Jumaat, 15 Julai 2016

7 Wanita suka lelaki pakai songkok daripada kopiah

97.7% Perempuan Malaysia Berpendapat Lelaki Pakai Songkok Lebih Kacak!

Bila musim Raya ni ramai la perempuan dok cuci mata tengok pakwe-pakwe songkoknista. Memang segak habis dan sejuk je mata memandang.

Macam-macam jenis fesyen penutup kepala sekarang ni, sampai perempuan tak tahu apa jenis fesyen dah. Yang diorang tahu topi je.

Tapi dari kaji selidik mendapati 97.7 peratus perempuan di Malaysia berpendapat lelaki yang memakai songkok kelihatan lebih kacak.

Gambar hiasan

#Songkok kelihatan lebih kemas

Perempuan berpendapat, songkok lebih kemas jika dibandingkan dengan penutup kepala lain seperti kopiah, tanjak, topi koboi, cap, snapback, snowcap dan lain-lain penutup kepala yang pelik.

#Songkok lebih senang untuk digayakan

Perempuan berpendapat, songkok lebih mudah dipakai dan digayakan lebih-lebih lagi apabila dikenakan dengan baju melayu lengkap berbanding penutup kepala yang lain.

#Mudah untuk dipakai dan tidak mengambil masa yang lama

Perempuan tak suka menunggu, jadi songkok merupakan kegemaran mereka sebab tak perlu ambil masa yang lama seperti tengkolok yang lama untuk dipakai serta kopiah yang lelaki sering lupa letak di mana.

Sumber asal artikel versi perempuan - 97.7% Lelaki Malaysia Berpendapat Wanita Pakai Tudung Bawal Lebih Cantik! 

* * * * * * * * * *

70% Perempuan Suka Songkok, Lelaki Pula Suka Kopiah

Kemajuan dunia fesyen yang pesat di negara kita membuatkan fesyen penutup kepala turut semakin "meriah" dengan kemunculan pelbagai jenis penutup kepala.

Jika sepuluh tahun kebelakang, tidak banyak gaya penutup kepala yang menjadi pilihan pemakai. Kini terdapat pelbagai jenama dan harga hingga mencecah ribuan Ringgit boleh didapati di pasaran.

Kajian menyatakan rata-rata golongan lelaki lebih gemar memilih kopiah kerana lebih mudah bila dipakai. Bagaimanapun golongan perempuan pula lebih gemar melihat pasangannya memakai songkok.

Kawan perempuan penulis sendiri pun lebih gemar melihat lelaki memakai songkok kerana ia kelihatan kacak dan sedap sahaja mata memandang.

Walaubagaimanapun, sudah pasti lah citarasa masing-masing berbeza-beza. Pakailah penutup kepala apa pun asalkan waktu solat ia dapat mengelakkan rambut daripada menutupi dahi ketika bersujud.

Anda pula bagaimana, suka songkok atau kopiah?

Sumber asal artikel versi perempuan - 70% Lelaki Suka Tudung Bawal, Perempuan Pula Suka Shawl.

* * * * * * * * * *

Songkok vs Kopiah: 'Kami menutup kepala bukan sebab nak tarik perhatian perempuan'

Apabila bercakap tentang pilihan penutup kepala, pasti ramai yang mengakui ia merupakan salah satu perkara yang subjektif. Pelbagai jenis penutup kepala yang ditawarkan di pasaran memberi banyak pilihan kepada muslim untuk mencari jenis yang sesuai dengan citarasa masing-masing.

Namun beberapa hari lalu, perang penutup kepala mula diperkatakan di laman sosial selepas satu portal hiburan dan gaya hidup, menerusi Twitter, memuat naik satu status yang menyatakan lelaki bersongkok lebih nampak kacak dan manis di mata kaum Hawa.

Status tersebut juga menyangkal keperluan lelaki yang mengenakan kopiah dengan pelbagai gaya, kerana pada akhirnya, lelaki yang memilih gaya ringkas lebih menarik pada pandangan wanita.

Netizen, terutama lelaki, nampaknya tidak senang dengan pendapat berkenaan. Kata mereka, pemakaian penutup kepala sama sekali bukan kerana inginkan perhatian atau pujian daripada perempuan.

Kebanyakannya menyatakan penutup kepala yang dikenakan, tidak kisah dalam bentuk apa sekali pun, adalah sekadar demi untuk mengelakkan rambut daripada menutupi dahi ketika bersujud dalam solat.

Penutup kepala, pada masa kini boleh didapati dalam pelbagai jenis, antaranya songkok, kopiah, serban, tanjak, topi, snapback, snowcap, sapu tangan (key) dan lain-lain lagi.

Sumber asal artikel versi perempuan - Bawal vs 'Shawl': 'Kami bertudung bukan sebab nak tarik perhatian lelaki'.

