Khamis, 30 Jun 2016

13 Perompak digital rembat duit atas usaha orang lain

Cetak rompak.

Baru-baru ini viral di media sosial FB ada orang menjual USB Pen Drive yang mengandungi pelbagai kandungan video animasi tempatan seperti Didi & Friends, Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu, Boboboi dan juga luar seperti Pingu, Ultraman, Tom & Jerry dan sebagainya lalu menamakan produk mereka Smart Pendrive. Smart? Really?

Dan untuk menghalalkan produk mereka, mereka turut memasukkan video zikir dan doa agar nampak lebih Islamik. Harga pula? Kena Whatsapp dulu baru tahu harga.


Sebenarnya isu cetak rompak ini dari zaman tok nenek pun dah wujud, yang beza cuma medium. Dulu orang cetak rompak video atau audio guna tape VHS dan kaset, kemudian CD dan DVD, lepas tu pindah fail pakai external storage atau download terus dari Internet.

Sebelum ini aku pernah tulis tentang "Pencipta Kandungan VS Lintah Maya: Suatu kesedaran" yang fokus kepada kecurian karya seperti komik dan penulisan di media sosial, namun cetak rompak digital ini sebenarnya lagi parah.

Baca luahan hati dari Director Digital Durian yang mencipta video animasi Didi & Friends iaitu Sinan Ismail terhadap isu ini:
CETAK ROMPAK - HALAL ATAU HARAM - BAGUS ATAU TIDAK

Assalamualaikum, saya Sinan Ismail - Director Didi & Friends.

Alhamdulillah. Animasi Didi & Friends semakin popular dan semakin ramai kanak-kanak dan ibu bapa HAPPY menyanyi, menari dan belajar bersama Didi, Jojo, Nana dan kawan-kawan. Tiada yang lebih bermakna bagi kami apabila kami dapat feedback kanak-kanak HAPPY!

Terima kasih semua fans yang support kami.

Tapi…

Sejak kebelakangan ni, terdapat sangat banyak cetak rompak. Antara medium-mediumnya adalah:

- DVD, Baju Cetak Rompak & Lain-Lain Merchandise
Medium ini dah lama dah wujud. ‘Kepalanya’ memang lanun yang buat cetakan secara besar-besaran dan mengedarkan kepada peniaga-peniaga pasar malam, peniaga kedai, kedai dvd di seluruh negara.

- Cetak Rompak Pen Drive
Yang ni medium baru. Lanun akan kumpulkan video dalam Pen Drive dan jual seperti mereka tidak bersalah. Siap tajuk dia lebih kurang macam ni “KOLEKSI VIDEO PENDIDIKAN, LAGU KANAK-KANAK, LAGU ISLAMIK, MOVIE UNTUK HIBURAN DAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ANDA!” ….
Bagus! Siap ada Lagu Islamik. Tapi.. ambil hak orang dan menjualnya adalah rezeki yang HARAM.

- Cetak Rompak New Media/Social Media - FB - WhatsApp - etc
Cetak rompak jenis ni pula adalah cetak rompak secara ‘tak tahu pun benda ni salah’. Niatnya adalah baik - untuk share - seperti pepatah orang putih ‘sharing is caring’ :)
Hehe.. Siap si tukang post viral tersebut happy dia ‘famous’ dan siap dapat berpuluh-puluh ribu ‘Share’.

Tapi… bila anda share online di FB, kami si pembuat video/animasi tidak dapat apa-apa income. Adakah income itu penting untuk kami?

Baca sepenuhnya post ini di FB Didi & Friends ini.



Sejujurnya, dulu masa aku muda masih belajar pun, aku pernah beli CD software cetak rompak, download lagu MP3 dan filem, tapi aku tak pernah sekali-kali jual pada orang lain. Cuma bila aku dah kerja, sudah mula tulis blog dan buat komik, baru aku faham perasaan orang yang berkerja dalam industri seni kreatif ini, so aku dah berhenti beli dan download secara haram terutama karya-karya ciptaan anak tempatan.

Dalam industri seni kreatif, mereka tidak menjual produk fizikal tetapi karya seni dalam bentuk audio, visual, video, penulisan dan lain-lain di pelbagai medium seperti wayang gambar, buku, radio, perkhidmatan streaming, internet dan sebagainya.

Masalah kebanyakan orang Malaysia ini mereka cheapskate. Mereka suka suatu karya itu tapi tak suka keluarkan duit untuk memperolehinya. Mereka tidak tahu nak menghargai suatu karya. Mereka mengaku mereka suka dan menjadi peminat kepada karya tersebut tapi kedekut untuk beli untuk menyokong dan menghargai pencipta karya.

Aku faham perasaan itu sebab aku juga pernah menjadi cheapskate suatu ketika dulu. Tapi tahu apa yang lebih teruk dari seorang cheapskate?

Itulah dia lanun cetak rompak atau perompak digital.

