Isnin, 31 Mac 2014

21 Apabila pendatang asing menjadi warga Malaysia

Topik ini dibuat sempena tamatnya Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedia ada seperti PRK DUN Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak. Ramai yang bising dan kecoh bila terdapat “Bangla”, “Indon”, “Nepal”, “Pakistan” dan lain-lain warganegara membuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU). Secara tak langsung terus ramai COP nih pengundi hantu dibawa KHAS oleh KERAJAAN MALAYSIA khususnya BN. Inilah mentaliti kebanyakkan orang yang taksub dengan politik. Jangan pulak COP aku RASIS pulak yer. Benda ini dah lama aku sedar dari zaman tamat sekolah lagi. Awal tahun 90an bermula masalah ini. Ramai masih tak sedar masalah yang akan timbul setelah 18 dan 21 tahun kelak. Baru kini langkah-langkah untuk mengawal dilakukan oleh pihak berkuasa.


Benda yang aku sedar ini adalah kerakyatan di kalangan PENDATANG seperti Indon, Bangla, Nepal, Vietnam, China, India dan banyak lagi. Mereka datang ke sini membawa isteri yang kelak bersalin anak di tanah bumi Malaysia sekali gus anak mereka adalah rakyat Malaysia yang berhak menerima segala hak sebagai MALAYSIAN. Apa saja Melayu, Cina, India dan Bumiputra disini terima, mereka juga layak terima. Cina dan India yang ada disini tak perlu dipertikaikan kerana mereka adalah anak jati Malaysia. Yang perlu dipertikaikan adalah yang datang dari luar dan menjadi MALAYSIAN selepas merdeka.


Kepada yang Ibu atau bapa mereka warga luar tetapi berkahwin dengan warga tempatan, TIADA masalah dengan anda sebab anda sememangnya MALAYSIAN. Yang mak bapak orang luar tetapi anak MALAYSIAN semata-mata kerana dilahirkan disini memang patut terasa. Sebelum 1 Julai 2011, siapa saja yang dilahirkan di MALAYSIA akan diberi surat beranak berwarna hijau. So kalau mak bapak Bangla lahirkan anak disini, maka anaknya adalah MALAYSIAN sama status dengan original MALAYSIAN. Apajua kita dapat anaknya akan dapat. Contoh pinjaman buku teks, yuran sekolah rendah, perubatan, pendidikan tinggi awam dan lain2 hak sebagai rakyat Malaysia. Bila dah dewasa dapat peluang kerja sebagai penjawat awam selain Polis dan Tentera, terima BRIM, peluang mendapat PPRT dan jika berjaya menjadi penjawat awam maka mak bapak mereka layak menerima kelebihan perubatan penjawat awam. Dan paling penting adalah mereka boleh mengundi.


Sudah banyak masalah berlaku melibatkan situasi ini. Contohnya pernah ada kes dimana mak bapak Indon mendiami PPRT sebab anaknya MALAYSIAN dan layak mendiami disitu. Mak bapak Indon mengunakan nama anaknya yg MALAYSIAN tuk mendapatkan lesen berniaga, membuka syarikat dan memohon segala bantuan dari Kerajaan. Dan peluang untuk mak bapak mereka menjadi MALAYSIAN terbuka kerana mempunyai anak sebagai MALAYSIAN. Inikah yang kita perjuangkan selama ini? Berjuang tuk Rakyat dan sekaligus menyenangkan “pendatang sah” ini?


Kebanyakkan rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk menerima bangsa baru bahkan negara kita belum sesuai untuk wujudkan bangsa baru yang telah terwujud. Bangsa Indon Malaysian (bukan Jawa, Bugis atau sewaktu dengannya), Bangla Malaysian, Pakistan Malaysian, Nepal Malaysian, Myammar Malaysian dan banyak lagi. Cukup la kita mempunyai Melayu, Cina, India dan semua bangsa yang telah diistiharkan sebagai bangsa dalam Malaysia. Jangan terkejut jika PRU ke 14 dan 15 ramai Indon, Bangla n Nepal pergi buang undi. Kita belum sampai taraf seperti US yang mempunyai pelbagai bangsa yang bernaung sebagai AMERICAN. Kita masih mengunakan Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi dalam apa jua borang. Jika kita boleh gugurkan pengunaan tersebut dan hanya mengunakan MALAYSIAN, maka tiada masalah untuk kita menerima lain-lain bangsa.


