Sabtu, 24 Mei 2014

22 Mari Berdiplomasi Dengan Kungfu Panda

Sebenarnya agak menarik isu Panda yang dipinjamkan oleh negara China kepada Malaysia ini. Gaya hubungan diplomasi dunia sudah sedikit berubah corak. Dahulu, kita berdiplomasi menggunakan manusia, kemudian patung batu seperti patung Statue of Liberty, kini menggunakan binatang. Dahulu kita diberi Hang Li Poh, kemudian patung Tugu Negara, kini kita diminta menaja hidup si Kungfu Panda. Cuma, mengapa tidak disekali dengan Master Oogway? Pasti lebih menarik.


Berikut adalah petikan dari Facebook:
Hari ini sibuk orang memperkatakan tentang Feng Yi dan Fu Wa, si panda pinjaman dari China. Sewanya bukan main mahal. Tak usahlah cerita pasal kos penempatan, kos beranak, kos aircond, kos moisturizer, kos makan minum, kos penjagaan dan seribu satu kos. Benarkah panda perlukan kandang semewah itu? 
Bila negara China terkenal dengan 'tiruan', kita juga sibuk mahu jadi peniru juga. Meniru habitat yang tidak wujud pun di negara kita. Mengapa tidak biarkan sahaja panda itu hidup dalam habitat semulajadi mereka? 
Kononnya atas dasar menunjukkan diplomasi antara Malaysia dengan negara tersebut, kerana kita adalah rakan FTA mereka. Duit berjuta-juta yang kita beri, negara China akan gunakan untuk memulihara semula kemusnahan habitat panda. Hancur teruskah habitat tersebut? Oh tidak, hanya lebih 20%. Bagus. Duit kita, mereka yang pakai untuk kebaikan mereka. 
WWF (Tabung Alam Sekitar Sedunia) di Malaysia, bukan main sibuk hendak selamatkan Harimau, penyu, badak, tapir dan banyak lagi spesis haiwan di negara sendiri. Kita pula sibuk-sibuk hendak selamatkan panda di negara orang. NGO WWF buat kempen sana sini hendak dapatkan sumbangan, kita bermudah-mudah menyedekahkan duit kepada orang lain. 
Hakikatnya harimau di Malaysia sudah semakin pupus. Dengan memulihara spesis harimau, sekaligus kita dapat menyelamatkan lebih banyak habitat di Malaysia ini. Kerana harimau itu sendiri adalah keystone species kepada habitat-habitat yang berada dalam rantaiannya. 
Anak cucu kita patut lebih mengenali hidupan liar di negara sendiri. Mereka pun tahu panda itu dari negara China. Filem Kungfu Panda dah beritahu mereka. - Mr.Toygun

Diluar sana, ramai yang mempermain-mainkan isu ini. Biasalah, tabiat orang Malaysia. Ramai juga yang mempersoalkannya. Bahkan, ramai juga yang menyokongnya dengan pelbagai hujah. Kita tolaklah yang kaki fitnah. Itu merapu.

Aku tidak pelik bila orang mempersoalkan perkara ini. Ini kerana tiba-tiba sahaja kerajaan isytihar mahu ambil panda dengan kos yang begitu tinggi. Sepatutnya menteri perlu jelaskan dengan begitu terang. Apabila sesuatu perkara dibuat, walaupun sudah mengambil kira pelbagai sudut, tetapi apabila perkara ini gagal dijelaskan dengan baik, rakyat tetap merasakan perkara itu sia-sia.

Memandangkan aku sendiri pun tidak jelas dengan isu ini, mungkin aku boleh menambah sedikit apa yang Mr.Toygun persoalkan.

1. Soal diplomasi panda ini. Adakah negara lain yang diberi panda, perlu membayar sewa? Soal membela tu, pastilah mempunyai kos. Tetapi soal menyewa.

Dalam sejarah China sewaktu Dinasti Tang, China menghadiahkan Maharaja Jepun panda sebagai hadiah diplomatik. Tahun 1945, China menghadiahkan panda kepada Bronx Zoo sebagai membalas jasa US yang menolong China dalam World War II.

Mao Ze Dong juga kerap menghadiahkan panda kepada sekutu komunis nya seperti soviet dan korea utara. Selepas lawatan bersejarah Richard Nixon ke China, China Premier, Zhou Enlai menghadiahkan panda kepada US tahun 1972.

