Jumaat, 7 Mac 2014

40 Apabila melakukan perkara baik menjadi janggal

Negara kita adalah sebuah negara di mana melakukan perkara yang baik dan sesuatu yang betul itu adalah suatu yang janggal kerana tidak ramai yang melakukannya, manakala sikap dan kelakuan buruk itu adalah suatu kebiasaan dan dianggap normal hanya kerana ramai yang melakukannya sehingga ia tidak lagi kelihatan seperti suatu yang buruk atau kurang baik.


1. Kau pergi ke stesen LRT sambil menunggu LRT untuk sampai. Kau tidak nampak seorang pun yang beratur. Kau ingin menjadi baik dengan cuba membuat barisan dan beratur, tapi tidak seorang pun mengendahkan kau. Bila LRT tiba, semua orang yang menunggu tadi berpusu2 berebut masuk walaupun orang kat dalam tadi pun tak keluar lagi. Kau cuba lagi mahu beratur walau sudah terasa janggal. LRT sudah semakin penuh.

Dalam hati kau, "Orang lain berebut masuk tapi aku je poyo beratur. Kalau aku beratur gak mau aku tak dapat masuk LRT nih. Bodoh betul la aku pergi beratur, orang lain tak beratur tak jadi masalah pun". Dan kau pun meluru ke depan dan berebut2 untuk masuk ke dalam LRT juga, tanpa tersedar kau tertolak seorang orang tua jatuh dan koc yang kau masuk adalah koc wanita.



2. Kau pergi ke KFC, pesan set Snack Plate Hot & Spicy. Lepas bayar kau bawa tray makanan kau pergi meja. Masa tengah makan2 kau ternampak 2 amoi tengah makan kat meja depan kau. Sambil mata kau menjeling salah sorang amoi yang agak cantik dan seksi, dalam hati kau terfikir "Wah ini amoi manyak baek woo. Dapat buat bini pun syok juga." Beberapa minit seketika, setelah mereka selesai makan, mereka angkat tray diorang, buang sisa makanan kat bakul sampah dan letak tray kat tempat yang disediakan.

"Alamak poyo lah pulak diorang nih hantar tray. Tinggal je lah tray tu kat atas meja bukan ada orang marah. Orang lain pun relaks je tinggal tray atas meja, nanti makcik cleaner tu kutip la balik," seraya hati kau berbisik tanpa kau tahu yang di negara2 maju lain sudah menjadi budaya pelanggan restoran fast food akan buang sisa makanan dan hantar tray mereka sendiri di tempat yang disediakan selepas makan.



3. Kau pertama kali menjejakkan kaki di bandar itu. Di situ ramai orang terus melintas jalan walaupun ada jejantas tak sampai 100 meter dari situ. Walaupun kau tahu melintas jalan di situ adalah salah dan tahu semua pejalan kaki seharusnya menggunakan jejantas untuk melintas, namun kau tak nampak seorang pun yang menggunakan jejantas itu.

Lantas otak kau terus membuat pengiraan matematik, "Kalau aku pakai jejantas, kena jalan 100 meter, nak naik tu tambah 20 meter lagi, lintas jalan 50 meter, turun 20 meter, jalan semula 100 meter, semuanya mengambil masa 10 minit. Kalau aku lintas sahaja baru 50 meter, tak sampai 2 minit pun. Ah membazir masa dan tenaga sahaja, lagipun semua orang pun tak pakai jejantas, buat apa aku nak susah2kan diri?" Dan kau pun terus melintas jalan bersama2 dengan warga Bangla dan Myanmar di sebelah kau.



4. Kau baru sahaja sebulan bekerja sebagai pegawai kerajaan di sebuah agensi kerajaan setelah bekerja di sektor swasta selama 3 tahun. Dalam sebuah mesyuarat yang dihadiri pegawai2 yang lebih senior serta berpangkat yang lebih tinggi, ketua bahagian kau bertanya siapa yang dah biasa dengan MS Powerpoint. Kau sedar kau memang seorang yang pakar dalam Powerpoint dan kau cuba untuk mengangkat tangan, namun bila kau lihat tiada seorang pegawai lain yang mengangkat tangan, kau terus membatalkan niat kau.