* * * * * * * * * *

1. Artikel di atas cuma parodi sahaja dari artikel asal. Jangan lepas ni ada siapa-siapa yang butthurt pulak.

2. Ada kajian mengatakan 97.7% atau 70% lelaki suka perempuan pakai tudung bawal. Ada kajian? Ada KAJIAN? Kajian mana tu? Siapa yang buat kajian? Universiti mana buat kajian? Berapa ramai lelaki yang terlibat dalam sampel kajian? Mana sumber kajian? Apa tujuan kajian yang tak bermakna ni pun? Lepas ni nak buat kajian apa pula, berapa peratus lelaki suka perempuan braces atau yang tak pakai braces? Setakat tulis macam tu aku pun boleh reka, ada kajian mengatakan 99% lelaki suka perempuan tak pakai perfume.

3. Come on lah korang ni bincang isu tudung bawal tudung shawl macam isu negara. Dah lah kajian tu pun tak boleh dipercayai, yang ramai butthurt lebih-lebih ni dah kenapa? Ye kitorang semua tahu korang semua pakai tudung apa pun bukan kerana nak tarik perhatian lelaki. Kitorang pun bukan teringin sangat nak tengok korang pakai tudung apa pun. Kau orang nak pakai tudung apa lantak koranglah. Kalau korang tak kisah dengan pandangan lelaki bagai maka tak perlu lah butthurt. Kau tu pun perasan sangat diorang cakap pasal kau dah kenapa? Bila kau butthurt dan asyik meroyan kat media sosial maknanya korang kisah.

4. Benda ni cuma macam minat atau kegemaran peribadi je pun. Sama la ada orang perempuan suka lelaki yang macam tu, suka lelaki macam ni, suka lelaki pakai cermin mata, suka lelaki rambut K-Pop, suka lelaki pakai kemeja, suka lelaki pakai tali leher, suka lelaki lipat lengan baju kemeja dan sebagainya, tapi aku tak pernah nampak pulak orang lelaki meroyan cakap "kami melipat lengan kemeja bukan sebab nak tarik perhatian perempuan atau to impress you sistah".


5. Ni siap ada artikel "11 Kelakuan Spontan Lelaki Yang Nampak Macho Di Mata Wanita" tapi bagi aku it's not a big deal what? Malah kalau ada artikel tulis "99% wanita suka lelaki pakai T-Shirt berkolar kerana nampak lebih seksi daripada T-Shirt tak berkolar", aku peduli apa walaupun aku suka pakai T-Shirt tak berkolar, malah takde rasa nak offended pun. Dah minat orang dia suka macam mana, apa aku kisah? Takkan aku nak paksa diorang minat apa yang aku suka pakai? Dan kalau aku pakai T-Shirt berkolar pun belum tentu orang perempuan minat aku atau suka tengok aku.

6. At the end tak kiralah kau pakai apa ke, kalau kau tu tak hensem, tak cantik, gemuk, hitam, orang tak suka tengok juga. Kalau kau tu kacak, cantik, comel, kurus, putih, kulit halus gebu, dahi licin, kau pakai selekeh macam mana pun orang tetap suka tengok juga. Kau terasa kenapa orang tak tengok kau walaupun kau dah pakai cantik-cantik, tapi kau sendiri pun sama juga suka tengok lelaki yang kacak-kacak. Itu memang lumrah dunia dan fitrah manusia, nak buat macam mana, terima je lah.

Releks-releks sudah...


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: lelaki suka perempuan wanita pakai tudung hijab hibista hijabster bawal shawl selendang vs perang pilihan songkok kopiah

7 ulasan:

  1. Kerana istilah cantik manis macho tu adalah terlalu subjektif. Pandangan setiap insan tidak sama.

    A kata si B tu macho sweet. Tapi kawan si A nampak si B tu biasa2 je.

    A rasa dia cantik menawan kulit putih gebu badan langsing tinggi lampai tentu saja jadi perhatian jekaja. Tapi ada sebahagian jejaka berpandangan berbeza, sukakan yang sawo matang hitam manis badan chubby.

    Kenapa? Kerana Allah dah jadikan selera, pandangan dan citarasa manusia itu berbeza2. Kalau semuanya Allah jadikan mempunyai selera yg sama, tiadalah warna-warni dan ragam dalam kehidupan ini.

    :)

    BalasPadam
  2. btw prooOottT d muka denoutantei legaa baq ungx

    -sirosli-

    BalasPadam
  3. Hahahahaha adeh artikel parodi pun ada. Tapi memang heboh la kat facebook akhir-akhir ni pasal tudung bawal ke shawl. Gelabah la semua. kekeke..

    apa-apa pun, pakai kemeja singsing lengan memang handsome. okbai

    BalasPadam
  4. Pakai jubah pahlawan la baru btl2 handsome.. awek terus merayu kalau pakai jubah ni.. apa lagi? Beli la..

    BalasPadam
  5. kahkah..

    artikel parodi yg nice..
    fuh dalam tak sedar diri termasuk dlm ke butthurt an..

    BalasPadam
  6. LOL siapa yang tak releks sekarang ni? :p

    BalasPadam
  7. Mcm noob ckp..kalau hotstuff, pakai apa pun nmpk menawan..kalau dah gemok hitam, x kisah la songkok ke, lipat lengan ke, pakai kolar, rambut terpacak still xde org suka. Paling penting kita selesa n nmpk kemas. END of STORY

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.