Kerajaan dan pembangkang di negara kita boleh dikatakan tidak berfungsi secara menyeluruh dalam masalah ini. Setelah timbul masalah baru nampak tindakan dari semua pihak. Masing-masing hanya akan bertindak bila perkara sudah berlaku didepan mata. Pembangkang pula hanya memekak mengenai perkara yang memberi mereka kelebihan. Sepatutnya perkara ini dibangkitkan dari dulu lagi. Baru rakyat nampak Pembangkang berpontensi untuk memerintah. Tapi lebih suka memekak perkara tidak penting dan untuk kepentingan parti politik itu sendiri.


Manakala kerajaan pula tidak peka dengan masalah kecil yang boleh jadi besar jika terus dibiarkan. Hampir kritikal baru nak bertindak. Sudah berapa ramai anak-anak Malaysian hasil dari non-Malaysian parents baru nak sedar. Berapa banyak kerugian ditanggung untuk non-Malaysian parents. Tak semua non-Malaysian Parents nih bayar cukai, bahkan PATI pun ada. So kita dengan baik hati dengan membayar cukai untuk membantu non-Malaysian parents ini membesarkan anak mereka disini.


Jangan terkejut lepas ini kalau dengar “Saya Indon Malaysia, ada surat beranak sini lagi tau”.


* Nota: Artikel ini disumbangkan oleh seorang pembaca yang menggelarkan diri beliau Black Berry.




tags: kaum pendatang asing jadi rakyat malaysia pati warga indon indonesia bangla bangladesh vietnam nepal myanmar china india filipina sulu pakistan pengundi hantu hak mengundi keistimewaan warganegara keputusan prk pilihanraya kecil balingian sarawak bn barisan nasional menang

21 ulasan:

  1. Ini semua salah UMNO-BN! Menggunakan undi Bangla untuk kemenangan UMNO-BN adalah dosa yang amat besar sekali!

    BalasPadam
  2. hai...ermm.. Hai... Hurmm... Takpe la kbai.. Ermmm...

    BalasPadam
  3. Bagi aku tak salah upah pendatang asing. Diorang cari rezeki Halal kot. Walaupun sesetengah je yang buat hal tapi kebanyakan nye hanya ingin mencari sumber rezeki yang sah. Aku respek giler pakcik indon ni. Dulu praktikel dia slalu tunjuk ajar ak mne yang tak betul. Pkai baju slekeh je hari2 dtg site. Dia ni kira mandor(supervisor) utk pekerja lain. Tak sombong mudah berbual. Tapi bila 1 hari kwn dia cerita kat aku yang dia ni orang kaya kat indon. Rumah banglow siap swiming pool. Tekejut monkey aku. Biar btul. Sini kerja kontrak je kot. Mungkin betul kata noob. Masalah pendatang asing ni klu dibiarkan akan melarat. Tapi ak rasa bukan masalah pendatang asing. tapi masalah bangsa sndiri yang malas. bumi ni untuk semua. tidak bertuan. hanya berTuhan.

    BalasPadam
  4. Apa la lu kecoh kecoh black barry n prince of noob. Tok nenek kau org pun pendatang juga satu masa dulu. Yang tulen nya kat Malaysia ni org asal je. Itu pun masa zaman pra sejarah dia org merantau sampai sesat ke semenanjung tanah melayu ni.

    Dah negara kita mewah mestilah ramai pendatang tak kira yg halal ke haram. Cuba negara kita macam Indonesia siapala yg nak bersusah payah cari rezeki kat negara tu.

    Bersyukur ada pendatang ni so semua kerja buruh dia org boleh buat. Kau org sanggup ke berpanas , main kotor buat semua kerja dia org tu. SANGGUP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah yg diperjuangkan oleh KEDEPAN. Kerja berdasarkan kepada kepandaian dan kecerdikkan. Bukan semua org perlu ada degree.

      Padam
    2. Hahaha.bile org citer je pasal keturunan..ungkit zaman nenek moyang dulu pun bangsa lain jugak. Kalau nak cerita pasal nenek moyang punya hal..orang putih kat amerika tu semua pendatang..yg aslinya cuma red indian

      Padam
    3. bodoh kau ni. pergi balik sekolah semula baca buku sejarah malaysia. tu la, ckgu mengajar kau tido.