Dalam hati kau berkata, "Biar betul takkan diorang tak tahu Powerpoint? Aku rasa mungkin diorang tahu tapi diorang malas nak tambah kerja, so baik aku pun diam saja. Lagipun aku budak baru, kalau aku angkat tangan nampak poyo pulak".



5. Kau sedang berjalan2 bersama 5 orang teman sambil borak2 menuju ke kedai mamak. Sedang kau berjalan, kau ternampak ada tin minuman Coca Cola kosong di laluan kau. Dalam hati kau terdetik untuk mengutip tin tersebut dan buang ke dalam tong sampah. Bila sudah berdekatan, tiba2 seorang rakan kau menyepak tin tersebut sambil menjerit, "Gooool, itu dia rembatan dari Neymar Malaysia." Lantas rakan2 kau yang lain gelak ketawa.

Tiba2 terdetik dalam hati kau, "Kalau aku angkat tin ni mesti diorang cakap aku poyo. Diorang nampak siap sepak2 lagi, aku pulak beria nak buang. Ah lantaklah, bukan masalah aku pun, nanti adalah orang kutip." Dan kau pun turut bergelak ketawa.



6. Kau baru pulang dari kerja, selepas mengambil anak dari nursery, kau terus memandu pulang, tapi malangnya kereta kau terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Kau cuba berbuat baik dengan beratur di jalan  yang betul, tapi tiba2 kereta belakang kau potong ke kiri masuk lorong kecemasan dan terus ke depan. Dalam hati kau, "Ah sial lah potong line!".

Lama-kelamaan semakin banyak kenderaan di laluan kecemasan memotong line. Kau pun tidak tahan lagi dan terus memaki hamun, "Cilakelah woii! Penat sial aku tunggu korang senang2 je potong!" sambil memusing stereng ke kiri dan masuk ke laluan kecemasan, tanpa kau sedar anak kau yang berusia 4 tahun yang sedang duduk di kerusi belakang sedang meniru percakapan kau.



Kemajuan suatu negara bukan diukur daripada teknologi dan pembangunan yang dihasilkan, tapi adalah kerana sikap, etika dan mentaliti rakyatnya. Hakikatnya, selagi kita tidak boleh mengubah budaya berbuat baik menjadi janggal dan tidak berbuat baik itu tidak mengapa kerana ramai orang yang sama2 tidak berbuat baik, tidak ubah sikap dan mentaliti "just go with the flow" walaupun tahu yang "the flow" tu buruk, maka selagi itulah negara Malaysia tidak akan mencapai negara maju dan terus kekal sebagai negara membangun.


Janganlah merasakan diri ini poyo bila nak buat benda yang baik dan betul walaupun orang lain tak buat. Dan juga bila kita nampak orang lain buat benda yang baik dan betul, janganlah pula merasakan diri mereka poyo, sebaliknya malulah dengan diri sendiri kerana kita tidak menjadi sepoyo mereka.

Apa itu poyo? Rujuk "Asal usul perkataan POYO".




tags: melakukan perkara sesuatu sikap sifat baik betul janggal luar biasa kelakuan buruk tidak baik normal kebiasaan poyo gila banyak yang salah jalan tapi merasa tenang kerana banyak teman yang sama2 salah beranilah untuk menjadi benar walau sendirian

40 ulasan:

  1. First!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara baik menjadi janggal berlaku kerana salah UMNO-BN

      Padam
    2. post yg poyoooooooooooooooooooooooooooo!mon

      Padam
    3. so sekang anuar kena penjara, jadi leps ni anuar xde la komen kat blog ni dah :( huhuhu

      Padam
  2. Begitulah orang kita, kemudahan dan cara yang lebih baik dah ada tapi tidak dimanfaatkan...

    BalasPadam
  3. situasi kau ajak kawan kau solat dekat mall, ngam2 waktu masuk. siap nak ajak jemaah. tapi hasrat dibatalkan, kerana takut digelar alim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus ape orang kata kita alim. tu doa tu. abih takkan nak digelar syaitoooooon kot. tu lg bahaya tu.

      Padam
  4. Ralat: "Kau pergi ke McDonald's, pesan set Snack Plate Hot & Spicy. "

    KFC tu, bukan McD..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq, sudah dibetulkan. Dalam otak dah fikir KFC tapi tangan tak mengikut arahan tertulis McDonald's.