Itu hadiah. Bukan sewa. Aku masih mencari siapa yang menyewa panda. Itupun sampai 10 tahun. Selepas itu, aku tidak tahu. Kena pulangkan semula, atau sambung kontrak.



2. Bagi pembela isu ini, katanya RM70 juta itu boleh didapatkan semula dengan pungutan tiket atau dengan pameran atau apa sahajalah.

Dalam masa 10 tahun? Mungkin 3 tahun pertama, orang teruja. Kemudian? Sepi. Sama sepinya seperti zoo negara, yang kadang-kadangnya meriah dengan budak tadika datang buat lawatan.

Jika benar mahu kutip semula sehingga mendapat keuntungan berkali ganda, tunjukkan bagaimana perangkaannya. Apa study yang telah dibuat. Bagaimana mereka menjangkakan keuntungan yang boleh masuk dengan begitu banyak.

Kita bukan tidak percaya kepada kemampuan kerajaan, tetapi kita risau ia jadi seperti projek2 yang lain. Projek gajah putih sudah terlalu banyak.

Jangan berharap sangat rakyat datang berbondong-bondong sekadar mahu melihat panda. Bahkan, tidak semua rakyat mampu untuk membeli tiket semata-mata untuk itu. Jadi, target marketnya perlu jelas.



3. Kemasukkan pelancong di negara ini dapat menyumbang pulangan yang besar kepada pungutan duit panda? Anda yakin?

Apabila pelancong membuat keputusan untuk datang ke Malaysia, mereka mahu melihat keaslian Malaysia. Jika mereka mahu melihat panda, adalah lebih baik mereka terus sahaja ke China. Di sana panda hidup dalam habitat yang sebenar, bukan habitat buatan seperti di sini.

Lagi pula, di sana perbelanjaannya lebih murah. Lebih baik mereka pergi ke sana.


4. Ada orang kata, ini untuk hubungan diplomasi. Kita tidak fikir rugi RM70 juta, kita fikikan kesan keuntungannya yang mencecah RM285 billion. Wah. Begitu hebat sekali bunyinya. Tetapi, benarkah?

Sekali lagi kita mahu tanya, mana blueprintnya? Jangan hanya berkata, tetapi apabila cukup tempoh 10 tahun, seekor lagi gajah putih muncul. Menteri yang baru akan menjawab sambil menyalahkan menteri yang lama.


5. Masih lagi dalam isu diplomasi. Kalau dulu, Siam anggap negeri Kedah itu sebagai negeri kecil yang perlu mereka jaga. Balasannya, negeri Kedah perlu memberi ufti berupa bunga emas dan perak, dan pelbagai hadiah. Perkara itu dilakukan pun ada tempohnya, setiap 3 tahun. Walaupun Kedah anggap Siam itu sebagai rakannya sahaja.

Perkara yang sama juga berlaku kepada negeri Perak. Bezanya negeri Perak gagal mengikut syarat 3 tahun tersebut. Apa jadi pada Perak? Perak diserang oleh Siam. Malah kedah diarah untuk membantu Siam menyerang Perak. Akhirnya Perak diserang oleh Siam dan Kedah.

Mengapa Perak tidak membayar ufti dan hadiah mengikut tempoh yang telah ditentukan oleh kerajaan Siam? Oh, kerana Perak sama juga seperti Kedah. Mereka menganggap Siam itu sebagai rakan sahaja. Bukan penaung.

Bila lihat sejarah Siam-Kedah-Perak ini, aku lihat ada sedikit persamaan. Mula-mula kita membayar kepada China. Ada tempoh perjanjiannya. Kemudian kita menganggap China itu rakan diplomasi kita. Dan selebihnya, pandai-pandailah engkorang buat andaian.

Tetapi sekiranya andaian ini meleset sama-sekali, bahkan kita yakin bahawa sememangnya Malaysia adalah rakan sahaja, bukan dinaugi China, mengapa tidak menolak sahaja permintaan China tersebut? Menolak kerana perbelanjaannya terlalu besar. Bukan kerana kita tidak suka panda. Jika diberi percuma, itu lain cerita.


