan kepada hubungan diplomatik China-Malaysia, memberi kesan kepada Tahun Melawat Malaysia 2014, saham MAS akan jatuh, pengurangan perbelanjaan kerajaan dalam bajet akan datang, negara lain cuba ambil kesempatan atas bantuan yang ditawarkan sebelum ini dan macam2 lagi kemungkinan. Oleh itu, rakyat dan kerajaan Malaysia harus berjaga2 untuk menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini.

18. Namun adakah akan ada mana2 pemimpin yang memikul tanggungjawab dengan meletak jawatan? Mungkin tidak kerana ia bukanlah suatu budaya di negara kita.



Selamat Tinggal, MH370. 

Klik sini untuk baca dedikasi kepada MH370 oleh Nazha Anua @ Kartunster.




tags: teori konspirasi kehilangan kapal terbang mh370 disahkan lautan hindi indian ocean terhempas jatuh tenggelam mimpi ustaz selamat tinggal penumpang kru krew kabin pilot juruterbang cabin crew passenger died meninggal tidak selamat realiti logik brado kapak dramaraja blogspot khazanah negara paling bernilai

38 ulasan:

  1. woh. berbukak skit kepala otak aku bila baca bnda ni. bagus2. cuma aku harap bila blackbox tu dh jmpa, kerajaan malaysia xde la nk spin2 cerita pasal pe yg jd kt plane tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak jugak salahkan kerajaan ayat dia ni..

      Padam
    2. sebab dia pundek

      Padam
    3. Persoalannya, adakah Rosmah Mansur mampu mengawal pesawat MH370 menggunakan alat kawalan jauh ala Drone dalam konspirasi beliau untuk menguasai dunia ini?

      Padam
  2. Teori brado kapaok tu ada masuk akal ke mcm karangan ketum je,apa benda lah khazanah yg dimaksudkan sampai nak direbut semua orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... aku sama pendapat dgn ko bro...

      Padam
    2. Khazanahnya ialah logo MAS pada pesawat MAS.. ingat filem Mendam Berahi tu? Perkataan mendam berahi pada sekeping papan dari kapal zaman melaka yang tenggelam itulah khazanah yang direbut-rebut tu.. waaargh! Kah Kah Kah!

      Padam
    3. ntah , ak tgk kapakbro tu pun dh mcm bro layan ketum je sambil menulis -_-, tp yg penting tu la kena berjaga2...

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. harap kotak hitam dijumpai dengan segera agar segala misteri yang berlaku pada pesawat mh370 terjawab. jangan jadikan isu kehilangan mh370 sebagai modal politik tak kira pr atau bn

    BalasPadam
  5. CEO MAS akan letak jawatan selepas pencarian MH370 selesai.Aku harap keajaiban akan berlaku.

    BalasPadam
  6. Bang, hanya imej yg kabur beserta andaian pnyiasat yg menguburkan MH370 d lautan Hindi. Sedangkan bnyk laporan polis dr pekerja plantar minyak dan eye witnes d Klntan & Trngnu. Bkn sorang,tapi lbh 10 laporan polis yg nmpk pesawat trbakar. Adakah de prncngan lain dgn bw SAR ke lautan hindi spya operasi seterusnya d LCS????

    BalasPadam
  7. brader kapok tu wartawan mastika ker variasari? erm. masih laku lagi ker junk magazine camtu eh

    BalasPadam
  8. Berdasarkan pemerhatian, ada 4 teori yang konsisten walaupun ramai orang tak percaya:
    1. Teori Brado Kapak: Pesawat masih berada di laut china selatan, samada disembunyikan atau ditenggelamkan (teori konspirasi US). "Saya andaikan sebenarnya pesawat sudahpun tenggelam ketika itu tetapi tidak terhempas."
    2. Teori Mimpi Ustazah Bomoh - Pesawat hilang kawalan secara total, tenggelam di Latitud Utara 7 darjah 47’47.90″ Longitud Timur 105 darjah 13’39.59″ Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.
    3. Teori Mimpi Ustaz Darul Manzil - Pesawat disabotaj, pilot hilang kawalan (dikawal secara auto), menjunam dan disedut dalam pusaran air (mungkin sekitar vietnam atau andaman).
    and last but not least... (ok, maybe least)
    4. Teori Raja Bomoh - Pesawat terletak antara laut china selatan, filipina, dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan. Samada diculik pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib.
    Entah betul atau tidak wallahualam... Tapi kalau digabungkan semua teori ni, ditokok tambah lagi dengan kisah lahad datu, Raja Noor Jan Shah, ikhwanul muslimin, 9/11, altantuya, illuminati, anwar ibrahim.... lengkaplah sebuah movie box office berdurasi 3 jam...