      Padam
    4. nak cerita pasal dulu, semua org asal dari nabi Adam. bumi ni dulu dinasor punya. orang asli pun dulu merantau dari benua mana dtg ke nusantara. org cerita masalah skrg, bkn pasal sejarah,

      xpe nnti kalau indon/bangla/negro pecah masuk rumah kau, tembak bini kau yg kerja kat pegawai bank, rogol anak ko yg tgh balik dr sekolah, jgn komplen apa2, bersyukur shj

      Padam
    5. dia xfaham apa yg berlaku pd zaman sebelum kita merdeka..

      Padam
    6. Kalau nak ikut asal usul dulu2, bumi ni jin yang duduk sebelum iblis & malaikat halau sebab nak bagi manusia duduk jadi khalifah.. maknanya, kena pulangkan balik kepada jin la kalau macam ni..

      Padam
    7. ko tanye diri ko dulu...sanggup x ko kerja buruh kt negara ni???cane ko nk bagi anak bini ko mkn kalau gaji cukup2 utk ko sorang mkn??? pikir kejap ape yg aku ckp(aku mls nk terangkn)
      .
      .
      .
      haaaa...dptkn???
      ok skarang kenapa dorang x kerja kt singapore ke.. kt austraila ke.. atau negara2 yg ade nilai mata wang yg lebih tinggi dari malaysia??? ok...(fikir lagi..)
      .
      .
      .
      haaaa... dptkn???

      pakai otak sikit...ini dah kait mengait ngan sejarah ni dah kenape korang ni?

      Padam
  5. terserlah ke assabiyahan...
    PR kan tak suka assabiyah....
    semua bangsa berhak untuk hidup

    BalasPadam
  6. Ketamakan towkey-towkey mahu untung berlipat kali ganda bawa masuk pendatang boleh bayar gaji murah. Habis daripada operator ke tukang cuci tandas pendatang asing.

    Kerakusan parti pemerintah mahu terus berkuasa memberi harapan palsu kepada budak tidak pandai sambung belajar, melacurkan degree dengan kursus mudah 5 tahun pada yang muda dan 14 minggu pada yang tua, merendahkan martabat degree.

    Akibatnya scorer teraniaya graduate tak ada kerja setaraf kerana direbut orang tak pandai berdegree. Masa depan Malaysia hilang motivasi kerana contoh di depan mata.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
  7. aku rasa amik pekerja kontrak xpe la ..utk support kebangkitan negara..tp knp mudah sgt diberi kerakyatan?? itu yg xadil..

    BalasPadam
  8. slagi ad ad ktamakan duit slagi ad tamak kuasa, dok cmtu la mslah ni..... yg rs kesannya rkyat biasa..

    BalasPadam
  9. sangat kecewa akan tetapi apakan daya ini ada disebabkan kemalasan rakyat tempatan membawa kepada kebanyakkan pekerjaan dalam sektor pembinaan, pertanian, etc diambil alih oleh warga asing.
    Baru terjadi kepada diri sendiri baru2 ini. Aku iklankan mencari pekerja part time dengan bayaran rm4/jam bekerja selama 4-5 jam sahaja sehari untuk kedai runcit mini (seluas 500kps - tersangat mini). kebanyakkan yang call janji nak datang, haram tak memunculkan diri, yang datang sorang dua janji akan mula kerja, esok terus tak nampak muka. last2 yang berminat nak buat part time, mat bangla dan pakistan.

    BalasPadam
  10. Dah xder "first" bangang tu erk? Noob.. pelanggan kau ramainyer asshole la.. boring tgk komen warrior2 yg asshole kat sini..

    Xder guna sangat KEDEPAN ni berjuang jika xder secebis kuasa politik. Takat jerit2 hujung kampung, xder sapa pedulik.. nak jayakan polisi si A berdegree ni, mcm kene ada kelulusan Parlimen, baru boleh buat. Kalo setakat ketua kampung nak luluskan, ngabih bogheh jo den sokong..

    BalasPadam
  11. Sah yg x sokong statement nih anak Indon x pun anak bangla... lol

    BalasPadam
  12. bodoh punya orang..kau ingat nak jadi warganegara tu senang ke?bodoh punya MALAYSIAN!x sedar diri...asal usul korang daripada mana?asli eh?

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.