6. Ada yang lebih futuristik. Katanya, jika kita tidak berbaik dengan China, sekiranya kita diserang, bagaimana? Oh! Malaysiaku diserang hanya kerana tidak mahu membela 2 ekor panda? Benarkah dengan tidak membela 2 ekor panda bermaksud tidak mahu menjalinkan hubungan diplomasi?


7. Jika tujuannya atas tiket diplomasi, adakah sebelum ini kita tidak menjalankan sebarang diplomasi? Ada bukan? Sudah 40 tahun katanya. Jadi, selama ini kita tidak membuang duit menyewa panda, boleh pula kita menjalankan diplomasi.


8. Jika tujuannya hanya untuk menyambut sempena 40 tahun jalinan persahabatan, bagaimana pula dengan 10 tahun akan datang? Bila cukup umur diplomasi 50 tahun. Itu sudah jubli emas. Pasti lebih besar belanja untuk menyambutnya. Pasti ada lebih banyak perjanjian.


9. Sekiranya panda tersebut melahirkan anak, maka Zoo Negara sekali lagi mesti membayar sebanyak RM2 juta kepada China dan setelah dua tahun, anak tersebut mestilah diserahkan kembali kepada China.

Keseluruhan bagi 10 tahun kos pembiayaan panda ini ialah sebanyak RM70 juta jika mereka mandul. RM72 juta jika beranak dan jika sekiranya tanah itu bernilai RM250,000 seekar, maka jumlah keseluruhan pasangan panda itu dan seekor anaknya ialah RM73 juta.

Namun andai kata panda-panda tersebut atau anak mereka mati ketika di bawah jagaan Zoo Negara, berapa pula yang harus dibayar oleh Malaysia kepada China? Dan adakah hubungan diplomatik Malaysia-China akan terjejas?


10. Kita pun tahu, Obama baru sahaja datang Malaysia dalam rangka untuk menarik semula kepercayaan negara-negara asia terhadap US. Maksudnya US mahu kita menjalinkan diplomasi dengan mereka. Kita sambut. Kemudian, China datang membawa panda mereka, juga kita sambut.

US dan China sekarang sedang bersaing untuk menjadi pemegang ekonomi dunia. Adakah tindakan kita ini akan memberikan keuntungan pada negara? Atau hanya membuatkan kita tersepit dikemudian hari?

Ah! Lupakan persoalan di atas. Aku merapu sahaja. Aku nak tanya kepada geng-geng yang takut Malaysia diserang (point no.6). Bukankah kita ada US untuk datang membantu? Jadi, kenapa takut?

Sebenarya tidak kiralah China atau US, mereka hanya memikirkan ekonomi mereka sahaja. Tiada masa mereka mahu menolong kita. Jika pertolongan mereka itu nanti, mampu kita bayar semula dan mendatangkan keuntungan, maka mereka akan tolong. Eh, harga kelengkapan perang sekarang ini terlalu mahal. Rugi kalau US menolong kita.

Lainlah Iraq. Habis berbillion pun tak mengapa. Hasilnya pun lumayan.


11. Kebanyakkan pembela kepada isu ini, adalah orang yang sama yang lantang mahu menghalau kaum Cina dari Malaysia ini. Cina ini pelampau. Tapi aku nak tahu juga, siapa yang deal pasal Panda ni? Bumiputra ke? Kalau bumiputra, aku teramat-amatlah suka. Tapi, kalau kaum Cina juga, alamak?

Siapa pula yang akan menjadi vendor bagi menyiapkan projek kandang berharga RM25j itu? Bumiputra? Kalau kaum cina, nampaknya sekali lagi kaum bumiputra hanya menang bersorak.

Kepada sesiapa yang lantang sangat mahu menghalau kaum Cina ni, minta lantang juga memantau projek ini. Jangan biarkan ia jatuh ke tangan cina.

Aku rasa, cukuplah setakat ini soalan basic dari aku. Soalan berdasarkan andaian. Sebab menteri tidak beri penerangan yang jelas. Malah membiarkan sahaja andaian meliar di dunia cyber. Jadi, terimalah.

Aku masih ada beberapa soalan. Tapi kalau sambung tulis nanti, jadi lebih panjang. Nanti Noob tumbuk perut aku kalau tulis panjang-panjang sangat.

Cuma nasihat aku, kalau betul-betul mahu jana keuntungan, beri sahaja projek ini kepada Khalid Ibrahim atau Tony Fernandes. Atau sesiapa sahajalah. Budak-budak internet marketing pun boleh. Irfan Khairi dan Aziz Osman pun boleh. Mereka otak berniaga, bukan otak menteri.