Seorang cheapskate ni dia cuma download secara percuma untuk kegunaan sendiri. Perompak digital ini pula dialah yang donwload semua audio dan video dari Internet atau buat salinan dari CD/DVD lain lalu menjualnya kepada orang lain. Sudahlah download secara haram, dapat duit dan keuntungan atas angin pula atas usaha keras orang lain. Tak ke bangsat namanya?

So kepada anda di luar sana, kalau anda seorang peminat dan juga manusia yang punya hati dan perasaan yang tahu menghargai manusia yang lain, maka belilah karya mereka yang asli dari pengeluar asal. Kalau nak tengok video secara percuma juga, tengok di Youtube dari channel asal mereka kerana mereka boleh dapat pendapatan dari tontonan anda di Youtube.

Tapi kalau anda beli juga dari lanun, percayalah anda pun sama bodoh macam mereka.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: lanun perompak cetak rompak cheapskate didi and friends animasi tempatan smart pen drive jual beli haram

13 ulasan:

  1. Inilah golongan yg suka ambil jln senang nk kaut untung..

    BalasPadam
  2. didi & friend aku downlod dkt utube bg tgk dkt anak. nk tunggu astro xtau bila time siaran didi. utube yg bersalah dlm hal ni. kalu xda utube mesti org xdpt dunlod hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. utube tak salah sbb tgk kat utube kalau channel didi n friend bagus sebab bagi pendapatan kat diorang melalui views dan iklan, bukan tgk kt channel org lain..

      Padam
  3. kesedaran malaysian pasal benda ni pun dari dulu sampai sekarang masih sama huhu..
    aku pernah dgr pengguna twitter saman pengguna lain yg guna tweet dia pasai dia kata tu copyright dia, menjejaskan pendapatan dia sebab dia kata dia artisan yg buat duit dengan penulisan - walaupun dalam tweeetan..

    BalasPadam
  4. aku baru google apa benda didi n frens tu. Animasi kanak-kanak rupanya. Wtf didi n frens tu sendiri plagiat harta intelek Lullabies song dari little baby bam ban n simple learning song. Tukar lagu old mc donald jadi pak atan. Buang pig and dog dalam lirik. Pastu quality animasi teruk gila. Statik n left behind 20 years ker apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. quality animasi teruk gila? kah kah3. anak aku yg umur setahun pun minat didi. ko nak suh dia tgk animasi 3d yg mcm dlm games tu ker. keh3. nama nya pun utk budak2.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. 1. Kualiti animasi, compare apple to apple. Aku compare antara LBB n Super Learning Song yang mengeluarkan lagu asal 'there was a farm' dan didi n fren yang menciplak dan tukar kepada pak atan.

      2. Apa anak kau nak tonton not my busines.

      Padam
    4. 1. kualiti animasi ke ciplak ke budak2 tetap minat didi.

      2.ko nak compare dgn apa pun is not my bisness.

      Padam
    5. Nub, seperti komen diatas katanya Didi & Friends cedok rentak lagu simple learning song lepastu tukar lirik ke bm. Jadi adakah Didi & Friends juga menciplak?

      Padam
    6. Nub, seperti komen diatas katanya Didi & Friends cedok rentak lagu simple learning song lepastu tukar lirik ke bm. Jadi adakah Didi & Friends juga menciplak?

      Padam
    7. Lagu kanak-kanak atau nursery rhymes yang berabad lama sudah menjadi public domain yang sudah tidak terikat lagi dengan copyright. Contohnya lagu Twinkle twinkle little star ni, ia sudah menjadi public domain so siapa-siapa boleh menyanyikan semula, menterjemah dan jual nyanyian/lakonan sendiri.

      Padam
  5. Cetak rompak, lanun hakcipta, plagiat hakmilik, terutama dalam bidang media kreatif (muzik, animasi, kartun, komik, filem, drama dll.) memang tak pernah berkesudahan. Guna la kaedah mana sekalipun, ada saja ruang & peluang untuk diekspolitasi.

    Pada pendapat peribadi kawe, kalau pengkarya asal tak nampak jalan, lambat nak usahakan perkara lain daripada IP (Intelligent Properties) diorang, orang lain kan buat dulu.

    Baik Upin-Ipin, BoboiBoy, Didi & Friends lambat dalam menghasilkan barangan (merchandise) diorang. Kat pasar malam dah bersepah t-shirt, beg sekolah, alat tulis yg guna watak & jenama diorang, yg official tetap tak keluar jugak. Tambah pulak dengan sikap rakyat Malaysia yang memang suka "murah & mudah", memang tak dapat dinafikan, ada produk ori pun, clone, underwater, underground, ciplak jugak jadi pilihan.

    Pasal perkongsian media di internet, takleh nak buat apa. Teknologi sentiasa berkembang maju. Buat la halangan camne pun, takleh download, takleh view jika bukan ahli, tetap ada yg akan hack jugak nanti. Makin ditegah, disekat, dilarang, makin dibuat, diikhitar supaya dapat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.