    p/s: belum campur lagi teori wali2 indonesia yang kata diorang ni dah kena sembunyi dalam segitiga famosa (alam jin), boleh terima sms tapi tak boleh reply.. ok yg ni agak lol..

    BalasPadam
  9. Apapun teori yang keluar, better kita jangan jadik tok bomoh sendiri andaikan yang macam2 dan drag orang keliling kita pecaya menda yg tah betul tah tidak tuh. Better kita terus doakan yang terbaik buat penumpang dan pesawat MH370.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Apa-apapun Kajang move lebih penting dari MH370. Seterusnya rampas DUN Balingian dari Parti PBB-BN Sarawak lebih penting dari mencari kotak hitam MH370.

      Padam
  10. aku sebagai rakyat marhaen hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah

    BalasPadam
  11. Bila kerajaan dah officially announce yg flight mh370 berakhir di lautan hindi...segala kerisauan hilang sedikit walaupun ada perasaan sedih di mana penumpang x dpt diselamatkan. So far sy malas nak percaya spekulasi yg ada, sbb pengalaman sy jika lyn mcm2 spekulasi, last2 kebenaran adalah jauh dr apa yg kita fikirkan.

    Skrg ni tinggal misi mencari sahaja, n sy tau ia akan mengambil masa yg sgt2 lama. Biarlah pihak yg bertanggugjwb mencari bangkai pesawat. Motif kejadian hanya boleh diketahui jika dpt kotak hitam pesawat n hopefully xde ssiapa yg putuskn signal kpd kotak hitam dgn sengaja. Skrg ni biarlah kita berkabung n berdoa supaya mereka bersemadi dgn aman.

    Sy tau ramai tgh fikir apa punya n siapa yg menyebabkan pesawat hilang, tp kdgkala ada sesetengah rahsia hanya Allah shj yg tau. Dr situ kita rakyat malaysia n umat islam diuji samada kita bersatu padu atau berpecah belah sibuk menyalahkn org lain...n maybe ini peluang pihak asing 'menjajah' negara kita kelak mengunakan isu ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anytime selat Melaka akan jatuh ke tangan penjajah USA jika rakyat terus berpecah belah seperti sekarang.. semua angkara media sosial yang sangat bebas menghantar berita dan fitnah yang boleh memecahbelahkan rakyat. Semua dah berlaku lama di Libya, Tunisa, Mesir, Thailand, Syria, Yaman... Dunia nak kiamat, fitnah sana sini

      Padam
    2. Fitnah byk berlaku sbb ada medium mcm FB n twitter, org senang nak luahkan pandangan, pd masa sama boleh fitnah sesuka hati dgn menggunakan fake profile. Lgpun org yg create FB kan org yahudi...kita pulak sibuk nak mengikut2 teknologi org yahudi. Media sosial yg menyebabkan negara2 islam berpecah n dijajah oleh barat, smpi nak hukum mati org Islam sendiri di Mesir skrg...yg tepuk tgn org yahudi sendiri.

      Padam
    3. betul la tue,setuju sangat.FB adalah punca keyboard warrior menyebarkan fitnah.Walau apa pun yg berlaku sebagai hamba, hanya mampu berdoa kerana semuannya adalah rahsia Allah.

      Padam
  12. dr segi aspek teknologi... nmpak sgt kta ketinggalan.. ak rs dh tiba msanya kerajaan ptt ambl brt dlm aspek pmbangunan teknologi.... tengok balik kos2 engineering kt U.... stakat mna research2 U kita ble sumbang kpd pmbgunan tknologi negara......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, setuju sangat. Tapi bila malaysia nak beli teknologi, ada lah pihak yang persoalkan membazir je, baik duit tu bagi kat rakyat.
      Tapi bila duit bagi kat rakyat melalui BR1M, orang yang sama jugak komplen teknologi kita dah ketinggalan..