Lagi satu, kalau nak nampak cerdik sikit, kerajaan Malaysia ambillah insuran nyawa untuk panda tu yang cover sampai 70 juta. Kalau dua-dua mati, dapat 40 juta. Kita untung 70 juta.


* Maaf sebab lama tidak update post. Aku perasan kat page FB BuasirOtak, ada satu post berkenaan dengan Panda yang datang ke Malaysia tu. Aku tanya Noob, kenapa tidak minta Mr.Toygun (admin di FB) berkongsi di blog? Memandangkan PON pengamal demokrasi, dia kata terpulang. Tetapi, blog ini perlulah dipost dengan cara blog.


22 ulasan:

  1. 1st, ada pulak org lain post selain BlackBerry dan Noob

    Artikel yg menarik

    BalasPadam
  2. Jangan lari. Semuka. Jelaskan. Rencam media.

    BalasPadam
  3. Sy just fikir simple je...jika anda as PM n bila anda ke china tiba China bagi panda kat Malaysia sbgi tanda hubungan erat antara dua negara. So adakah anda as PM nak tolak mentah2 atau jaga panda n bela mcm jaga kambing?

    Apa sy nmpk kerajaan terpaksa membelanjakan sedikit wang utk panda ini even x pasti pulangan lumayan atau cukup2 makan. .sbb semuanya sbb nak ambik hari kerajaan china. Dah la kes mh370 habis duit nak ambil hati mangsa..so nak habiskn duit lagi semata2 nak jaga hati mereka.

    Kalau kita jaga sambil lewa n letakkan kos yg sgt rendah, pasni media china akan jdkan isu n keruhkn hubungan malaysia-china. Sy just nmpk kerajaan malaysia berada dlm situasi terpaksa utk menjaga panda ni...sama kes nak ambil hati client supaya dpt projek berjuta2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun fikir benda ni simple jer... hati amerika kita jaga. Cina pun kita jaga.. semua negara kita jaga... negara lain nampak kita bodoh pun takpe... asalkan kita jaga... org dlm negara kita tak payah jaga.. hati rakyat yg hidup susah nmpk membazir jer buat camni takper... yg penting projek juta2 masuk... yg kaya org atas sana juga... ahli perniagaan juga...

      Padam
    2. Sy fhm projek ni mmg membazir duit rakyat smpi habis beberapa juta..tp xkn nak tolak pemberian panda 2 dgn alasan x mampu nk jaga n better bg duit jaga kat rakyat...sy just nmpk kerajaan terpaksa ambil hati china selepas kejadian mh370...bila anda as PM just fikir apa tindakn anda jika china nak beri panda as tanda kerjasama dua negara.

      Padam
    3. Gua sbg pembayar cukai faham ini sebagai usaha kerajaan untuk membodek hati orang besar (China) untuk dapatkan FDI yang lebih besar. Gua sbg seorang muslim pula faham yang pembaziran itu adalah amalan yang ditegah dalam Islam. So lu sebagai seorang muslim yang bayar cukai dan tahu membezakan baik dan buruk, yang mana patut lu sokong? Membodek orang yang lebih berkuasa dengan sedikit pembaziran agar dapat habuan, atau mengelak pembaziran terus seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW?

      Padam
    4. Ayam, benda ni dah diputuskan sebelum peristiwa MH370 lagi. Kalo betul cina nak berbaik semula dgn kita ats sbb rakyat dia ada yg mati dlm kapalterbang, lepas tu sbg balasan kita kena jaga panda.. memang tak professional langsung. Tak masuk akal..

      Pemimpin cina pun buka bodo bobonar sampai nak bebaik dgn malaysia kena letak syarat.. syarat pulak mesti bela panda... sudah la bela, k3na byr sewa lagi.. karut betul

      Padam
    5. Dagangan Malaysia dengan China adalah berjumlah RM100 billion setahun dan angka ini semakin meningkat..

      Tidak salah melabur sedikit untuk meningkatkan lagi hubungan negara dengan China..

      RM70 juta untuk dapat RM1 trillion adalah satu pelaburan yang baik..