      Padam
    2. Bodoh gila noob. LRT mana ada koc wanita. yg ada koc wanita tu KTM komuter. jgn nak pusing kata samalah 2 benda tu.

      Padam
    3. Itu cuma contoh. Aku boleh betulkan balik kalau kau nak. Dan aku memang bodoh gila tak sepandai kau.

      Padam
    4. sabar Noob, nama kau tak mencerminkan penulisankan kau :D

      Padam
  5. Sebenarnya.. kalau nak permandu berakhlak kena start ngan pemandu teksi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemandu teksi paling sial skali..kluar simpang xpenah bagi signal..

      Padam
    2. kenapa perlu nak tunggu org lain yg mulakan..?? kenapa tak nak mulakan dgn diri sendiri..?? kenapa perlu pikir "Ah.. pemandu teksi lagi teruk.. aku ni kira ok lagi"..?? kenapa perlu membandingkan dengan org lain..?? tak bole ke kita mulakan dgn diri kita... utk kebaikan diri kita jugak...

      Padam
    3. aku baca komen kat atas,aku cuma nmpak knapa?knpa?knpa?knapa?knpa?smbil membayangkan dia menjerit kat puncak gunung

      Padam
    4. kenapa.??. ada masalah ke..??

      Padam
  6. Sebenarnya kalau nak maju dan berakhlak, bukan kena start dengan orang lain dulu..tapi diri sendiri :-)

    BalasPadam
  7. Bang..inilah budaya yg kita ada.. nak kata tak sedar, sumer tahu bende tu baik..tapi akan diketawakan orang sekeliling.. malah jika nabi sekalipun, gua ingat dialah amat2 sabar melakukan bende2 poyo.. itupun org yg dikasihi Allah mmg gemar melakukan bende2 poyo ini..

    Akan tetapi..akan tetapi.. kami bukanlah nabi..jauh lagi menjadi rasul.. sbb itulah masyarakat kita tak mampu berbuat demikian..tapi kalo cakap hal islam.. nabi2 pun boleh meraung2 menangis dan menggelupor..

    Utk setakat hari ini.. masih belum ada lagi manusia di Malaysia ini benar2 kita boleh respek 100%.. even ibu bapa kita sendiripun masih hodup dlm suasana jahiliyah, kita boleh respek pun sekitar 70% paling tinggi dah tu..

    Kalo takat jiran2..5% ada la....itupun kalo ada anak2 bini yg cun.. jika tidak..lu boleh pegi mampos daaa..kalo kengkawan..1% pun dah kira amat2 bersyukur..kahkahkah..

    Inilah trend yg kita ada..jangan bermimpilah nak berubah..

    BalasPadam
  8. tu la, tgk ofis mate bukan islam, nak cakap kepercayaan mereka salah, tapi bila cakap eden sorang je buat, kang dikatakan belagak alim konon.............. argghhh..

    BalasPadam
  9. LIKE --> Kemajuan suatu negara bukan diukur daripada teknologi dan pembangunan yang dihasilkan, tapi adalah kerana sikap, etika dan mentaliti rakyatnya.

    POYO --> perkataan yg rakyat malaysia x suka dgr, walau sebaik mana tindakan 2. Maybe sbb xleh tgk org buat lg baik dr kebanyakan org lain buat.

    Tp apa sy nmpk, org2 yg berjaya ialah org yg mempunyai sikap yg berlainan dr kebanyakan org lain. Mmg nmpk poyo pd asal, tp end of the day, mereka jugak yg berjaya. SO, BE YOURSELF.

    BalasPadam
  10. Kalau mentaliti rakyat Malaysia masih tidak berubah,bagaimana Malaysia nak menjadi sebuah negara maju.

    BalasPadam
  11. 1) Masuk keje gomen (sebelum tu keje swasta), bila nak siapkan tugas cepat2, orang akan kata "rilek la,jgn kelam kabut..man-man (slow2)..org sini tak suka kalau kau terlebih rajin".

    2) Gaji dah masuk.pergi ATM nak keluarkan duit. kat luar bank ada makcik jual kopok. pergi kat makcik tu,bagi RM 50 dengan niat sedekah. Member cakap "kau kat depan bank ni la nak tunjuk dermawan kau tu..poyo la..bajet gaji bnyak..kalau banyak sangat..blnje la member".

