Khamis, 19 Mei 2016

9 Ponteng sekolah kerana tak bawa hadiah Hari Guru

Ketika menjadi pengetua dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dengan aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yang disebut.Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh. Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.

Gambar hiasan. Sumber gambar.

Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.". Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar, "Cikgu,saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga. Emak telah meninggal. "Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung, "Cikgu, saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka? Ini telah berlaku tahun lalu. "Air matanya yang deras dikesat dengan kain tudung yang separuh lusuh. Saya pula yang turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk. Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dengan memberi hadiah kepada guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yang baik. Tetapi banyak ibubapa yang miskin, yang kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah, tak mau ke sekolah tanpa hadiah. Yang berada minta hadiah lebih baik untuk mengatasi rakan. Anak yang telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak, tetapi memilih jalan lain untuk mengelak, memendam rasa, tetapi siapa yang peduli.

Maka adalah baik jika hadiah kepada guru tidaklah diberi penekanan, high light, kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru, dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dalam kelas yang menyebabkan pelajar lain terasa,maksudnya hadiah pada guru biarlah diserah sendiri di bilik guru. Bagi sekolah yang di luar bandar yang ibubapa berpendapatan rendah, lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian. Hakikatnya, pelajar yang baik bukan memberi hadiah kepada gurunya, tetapi memberi khidmat kepada gurunya, bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dengan penzahirkan rasa syukur kepada Allah, bukan di zahir dengan berseronok suka. Mungkin sukan, sukaneka itu baik untuk menjalin hubungan, tetapi saya tak nampak di mana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas, murid menyanyi, menari, bergencok. Mungkin sketsa yang mendidik, majlis tahlil, bacaan Yasin, solat hajat dan sujud syukur, kenduri satu sekolah, explorace yang bersifat pelajaran dan sebagainya lebih sesuai .

Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan, ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yang mendidik, ibubapa kena bersyukur kerana ada yang mengambil tanggungjawab mendidik. Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kepada penzahiran rasa syukur kepada Allah. Kepada ibubapa, minta anak menghadiahkan hari guru dengan janji untuk menjadi pelajar yang baik, yang taat, gigih yang berdisiplin, itu lebih besar maknanya kepada seorang guru dari sekotak hadiah.

Dari kisah yang saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut sahaja,dari situasi dan pandangan kita sahaja, tetapi berfikirlah dari berbagai sudut, dari berbagai situasi. Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain. Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain, sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan orang lain, kelak diakhirat Allah gembira kan kita.Wallahu a'lam.

* Ditulis oleh seorang bekas guru dan pengetua sekolah iaitu Tuan Abd Ghani Haron. Kini beliau aktif dalam aktiviti kebajikan. Beliau juga ada menerbitkan buku yang mengandungi berbagai coretan hidup beliau iaitu buku "Bicara Mata Hati" yang telah terbit dalam 3 jilid. Untuk membeli Whatsapp atau SMS no. berikut - 012-4120846.


* * * * * * * * * *

Tentang isu aku pernah kongsikan dulu luahan seorang cikgu yang lebih kurang sama dengan artikel di atas di sini - "Menghargai guru tidak perlu hadiah yang mahal" dan aku setuju dengan pandangan beliau dan juga artikel di atas, termasuk pada bahagian sambutan Hari Guru.

Bukan tak boleh bagi hadiah, tapi ibu bapa perlu pastikan hadiah yang diberi tidak mahal, dan cikgu juga usah meminta-minta hadiah dari murid. Ada murid yang bagi hadiah yang begitu mahal kepada gurunya seperti kalung emas, dan ada juga guru yang meminta muridnya memberi hadiah kepadanya.

Kepada guru janganlah meminta-minta hadiah dari anak murid. Jangan jadikan budaya pemberian hadiah oleh murid kepada guru pada Hari Guru suatu kewajipan. Ibu bapa pula galakkan anak-anak memberi hadiah hasil tangan sendiri seperti kad ucapan, kraftangan, cenderamata dan kuih muih.

Bukannya anda tidak menghargai guru anak anda jika tidak memberikan mereka hadiah yang mahal, dan bukannya anda tidak mampu untuk membelikan mereka hadiah yang mahal juga, sebaliknya berempatilah kepada murid-murid lain yang dari keluarga kurang bernasib baik.

Dan tahukah anda di Korea Selatan, kebanyakan sekolah ditutup pada Hari Guru kerana ramai ibu bapa memberi hadiah yang mahal kepada guru anaknya sehingga amalam tersebut dianggap sebagai suatu bentuk rasuah?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: budak pelajar murid kisah ponteng sekolah kerana tak bawa hadiah untuk sempena hari guru cikgu

9 ulasan:

  1. huh.. sedihnya.. Hurmm dah macam membebankan kpd pelajar2 yang tidak berkemampuan yek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di mesia, Islam hanya dibuat lapik punggung ja. Iklankan diri dan pelaris produk.

      Bukan utk diamalkan pun. Sbb tu segalanya jadi mcm celaka dan haramjadah belaka.

      Padam
  2. Hadiah sebenar kpd guru adalah berjaya dalam pelajaran n hidup..tu je. Maybe agak normal sbgi wanita suka hadiah tp sbnrnya keikhlasan itu lg penting. Kalau sy jd cikgu, sy mintak cium kat pipi je utk cikgu wanita dgn pelajar ppuan...kalau laki, hmmmm

    Salam perkenalan kat cik lea azleeya ye...

    BalasPadam
  3. sejak bila hadiah ari guru dah jadi wajib ye. senmua budak kena bg hadiah ke? zaman aku sekolah dulu sejak tadika sampai form6 xpenah aku bg hadiah dkt cikgu. steady je. xda plak nak malu. biasa je. jadah bodoh apa org miskin keja buruh nk kna bg hadiah dkt org dh ada gaji beribu. cikgu2
    yg melebih2 nk hadiah. btw, ohh chegu suraya akoo chentaaa pada mu.. proo0tT !

    -denoutantei aka sirosli-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm..bagus En. ProOot. Akhirnya komen ko ada juga yg boleh dimanfaatkan wlwpun x berapa bagus

      Padam
    2. proOtT d muka redping lega baq ungx.

      -zy la loqq-

      Padam
  4. DARI SEKOLAH RENDAH SMPAI KE MENENGAH, AKU TAK PERNAH BAGI HADIAH SEMPENA HARI GURU SEBAB AKU SEDAR FAMILY AKU BUKAN ORANG SENANG.. DAN ALHAMDULILLAH, CIKGU-CIKGU AKU PUN TAK PERNAH MENTION NAK HADIAH SEMPENA HARI GURU..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.