      Apa pun tak boleh..

      Padam
    2. dah nama pembangkang, manjang semua dia nak bangkang dari yg baik mahu pun buruk dia tak kira, yang penting bangkang diutamakan

      Padam
    3. Jika degree berasaskan kepandaian 25 tahun lalu negara sudah maju. Bayangkan hanya skorer yang dibenarkan ambil kos engibe, science dan berkaitan pasti kita sudah merasa hasil kepandaian mereka sekarang. Tetapi mengapa senua itu tidak berlaku? Kerana sistem pendidikan Malaysia dicipta berdasarkan kepandaian guru gurunya akibat guru sekadar SPM 3A maka PPSMI tidak dapat dilaksanakan. Kedua kerana kuota kaum tidak masuk akal Melayu & bumiputera sabah Sarawak sahaja pandai kaum lain tidak. Bumiputera dapat 3A masuk IPT, kaum lain 10A baru layak. Ke3 dasar kerajaan zalim BN yang tidak mahu mengikut konsep adil- meletakkan sesuatu pada tempatnya.

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

      Padam
    4. Yang ni aku setuju. Sebab tu Anwar perlu bertaubat. Degree Sastera Melayu, tapi berlagak pandai dalam ekonomi..

      Padam
    5. btul tu.mne la perginya pakar2 kita bila berlakunya situasi begini. zaman sekarang teknologi tu penting. perlukan pakar dalam membangunkan teknologi. bukan hanya org yang reti gunakan mesin dan teknologi dari negara luar.

      Padam
  13. Korang ni bangang ke ape?

    rujuk balek pandangan pakar la.
    http://www.wired.com/autopia/2014/03/mh370-electrical-fire/

    rujuk balek saksi yang buat laporan polis.
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140311/dn_44/Lapan-penduduk-dengar-bunyi-dentuman-buat-laporan-polis-di-Marang

    rujuk balek peristiwa yg pernah berlaku sebelum ni. (Air France hilang di Pasific)
    https://www.youtube.com/watch?v=8dBa5_yGs64

    Rujuk balek pakar satelite.
    https://www.facebook.com/photo.php?v=616009225134806

    tahu la korang semua ada PHD boleh cipta teori sndiri.
    Semua slh iluminati, US, anwar imbrahim..dll
    klu kluarga korg ade skali rasa tak keluar teori2 bodo ni.
    Usaha dh ada. Tawakal la. Serah kan segala pada Allah. Insha Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku baru jenguk post ni.belum komen pun kat atas. aku baca semua komen2..ada yg menarik,ada yg mengarut. And then...bawah skali "korang ni bangang ke ape?"..aku pun trus "who the fuck this guy think he is?". That is not how you should start your comment dude. Suddenly come and wipe others ass. org kat atas ada pendapat dan ulasan mereka sendiri. and you just paste a links. how is that suppose to make you more clever than them?

      Padam
    2. tanpa nama diatas ni bangang ke apa. berani letak nama sendiri la takde nama ke. macam pundek je perangai.

      Padam
    3. butthert lewtew..keh keh keh..

      Padam

    4. Haha..cakap org bangang, kena cucuk sikit dah melenting.haha.keyboard warrior.

      Padam
  14. tanpa nama diatas ni
    bangang ke apa. berani
    letak nama sendiri la takde
    nama ke. macam pundek je
    perangai.

    fauzi juan

    BalasPadam
  15. Aku rasa tak da konspirasi apa2 pun..cuma stakat ni aku blh percaya 2 kemungkinan
    1. Kemalangan..
    2. Kerja gologan elite agar kita menerima pertolongan mereka dan kita terhutang budi dn sanggup or terpaksa buat apa2 yg dipinta dorg

    BalasPadam
  16. http://www.youtube.com/watch?v=Aow2ErSP3dQ

    BalasPadam
  17. Apa kata kita pakat ramai2 sebut : Wallahu’alam bissawab (dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya).

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.