    3) Nampak makcik cleaner kat Office angkat kotak berat. Tolong makcik tu angkat. Sampai sekarang org Office ckap "kau tolong la aku kemas barang aku jap..kau kan cleaner".

    4) Nampak staff Office yang pregnant tak larat tolak pintu..pergi tolong bukakan pintu kat dia. Smpai sekarang staf Office ckp ada skandal dengan staf yang pregnant tu dan cuba tackle bini org.

    5) Pergi air terjun kat empangan klang gate. Bersihkan kawasan tu,kutip sampah letak dalam guni. Orang kampung cakap " ha,kutip sampai bersih..orang mcm korang jugak yang kotorkan tempat ni".

    6) Sehari selepas atuk meninggal..pergi masjid solat saf paling depan..air mata mengalir..rindu kat atuk dan doa moga dia selamat di sana. staf pejabat cakap " korang tau tak?de mamat tu nak jadi imam la pulak..baca alfatihah pun tak betul"

    7) Nampak de makcik tua jalan kaki kat tepi highway..tumpangkan dia sampai ke pekan yang dia nak pergi.lambat jumpa member.bile citer kat member..diorang ckp "ko ni bodoh la,ko tak fikir ke mungkin mkcik tu perompak ke,ada sihir ke,kena kat ko baru ko tahu".

    Bnyak lagi yang buat aku makin lost faith in humanity zaman sekarang. tiap kali kita cuba buat perkara baik,de je org akan condem kita..salah sangka niat kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sapa suruh dengar cakap orang.
      dapat pahala or dosa , bukannya malaikat catat berdasarkan cakap orang

      Padam
    2. Ok kak. saya tak dengar pun ckp buruk orang.

      Padam
    3. waaa, ni boleh buat iklan2 pendek kemanusiaan ni, masuk tv al-hijrah... ^^

      Padam
    4. Kat rumah gua, ada 4 lori pahala.. lo kebulur sangat..kasi alamat, gua boley kasi free..hantar guna poslaju bley..

      Padam
  12. nak start berubah perlulah dari tanpa nama yg suka ckp orang loser.... pergi mammmmmmmmam ssyedapppppppppppp

    BalasPadam
  13. Seorang polis parah manakala seorang maut diserang sekumpulan warga asing menggunakan pisau dan parang. Mangsa meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak!

    Adakah negara kita kekurangan sumber manusia hingga perlu kepada pati? Di kawasan pembinaan pati, di pudu pati di klia pati di pasaraya pati, di ipt ada pati di mana-mana pati. Orang bina kilang untuk rakyat ini bina untuk pati.

    adakah anda redha dgn keadaan ini? Selagi tak kena batang hidung sendiri kita buat-buat tak nampak asal dapat hidup senang pedulilah dengan kestabilan sosial.

    Kembalikan degree berasaskan kepandaian, 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan ambil alih kerja PATI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hidup presiden KEDEPAN!

      Padam
    2. Haha..nanti ada org cakap, nabi dan rasul x ada degree mahupun sijil atau diploma.. ulamak2 ahli sunnah pun x cerdik sbb xdak degree diploma..genna ni bang.. biol gua pikiaq ni..camana pulak kalo kompeni tu bapak dia punyer..lu mmg layak jadi ceo..tetiba anak dia yg maha bebal dipilih keluarga dia yg biol jadi ceo.. degree diploma boleh dibeli..timbang kilo dah skrg..

      Padam
    3. Alasan org malas... abis nabi dan rasul xde gaji knp ko mkn gaji.. naik kereta.. naik la unta.. uli la roti sendiri malas! Sykt bapa dia lantakbapak dia la.. ni org kira sykt rakyat... sykt kerajaan.. yg jdi mcm sykt bapa dia.. bawa anak beranak adk bdik kerja.. pemalas!

      Padam
    4. 2 orang anon bodoh ngan komennya merapu

      Padam
    5. Datang lagi sekor anon poyo bodoh..nak join merapu juga..

      Padam
  14. cerita pasal ni... ak teringat kisah ustaz azhar cerita bila dia start mula2 buat ceramah...perjalanan dia, pengajaran dari cerita dia istiqamah lah berbuat sesuatu benda baik kerana Allah.. jaga2 ngan ayat2 syaitan...tgk la arini boleh nmpk rezeki dia fuhh...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.