      Padam
  4. Gua rasa rakyat xkemaruk bayar mahal semata2 nak tengok panda. Rakyar marhen mcm gua dari bazir duit tgk menatang ni guna duit tu utk benda lain lg bagus la.

    In the end, ini tetap suatu yg membazir. Byk lg org susah merempat berumah buruk tetapi rumah menatang ni juga di buat . nampak sgt kebabian dan kevabangan otak pemimpin bn.

    Jgn mimpi nak dpt modal balik. 10thn akan dtg pun blum tentu blk modal. Lastly, duit taxpayer gst juga diguna pakai utk bela menatang ni.

    Panda dihutan disusukan, rakyat merempat dibiarkan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak rasa bn bangang sangat.. aku rasa kalau anwar ibrahim mesti dia ambik panda 5 ekor, ninja turtle dalm 5 ekor jugak.. lain2 pun dia amik...

      Kalau DAP dan MCA lagi teruk.. presiden cina pun dia import bawa masuk kandang.. bela kasi makan.. bulan2 kasi gaji...

      Padam
  5. aku oun terpikir kalau panda tu mati kat malaysia sbb penyakit ke kecuaian ke, berapa juta pulak agak2nya pampasan yg malaysia kena bayo kt negara china..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 70 juta la... ko ni baca berita ke tak ni?

      Padam
  6. Malaysia negara negara berkecuali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berkecuali, maksudnya kalau x amik panda pun xjadi isu.. tapi sebab nak mmbazir sbb nk jaga hati negara lain.. xper..

      Padam
  7. yang kata setakat sewa panda baru berapa juta nak dibandingkan dgn pelaburan negara cina yang berbillion2 ni dpt meningkatkan pendapatan negara seterusnya membantu org2 miskin, sebelum2 ini pun dah byk pun pelaburan2 asing berbillion2 kat malaysia tp kenapa masih ramai je golongan fakir miskin dan org gelandangan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xde kaitan langsung gelandangan dengan projek billion juta... diorang susah tu sbb diorang tak kaya... kerajaan suka jaga hati negara lain sbb projek mengkayakan diorang semula... kalau org susah ni kalau kita bantu.. bila dia senang dia pandai lari dari cukai... kerajaan rugi.. kalau dia bayar pun ciput jrr.. baik tolong cina.. boleh dapat ps2 free

      Padam
  8. yg miskin n papa kedana tu sbb malas...jgn dok kata malaysiaa ni x dk peluang pekejaaan ..bila malas n taw salahkan org lain mcm la dgn admin blog ni pun..x cukup lagi ke apayg Allah berikan kenikmatan kpd negara kita..???pikirlah sendiri jgn tulis ja pandai dgn menhasut jd macai2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang miskin papa kedana tu ko confirm ke diorang tak kerja? Ko ni banyak pengaruh sgt dgn umno bn. Ko langsung xnampak yg byk benda kerajaan abaikan org2 kita ni..

      Ko tau x kenapa senang2 pendatang haram masuk malaysia? Sebb masyuk... org atas dpt imbuhan.. org kita nak kerja tokey xnak amik sbb kita ada anak bini... bangla bujang senang kerja.. xpayah balik kampung.. org kita nak minta kerja tokey elak2 walaupun kita mintak gaji rendah... byk alasan...

      Aku rasa org yg xpernah susah mmg xpaham apa yg org susah rasakan

      Padam
  9. Aku setuju bagi kat orang berniaga je panda ni. Dari bagi doktor azizan osman tu, baik bagi kat shaklee. Baru panda ada downline. Cepat sikit kaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi orang umno pun boleh.. diorang boleh buat bahan politik... tiba2 jer jumpa air mani pak nuar kat jubo panda.. panda masuk mahkamah dan panda bersumpah dalam masjid.. kesian panda...

      Padam
  10. Skrg org tgh bincang pasal coklat ada dna panda.. cerita panda org malaysia dah lupa.. menteri tgh alih isu.. coklat cardbury kena buat perisa panda baru menteri yg panda-panda belake tu akan tutup cerita dna panda

    BalasPadam
  11. Hanya orang2 yang dungu, tidak mahu berfikir dan bebal sahaja yang akan terpengaruh dengan penulisan sebegini..

    Penulis blog ini perlu jawab pada Allah di padang mahyar nanti segala fitnah, aib orang yang dibuka dan tuduhan tanpa bukti yang dilemparkan.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.